Skip navigation

Monthly Archives: September 2009

selama aku hidup, tiap2 hari aku makan nasi. da muak. eh xde la muak just da biasa la ngan rasa nasi. tiap2 aku jugak aku minum air masak. so aku da kenal sangat rasa air masak macamane. tapi buat pertama kalinye malam ni baru aku taw, bagaimana rasanya ECONOMICS.

adoi, baru saja habis exam economics kejap tadi. 30 soalan objective selama 2jam. aku jawab 1jam30min lantas aku berlari2 anak comel keluar dewan. owh, begini rupanya rasa economics.

maka dengan ini haruslah aku memohon maaf kepada herman, syazzy, nonel, sulwan, iman, syawal, hairul dan semua umat KYUEM yang amat sangat daku rindui jauh nun dilubuk hati kerna dulu aku dok gelak2 time korang blaja econs. tiap kali korang bukak buku econs, mengadap depan meja dengan amat diam bagai batu dipanah petir (apakah peribahasa nih) aku akan gelakkan korang. owh dulu aku ingat econs ini amat useless dan mengarut untuk dipelajari lantas aku gelakkan korang. tapi gelak2 bergurau la, bukan mengutuk. haih.. skang, bila aku pandang cermin, aku rasa macam nak gelakkan objek dalam cermin tuh! padan muke ko!

entah apa la aku jawab tadi pon aku xsure. dahla study 2jam sebelum exam itu ajor. bagaimana ko nak dapat A? adoi.. kalo aku dapat A la exam econs nih sumpah aku beli jam fossil berharga $69 tuh! haha konon alasan nak sangat shoping senanye. :p

minggu nih minggu exam. ada exam chem lagi kamis nih. adoi. pon xstudy pape jugak nih. seb baek la mendelah tu sume da blaja time A-level so aku macam xperlu gusar gundah gulana sangatla. but still, kena la study!

ok, till then, taa~ nak study dowh!!

saja xmau update selama seminggu sebab nak kekalkan gambo ucapan raya tu kononnya semangat beraya selama seminggu. kejadah hapenye. semangat raya ada sekerat hari je.

owh amat sangatlah penat since raya nih. exam situ sini. homework sini sana. kepala otak pon hentah kemana. dua-tiga hari tak tido malam sebab siapkan assignment yang tak siap2. adoiii…. sumpahla kalo aku taw idup kat u sebok cenggini xhingin aku blajo! tapi ehehe xpela kata nak kaye. so blajo ajela. haha

nak crita pasal raya, macam da lambat. so aku bagi sinopsis jela. malam last puasa, g jalan2 kat Colorado Mills (shoping complex paling dekat ngan Golden) sampai bebuke pose dengan hanya meminum frappucino Starbucks sehingga terketaq2 lutut sebab time tu sejuk haram! pastu balik ada majlis takbir raya. makanya bertakbir dengan perut kosong ajorla. pastu disebabkan perut bergendang gendut tali kecapi, kontingen gatal g shoping mall time nak bebuke ini pegi ke Denny’s restaurant. owh makanannye sedap amat. pkul 11.30 sampai kul 1.30 kitorang melekat kat situ. nikmat tak terkata. kenyang perut, balik rumah, masak lontong. kekdahnye aku tak tido malam raya tuh sebab mau siapkan lontong. nak masak awal2 xbole takut sayur lembek xsedap nak dimakan. so tggu la sampai subuh baru masak. wah pengorbanan yang amat besar dimalam raya! (jadah kola)

pastu pkul 8.00 pegi solat raya kat islamic centre dengan mata kuyu. aku lupe ntah aku baca ke x Al-Fatihah time solat tu sebab ngantuk sangat. huhu. pastu pegi jamuan raya kat rumah senior (soon to be mine. hehe) lagi dengan mata yang amat mengantuk. pastu aku rasa aku makan skit pastu aku tido dalam bilik Cheengkye (soon to be my room). bila bangun, aku xingat pon ape aku buat before aku tido tuh. da segar bangun tido, makan lagi sampai nak termuntah then karaoke melalak-lalak bagai manusia xingat dunia. pastu da bosan g main pingpong. pastu da bosan balik. bila balik bosan lagi g main badminton. balik rumah je ada tetamu da kat rumah. dye family yang blaja kat Colorado University dalam 30minutes driving dari skolah aku nih. pastu kat2 maghrib ikut dye g rumah terbuka yang aku xtau katne sebab aku tido all the way to there. haha. pastu balik, siapkan homework, tido pukul 3 pagi.

