Skip navigation

Tag Archives: penat

aku terkejut tengok statistic pengunjung blog aku harini. even xde post baru, bilangn yang menjenguk blog bosan ini masih lagi dalam 70 orang ke atas. (xdela banyak sangat senanye kan?)

senanye banyak gila benda yang aku nak tulis, rasanya sehari aku bole post 4-5 entry jugak kot. tapi belakangan nih, emosi x menentu, pikiranku haru-biru. banyak sangat benda yang dah terjadi sepanjang masa melangkaui aku disini. emo? hampir setiap jam aku emo. kat sini aku xde orang yang aku boleh luahkan rasa sebenar aku. kalo kat kolej, nab ada, adli ada, herman ada, hizbul ada. ye aku ada lutphi tapi aku xnak bebankan dye dengan perkara yang dia sendiri tengah hadapi. aku bukan jenis orang yang suka pendam perasaan. tapi kat sini, kat colorado bumi bukit bukau panas gila nih, aku jadi lain. mulut nih xrasa macam nak bercakap banyak, luahkan segala apa yang bermain difikiran seperti aku yang dulu. tak kisahlah kalo orang anggap aku dulu kaki sebok ke, kaki kepoh ke. lantaklah. itu aku.

serius sekarang aku nak balik malaysia. aku nak jumpe family. aku nak jumpe kawan2. aku perlukan korang sume weyh. tapi korang jauh..

study setakat nih ok je. xde problem langsung cuma ada la subject yang teramat sangat bosan sampai aku rasa nak baling je kasut kat lecturer ngan classmate yang laen. (bukan sebab menyampah, tapi sebab da bosan gila weyh). class calculus II ok la sebab sume benda da blaja time A-levels dulu. tapi aku xnak take it for granted sebab bagi aku, A-Levels was my biggest failure. never thought to get a Ungraded grade ( isnt that redundant?) in any of my exams before. tapi masa A-Levels, nah ko. sebijik U untuk further. te hell weyh. blaja penat2 (walopon aku xblaja la further dulu – tapi aku g la jgak class occay~) pastu math plak dapat B je. hish malu. so sebab tu la aku xnak terfikir langsung untuk rasa atau belagak pandai da kat sini..

skang bulan pose. dugaan dari Allah banyak tak terkira. aku jadi tak keruan macamane nak settlekan sume benda yang terjadi. nak cakap, nanti orang terasa. xcakap nanti aku pulak yang binasa. kalo cakap, nanti mula la yang nih sakit hati dengan yang tu, yang tu mulalah xnak baik dengan yang ni. adoi. pening2. maybe diorang tak rasa apa yang aku rasa sebab otak aku nih laen skit, eh x, banyak kot. tiap2 hari aku kena berhadapan dengan orang yang sangat annoying sepanjang aku dok sini. rasa nak sepak terajang je bila jumpe dye. hello, ko ingat ko bagus sangat? kalo ko bagus pon g tunjuk kat orang laen la xyah tunjuk kat aku! owh sabar2. puasa.

makanya blog bosan ini telah officially bertambah bosan sebab skang jadi tempat aku ludah segala perasaan aku je. te hell ko ingat orang kisah hal ko pchek? gi panjat mount zion pastu terjun la weyh..

sudah2. aku kena stop sebelum jari ini mengulangi kesalahan lampau. babai.

baru dua hari puasa, aku ngan jazli da mengidam macam-macam untuk berbuka. yang paling xbleh tahan, air bandung.

tapi masalahnye kat colorado nih xde jual sirap ros macam kat malaysia. maka dengan dorongan nak minum sangat air bandung, kitorang pegi ke Asian Market kat seluruh colorado nih. ada tiga market kitorang pegi. Viet Ho Market di Lakewood, pastu H-Mart  (nih kedai korean) dekat Aspen, and satu kedai cina kat Denver. cari pnye cari xjumpe jugak sirap..

masa kat kedai cina tu, aku rasa kitorang dapat keajaiban ramadhan kot. pergh. walopon sirap xjumpe, kitorang jmpe rose water. maka melompat2 la aku kegirangan memikirkan nnt bole buat bandung! yea! pastu beli la pewarna merah sebab rose water tu xde kaler. yela nak wat bandung mestila ada warna pink. ye idak amira bandung? :p

lepas shopping berjam2 kat asian markets kitorang gerak g kedai arab kar denver jugak untuk cari ayam and daging halal. 2 kedai kitorang pegi sbb kedai 1st tu da habis ayamnye. agak2 semalam kitorang spend dalam $300 gak kot untuk stock makanan untuk 5 orang selama sebulan. ok jgak la harga dye..

sampai je kat umah, da pukul 5 lebey. bukak pose pkul 8. adoi nak masak agi. badan da penat dehidrated gila2 sebab temperature mencecah 110F. huih.. tapi sebab lapor amat and mau minum bandung, kami kuatkan diri mau masak! huhu.. masak pnye masak, maka berbukelah kitorang dengan nasi + ayam masak blackpepper ngan potatoes + sambal ikan bilis + air bandung! bandung weh!

