Skip navigation

Tag Archives: benda baru

selama aku hidup, tiap2 hari aku makan nasi. da muak. eh xde la muak just da biasa la ngan rasa nasi. tiap2 aku jugak aku minum air masak. so aku da kenal sangat rasa air masak macamane. tapi buat pertama kalinye malam ni baru aku taw, bagaimana rasanya ECONOMICS.

adoi, baru saja habis exam economics kejap tadi. 30 soalan objective selama 2jam. aku jawab 1jam30min lantas aku berlari2 anak comel keluar dewan. owh, begini rupanya rasa economics.

maka dengan ini haruslah aku memohon maaf kepada herman, syazzy, nonel, sulwan, iman, syawal, hairul dan semua umat KYUEM yang amat sangat daku rindui jauh nun dilubuk hati kerna dulu aku dok gelak2 time korang blaja econs. tiap kali korang bukak buku econs, mengadap depan meja dengan amat diam bagai batu dipanah petir (apakah peribahasa nih) aku akan gelakkan korang. owh dulu aku ingat econs ini amat useless dan mengarut untuk dipelajari lantas aku gelakkan korang. tapi gelak2 bergurau la, bukan mengutuk. haih.. skang, bila aku pandang cermin, aku rasa macam nak gelakkan objek dalam cermin tuh! padan muke ko!

entah apa la aku jawab tadi pon aku xsure. dahla study 2jam sebelum exam itu ajor. bagaimana ko nak dapat A? adoi.. kalo aku dapat A la exam econs nih sumpah aku beli jam fossil berharga $69 tuh! haha konon alasan nak sangat shoping senanye. :p

minggu nih minggu exam. ada exam chem lagi kamis nih. adoi. pon xstudy pape jugak nih. seb baek la mendelah tu sume da blaja time A-level so aku macam xperlu gusar gundah gulana sangatla. but still, kena la study!

ok, till then, taa~ nak study dowh!!

sudah mula bosan dengan nama blogku yang bajet2 berwisdom bagai.

maka, tukarla. nama baru.

dapat inspirasi masa tengah mandi pagi tadi. huhu~

baru dua hari puasa, aku ngan jazli da mengidam macam-macam untuk berbuka. yang paling xbleh tahan, air bandung.

tapi masalahnye kat colorado nih xde jual sirap ros macam kat malaysia. maka dengan dorongan nak minum sangat air bandung, kitorang pegi ke Asian Market kat seluruh colorado nih. ada tiga market kitorang pegi. Viet Ho Market di Lakewood, pastu H-Mart  (nih kedai korean) dekat Aspen, and satu kedai cina kat Denver. cari pnye cari xjumpe jugak sirap..

masa kat kedai cina tu, aku rasa kitorang dapat keajaiban ramadhan kot. pergh. walopon sirap xjumpe, kitorang jmpe rose water. maka melompat2 la aku kegirangan memikirkan nnt bole buat bandung! yea! pastu beli la pewarna merah sebab rose water tu xde kaler. yela nak wat bandung mestila ada warna pink. ye idak amira bandung? :p

lepas shopping berjam2 kat asian markets kitorang gerak g kedai arab kar denver jugak untuk cari ayam and daging halal. 2 kedai kitorang pegi sbb kedai 1st tu da habis ayamnye. agak2 semalam kitorang spend dalam $300 gak kot untuk stock makanan untuk 5 orang selama sebulan. ok jgak la harga dye..

sampai je kat umah, da pukul 5 lebey. bukak pose pkul 8. adoi nak masak agi. badan da penat dehidrated gila2 sebab temperature mencecah 110F. huih.. tapi sebab lapor amat and mau minum bandung, kami kuatkan diri mau masak! huhu.. masak pnye masak, maka berbukelah kitorang dengan nasi + ayam masak blackpepper ngan potatoes + sambal ikan bilis + air bandung! bandung weh!

DSC_8158

DSC_8167

.yeah!! bandung bebeh!!!.

DSC_8160

.black pepper chicken with potatoes.

baru dua hari puasa da mengidam macam2. lagi sebulan macamana?  –__–“

smalam malam yang sangat hebat!

persembahan hebat dari teater Puteri Gunung Ledang The Musical season 3!

dah lama gila aku bermimpi-mimpi nak pegi tengok PGL, since the first time dye kuar untuk teater lagi.. akhirnya mimpi jadi nyata. huhu~~

terpesona, terkesima, terpegun, tergoda. 4 perasaan utama yang aku rasa semasa menonton semalam walaupun duduk kat seat paling atas. props, sangat hebat. teknikal, lagi sangat hebat. music, sangat hebat sekali, cuma lakonan saja yang kurang memuaskan hati. sikit la. tapi sebenarnya memang sangat mantop!! meletoop! haha

malas nak cerita panjang-panjang. asalkan korang sume tahui bahwasanye PGL sangat best. thanks lili sebab bagi aku ganti tempat ko pegi. kalo x melepasla aku.

bagi yang xberpeluang nak pegi, ni ada sedikit snapshots. tapi ni lepas da habis performance la. : )

img_3590

img_35971

img_3622

img_3634

img_3779

cuti kat rumah lama-lama da buat aku xtahu nak buat apa. so dalam minggu nih, akhirnya aku berjaya belajar mende baru..huhu… xde la baru sangat cume ak baru start buat..

pertama, aku da blaja baking cake. mnalangnya xjadi entah atas alasan ape. dengan senang hati kek itu harus dibuang sebab xde yang layak makan. tong sampah je kot. xpe cubaan pertama. len kali wat lagi.

kedua, aku da semakin pandai buat cookies! lanjutan daripada pembelajaran masa hari raya tempoh hari (dan tahun0tahun yang lepas) semalam aku berjaya buat cookie sendiri tanpa pertolongan mak..huhuu entah biskut apa aku buat ak pun xtahu.. campur je sume benda yang aku rasa best dalam adunan. bakar, rasa, then bila sedap, simpan untuk stok. tapi aku rasa biskut bole diberi nama cornflakes-oat cookies kot. sedap weh cume rupenye xmenarik sangat. (xmenarik bukan bermakna buruk)

ketiga, aku da bejaya buat pencil case sendiri! sambil-sambil tengok cite The da Vinci Code smalam, aku berusaha jahit satu pencil case simple guna kain dari seluar slack aku masa form 2. da xbole pakai jadi re-use la kan..save the world peeps! owh and aku plan nak buat beberapa keping lagi mane tawu ada org nak..hahaha.. tu pun kalo rajin la.

keempat. aku belajar bahawa bila dok rumah lama-lama bersama mak aku dan dua adik perempuan aku menyebabkan aku melakukan kerja-kerja perempuan! adakah aku dirasuk semangat feminin? tidak!!!!!

p/s : cepatla berlalu cuti yang tinggal lagi 8 hari dari saat aku menaip ini…