Skip navigation

Tag Archives: wishlist!

cuti semakin bosan. aku da xtaw nak buat apa kat rumah selain mengadap tv, main game, (buat pengetahuan semua Need for Speed Undercover amat best!), makan, tido, marah + membebel kat adik2 aku, emo dengan abang aku, keluar pegi pantai, mengeluh pabila ujan.. so dengan rasa bingung, aku start enjin moto keluar tanpa hala tuju.. nak kuar ngan zack (kawan skola rendah) dia de, amir pon bz, ramzi pon asyik balik kampung.. haduh..

selama aku dirumah, semakin banyak perkara yang aku inginkan. termasuklah perkara yang ingin dilakukan, item yang aku ingin aku miliki dan orang yang ingin didekati..ceh.

adakah ini hanya kerana nafsu yang sudah membara kerana tidak tahu ingin disalurkan kemana dan bagaimana? (ok aku mengarut). sepanjang pemerhatian aku terhadap beberapa subjek manusia yang aku jadikan bahan eksperimen sepanjang cuti ni.. [ok la subjek itu adalah abang, kakak dan adik2 aku. siapa lagi kan? da kat rumah ada diorang je.. (kakak aku xde tapi melalui telefon la)] aku dapati manusia memang selalu mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki sesuatu, tak kiralah benda yang diinginkan itu adalah satu keperluan ataupun satu kemahuan semata-mata. aaa…tidak dilupakan diri aku sendiri yeh.

lalu aku jadi tertanya-tanya kenapa manusia begitu dan begini? macam diri aku sendiri..kadang-kadang aku inginkan sesuatu yang pada mulanya aku bajet kalo aku xde mende tuh hidup aku akan sengsara. then bile da nak beli, aku terfikir balik

‘eh..kalo xde mende ni pon aku still idup.. lagipun kalo aku xbeli bleh save duit..’

dan aku pasti orang lain pon slalu gak jadi camni kan? (angguk kepala tanda setuju yeh)

jadi kenapa manusia atau kita la nak senang crita berfikiran camni eh? kenapa sesuatu yang tidak penting kadangkala diutamakan lebih dari segalanya? nanti silap2 bole menyesal xsudah.. contoh terdekat, diri aku.

alkisahnya pasal laptop. laptop aku sekarang ni aku beli dalam bulan june/july lepas. masa tuh aku sangat inginkan laptop baru sbb laptop lama da rosak meletup dirumah. lepas repair pon macam taik. jadi aku pujukla mak dan ayah aku supaya benarkan aku beli satu yang baru a.k.a beri duit kat aku la.  alasan aku, aku nak buat practice paper exam (kononnya), nak buat assignment ICT (kononnya) dan bermacam-macam lagi. kerana hujah kukuh yang aku berikan pada masa tu, lampu hijau diberikan daripada ayah. lalu lepas exam SAT pada june/july lepas (aku x ingat exact date) dengan ditemani luttpi dan luqman aku ke low yatt membeli laptop itu..hajatnya nak beli yang lain, tapi yang lain pulak yang dibeli. sebulan lepas tuh aku menyesal membeli laptop tu sebab da keluar model baru yang harganya sama dengan yang aku beli tapi lagi mantap. taik kepada diri aku.

jadi ambiklah pengajaran. (if u found one) haha.. nak beli something, pikir dulu dalam-dalam!

p/s : motif sebenar entry ini adalah untuk menulis wishlist aku. ini hanya keinginan semata-mata. xtaw lagi jadik ke nak nak beli..


1-DSLR canon 1000D / 450D    

2-external disk sbb hard disk laptop aku da penuh. da terbeli da..

3-ipod touch (kat US nnt la)

4-mac book pro (kat US jgak)

5-lesen memandu (yg ni bila nk start pon xtaw)

6-blackberry bold atau yang lagi best (kat US nnt jgak)

Advertisements