DSC_8158

DSC_8167

.yeah!! bandung bebeh!!!.

DSC_8160

.black pepper chicken with potatoes.

baru dua hari puasa da mengidam macam2. lagi sebulan macamana?  –__–“

fitrah manusia. setiap yang dilahirkan pasti ada kelemahannya.

aku insan biasa. yang sangat lemah disisi Allah yang maha Esa. juga lemah dalam menghadapi cabaranNya.

kalau ikutkan hati, mungkin setiap detik kehidupan aku, akan dipenuhi dengan tangisan dan ratapan atas ketidaksanggupan aku untuk menghadapi segala cabaran hidup ini.

tapi aku ingin jadi insan yang bergelar manusia. manusia yang penuh dengan kekuatan dan ketabahan hati, yang akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.

sesungguhnya aku ingin bebaskan diri aku dari segala beban yang sedang aku tampung di kedua bahuku kini. tapi oleh sebab aku rasakan bahawa beban ini adalah amanah dari tuhan, aku relakan dan kukuhkan semangat aku untuk teruskan. namun aku lemah. jiwa aku bagai disaluti kaca, mudah sekali untuk pecah. hati aku  pula bagai kertas, mudah sekali untuk koyak. aku lemah.

tidak pernah sesekali terdetik di hati aku untuk mengambil segala apa hak orang lain untuk kepentingan aku sendiri. aku tidak pernah ingin mengejar nama, mengejar penghormatan dari orang lain atas perkara yang aku kerjakan.

aku lemah. tiada daya untuk aku berdiri berseorangan didunia penuh pancaroba ini. aku lemah. aku perlukan orang lain untuk menyokong aku. membantu aku dalam menebas segala belukar onak duri, meredah segala paya kesusahan. janganlah diserongkan pandangan kalian ke atas aku atas permintaan aku. aku ikhlas.. kerana aku lemah.

aku lemah, tapi aku ingin jadi kuat.

hampir dua minggu kolej nih dilanda sawan-bangsa. memang sawan aku tengok semua orang. (xde la semua..yang rajin-rajin buat keje jela..) aku pon hampir sawan dah sekarang.

hampir seminggu aku xsentuh buku untuk revise dan buat homework pada waktu malam. kenapa? sebab pukul 8.30 sampai 11.00 malam ada practice bangsawan. lepas tuh, ada practice nasyid. bila da settle sume, jam da pukul 2.o0 a.m. ketiduran la aku tanpa menyiapkan homework, mahupun menyalin pakaian, mahupun update blog. owh, baru sahaja lepas perform nasyid tadi untuk ICAN. seperti biasa, aku salah lirik lagi. shit.

hampir seminggu ni jugak aku rasa aku da lost weight 1/2 kilo kot. xcukup makan, xcukup tido, xcukup ilmu. masuk kelas pon blur sebab ngantuk + lapar + penat. haduhla.

sekarang baru aku rasa bagaimana kerja mengarah sesuatu. banyak amat perkara yang perlu difikirkan. kalo masa tgah train actors and actresses belakon, otak terfikir pasal props yang kat bawah yang entah macam mana progressnya. kalolah aku ada 14 pasang mata kan bagus. owh, kalo superman ada lagi bagus. bole dia tolong aku wat sume benda nih. jap, superman pandai buat props ngan direct bangsawan ke?

haduh. denyutan di kepala semakin hari semakin kuat. pedih dimata semakin hari semakin terasa. mahu saja aku skip semua kelas esok. hari sabtu week 1, hari yang paling aku menyampah. semua block ada. celaka ko Horsfall.

esok ada DOE qualifying expidition. barang xpack lagi. kaki nih terasa sakit sebab tersalah panjat bukit kat new block tadi petang. laratkah aku nak berjalan jauh nih?

dalam aku asyik menaip nih, baru teringat homework chemistry, physics dan further semua kena submit esok. matila aku satu pun xsiap agi.

haih. memang dah terkurang aku punye hidup sebab da terlebih banyak sangat kerja. sesape nak tolong?