best kan raya aku di perantauan? –___–”

*     *     *

skang hidup sudah hepi. masalah yang da jadi sume udah settle.

(shit spatotnye panjang gile lagi aku tulis tetibe hilang~ aaaaaaa)

raya

salam aidilfitri aku ucapkan kepada semua kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 di yang da berterabur di serata dunia, dan juga pembaca2 blog ini.

maaf zahir dan batin.

dari jauh,

zulhilmi yusop

baru saja call mak di kampung halaman sebentar tadi. diorang (dan korang di malaysia) sedang menjalani hari terakhir puasa taun ni. lagi brape jam lagi Aidilfitri akan menjelang. aduh, rindu sunggu tika2 seperti ini sewaktu dirumah, biasanya kalo hari last puasa mesti mak akan wat kuih sekaya faveret aku and abang sebab bazaar ramadhan da xbanyak org beniaga. maklumle, da nak raya.. then mesti ada ketupat pulut goreng tu, makan dengan rendang yang mak siapkan awal untuk ari raya esok. wah, rindu amat.

btw tadi call mak. sedih. tapi lagi sedih bila mak cerita pasal adik bongsu ku. adik piqa. mak kata, tiap kali mak smayang, adik piqa slalu pesan, “mak..mak jangan lupe doakan untuk abang mie..dye dok jauh..”. T-T

pastu kad raya aku sampai itu hari. aku tulis sambil air mata berlinangan di mata. serius. pastu bila sampai kat rumah, adik piqa paling semangat nak baca. bila mak bukakkan, dye amek. (note : adik aku nih tadika 6tahun. tapi da pandai baca) pastu dye sempat baca assalamualaikum je. pastu dye nanges, lari masuk bilik. “mak, adik xsanggup nak baca. adik sedih. abg mie xde raya ni” T-T

lepas mak cite, aku da sebak. aku rindu gile adik aku. pastu panggil dye nak cakap. biasanya time aku kat kolej dulu bila ak call dye xnak cakap.. tapi kali nih dye berlari2 nak gapai handphone. lepas dye cakap “hello”, aku trus menangis. “abg mie, adik rindu abng mie..” lagila kuat aku menangis. tapi cover la xmau dye tawu. jatuh maruah gua beb nanges ngan adik. haha

pastu blabla dye cakap pe ntah aku xingat sangat sbb sedih. yang aku ingat bila aku tanya nak teddy bear kaler ape, dye jawab PINK.    –___–”

adik aku skagng 6 tahun. tapi time aku kat rumah, aku suka sepak2 dye. aku suke xlayan sangat dye. tapi aku sayang dye. nnt lagi 2 tahun aku balik dye da darjah dua. aku takut dye lupa aku. kalo btol dye lupe aku, macamana? T_T

owh aku rasa ni post yang paling banyak air mata aku keluar. sebab adik piqa. piqa, tunggu lagi 2 tahun abg mie balik yeah.

DSC_5867

hidup tidak semudah yang dirancang.

sebaik mana pun perangcangan yang dibuat, takdir menentukan sebuah jalan yang lebih sukar sebagai dugaan.


adoi. penat sudah aku asyik mengeluh dengan takdirku. mak kata xelok asik mengeluh.tu tanda orang tak bersyukur pada rezki Allah. tapi aku bukan mengeluh sebab xbersyukur. aku cuma hairan, kenapa semua benda nih menimpa aku dari dulu? kat mana-mana aku pegi mesti ada benda macam ni jadi. aku jadi tertanya, apa salah silap ku? (mmg la aku banyak dosa tapi apa yang buat aku smpai jadi begini?)

