Skip navigation

Monthly Archives: June 2011

dah dekat dua minggu aku dok rumah since balik dari Colorado lepas dua tahun. one word. panas. nak panjang skit, panas cam haram.

menyesal pon ada balik ni tak buat internship sbb bosan gila dah dok rumah ni. takde apa nak buat. tiap2 hari makan, tido, berak, tengok tv, online dengan internet berkelajuan siput babi, dan tido lagi.

kononnya aku balik ni nak recover balik sume lesen2, ID, card2 bank yang hilang sbb aku dengan bangangnya terhilangkan wallet dekat Wyoming fall break 2 taun lepas. stakat ni, aku da berjaya recover balik ID card aku je. kad pengenalan bak kata Kak Samsiah pekerja kat kaunter itu hari. kata orang, tak ada benda free dalam dunia ni skang. kata aku plak, takde benda murah dah zaman skang. nak buat ID baru sbb hilang pon kena bayar RM200 wey. tak pikir ke aku dah hilang wallet, duit bersepai2 dalam tu, pastu disuruhnya aku bayar RM200 lagi. isk.

agenda lagi satu, nak convert Colorado driver license jadi lesen memandu Malaysia. kawan aku cakap kena pegi JPJ putrajaya. kawan bapak aku plak cakap bole buat kat JPJ tganu ni je. maka aku try la pegi JPJ tganu ni. sembang punya sembang ngan Kak Siti dkat kaunter rupanya aku mmg kena pegi JPJ kat putrajaya, tapi…. kena pegi US embassy dulu mintak surat pengesahan yang cakap lesen Colorado aku ni mmg secara sah di-issued oleh US government. adoihh susah la plak. nak masuk US embassy bukan senang. pastu kalo bole masuk pon ntah macam mana laaa aku nak mintak surat tu. silap2 dia nak check lesen US aku tu ke, mau seminggu dua plak amek masa. pikir2 pon apa ke mende nak surat from embassy plak an, dah sah2 lesen tu lesen US. sah2 aku study kat US, takkan laa tetibe Thailand plak yang issue kan lesen tu kat aku. duh.

memandangkan Maxis broadband abang aku ni berkelajuan siput babi, maka aku nak try la register celcom pnye sbb hari tu cousin aku guna laju la jgak. ala2 siput babi naik motor. tapi bila pegi Celcom center, da kluar duit dah sume nak bayar, Kak Zainab pekerja celcom cakap number IC aku sangkut ngan maxis. Katanya aku ada bill tetunggak ngan Maxis. pulak dahhhhhhh. setahu aku aku dah terminate bill maxis aku, pastu aku keep num tu jadi prepaid je. aku bayar rm200 ke 100 ntah time tu. aku buat tu dalam 3 hari before fly. tapi bila aku nak guna num tu sim card tu tak leh pakai. so aku biar je la an sbb prepaid je pon, biar jela dia mampos sbb bukan aku akan guna pon. tapi sebulan lepas fly aku check maxis aku still dapat bill. maka aku biarkan aje bill tu sbb aku dah terminate bill aku, so spatutnya tak dapat dah bill. maka sekarang ni, aku rasa Maxis bodoh. tak pasal2 aku takleh register Celcom broadband.

kalo ikutkan plan, aku nak pegi CIMB bank jugak, pegi buat ATM card baru. malang tak berbau, sungguh. balik2 kat kereta  ada sekeping nota merah di atas windshield. oh nota cinta dari Majlis Perbandaran K. Trg. compound parking RM 10 sbb aku parking kat line kuning. haiyohhh line kuning tu dah hilang kot! aku ingtkan korg da xbuat kawasan tu jadi line kuning sbb aku nengok org len parking lekk je. aku pon parking la skali. tapi tu la an salah aku la tu. peer pressure la katakan. lol. matila aku kena marah ngan ayah satgi nih.

stakat hari ni, sume benda tak menjadi. naseb baik balik rumah mak masak nasik ayam. nomnom makan smpi pengsan la satgi. muahaha