tika ini tiada lain yang aku harapkan selain tuhan berikan aku petunjuk apa yang patut aku lakukan. aku xmahu ulang kesilapan sama yang aku da lakukan tahun-tahun dahulu. kalo boleh, aku xmahu ada langsung perasaan benci, marah, iri hati dalam diri. tapi keadaan sekarang memaksa aku untuk berperasaan begitu. namun aku cuba sedaya upaya untuk melawan karenah nafsu. ujian ramadhan agaknya. ternyata nafsu aku ini memang tidak senang untuk diikat, sebab setan pun takde skang, jadi aku hanya tinggal untuk melawan nafsuku sendiri.

serius, aku sayangkan semua orang sekarang. sebab, semuanya family aku kat sini. walau tiap2 malam aku menangisi apa yang terjadi, aku masih sayang semua. lantakla apa anggapan sekalipun yang korang mahu lemparkan kat aku, aku tetap akan sayang korang. serius xtipu. kalian ku gambarkan seperti objek dalam foto diatas. menyala dalam gelap menemani diriku yang juga gelap.

kepada kalian, aku pohon maaf atas segala kesilapan yang aku pun xtahu apa benda sbenarnye yang silap.

.aku yang dalam rasa kelabu.

raya lagi seminggu! minggu depan raya! gembirakah aku? ntah. xtahula. kalo bole nak balik raya ngan mak ayah family sume tapi dalam mimpi jela bole kot. T-T

masuk harini da hampir 2 minggu. 2 minggu ape? 2 minggu aku berdepan dengan rasa kelabu. seminggu terakhir nih aku da ilang la jugak rasa tu tapi kadang2 dye datang melawat balik. tanya khabar agaknya. adoi. macamana nak idup nih kalo asik macamni.

dahla diselubungi rasa kelabu, idup aku lagi la bertambah miserable diselubungi ECONOMICS. aiyo macamane nih?? xpaham la weyh econs…help!!

terbaca status seorang sahabat di facebook. menarik. katanya :

“A friend cannot be considered a friend until he is tested in three occasions: in time of need, behind your back and after your death” – Ali ibn Abi Talib r.a

maka, adakah saya kawan anda? i hope so. : )

manusia. sangat stereotype

semalam ko macam benci orang tu, hari ni wah melekat bertempek nampak ko ngan dia. haha. mahuku kata bodoh, xbaek la pulak. kan?

seingat aku manusia ni berbeda. satu dengan yang lain xakan sama. tapi bila aku tengok ko, hah, sama je ngan diorang. harini laen, esok da laen. senang sangat terikut orang lain. senang sangat terpengaruh ngan perangai orang lain. apa kes?

kalo mahuku pilih satu  nombor, aku pilih 3. itu nilai paling besar. paling kecik, 2. aku xmahu 3 dan ke atas. besar sangat nilainya. susah nanti rasanya kalo bernombor besar2. entah. kita tunggu dan lihat saja. sabar la.

aku suka kau, tapi ko xsuka aku. fine. mak aku cakap, biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang. biar kita selalu buat baik kat orang, biar orang bole buat baik kat kita. aku rasa aku xpenah biat jahat kat ko, tapi ko lak buat taik kat aku. terima kasih atas tahi itu ye. jasamu amat sangatlah ku hargai. laen kali bertaik la lagi.

p/s : jangan memandai2 buat assumption kepada siapa aku tujukan post ni. bahaya kalo maen assume2 macam economist nih. :p

Mariam!!

&

Abyan!!


HAPPY [BELATED] BIRTHDAYYYY!!!


oleh sebab birthday korang dekat2 so aku tunggu biar lepas dua-dua orang baru postkan. huhu. jimat masa + tenaga + electric weyh. :p

DSC_3936

DSC_4498

abyan + mariam = abriam.

sudah mula bosan dengan nama blogku yang bajet2 berwisdom bagai.

maka, tukarla. nama baru.

dapat inspirasi masa tengah mandi pagi tadi. huhu~

CSC_5416