Skip navigation

Monthly Archives: February 2010

dik, hidup ni susah nak jadi senang. tapi senang sangat nak jadi susah.  kalo da bosan give up dengan hidup susah, jangan bunuh diri. tapi pegi beli bag Gucci. for sure puas hati!

ok terbawak2 watak cerita pisau cukur. best amat, sebab super extra gedik cantik amat dua ekor minah maya karin ngan fazura tuh. Owh My Gucci! harus tengok okay!

motif aku cakap hidup ni susah senang bagai? sebab hidup ni memang susah ok!  ko nak senang pegi naik kapal cruise cari lelaki muke comel pakai braces pandai menari. untung-untung dye tu kaya nak mampos bole la ko buat jadi laki. tapi apply untuk wanita sahaja. kaum lelaki jangan cuba, tak pasal-pasal masuk berita.

for Coach sake, nasib baik aku tak give up untuk hidup harini. nasib baik kepala aku masih waras memikirkan Luis Vuitton yang masih dan tak mungkin akan terbeli.  kalo tak mungkin esok aku da jadi bahan berita harian mahupun utusan malaysia “pelajar bodoh di USA bunuh diri dengan melanggar lori”. baca betul2. pelajar melanggar lori, bukan lori langgar pelajar.

fuh, moga-moga hidup aku tak berakhir dengan overdose ubat mati pucuk. please.

p/s : post kali ini hanya nak menunjukkan bahawa filem Pisau Cukur (atau pisau cukoq bak kata hamidi) amatlah best amat. sudah2 sila tutop blog ini dan sila tengok di youtube. noktah.

Advertisements

heh. dah lama gile x menulis kat blog nih. aku rasa kesian plak kat blog nih. tiap2 kali jari ini berdetak mahu menulis, mesti tika itu hati aku sedang resah gelisah. mesti jiwa aku gundah bergolak. haih.

tapi betul, lama aku tak hadir dalam dunia penulisan maya nih sebab aku AMAT SANGAT SIBUK dan PENAT SANGAT AMAT. semester nih aku amek 19.5 credit hours woo.. kepada kawan2 kat UK, korang gune credit hours system jugak ke? so basically everyday aku ada average 5 jam of class. tu average la. kalo yang betul, ada yang 3 jam je sehari, ada yang sampai 7 jam! mana xpenat aku. dala ulang-alik naik turun bukit dari rumah ke kelas dari kelas ke rumah. tapi aku pelik kenapa la tak kurus tak tough jugak badan aku walopon da jalan naik bukit hari-hari.

selama aku tak menulis kat sini, selama tu lah aku tak menziarah blog rakan-rakan aku yang lain. maaf kawan-kawan. diri ini amat penat seharian pegi kelas. tapi skang, walopon aku penat dan ada nota berlambak-lambak untuk ditulis dan buku bertimbun untuk dibaca, aku decide nak menulis. suke hati. dunia je sume buku2 tuh. haa gitu. haha

ye, skang aku depressed. xtahu kenapa. maybe sebab penat kot. ye sebab penat. penat pastu dikecewakan dengan ilusi dunia yang xpernah nyata. kemana hilang aku punya emosi dan persepsi yang selalu membantu aku menjalani hidup sehari-hari ni? tapi depressed aku nih xlama. tido jap g ilang la.

jom bukak topic cliche. topiknya bertajuk “cepatnya masa berlalu~~”. ee bosan kan cakap pasal mende alah masa cepat bagai nih. tapi ntahla aku rasa semaki hari semakin cepat masa berlari meninggalkan aku. tuptaptuptap da satu semester lebih da aku kat US. da hampir 7 bulan aku kat CSM amek petroleum engineering. kenapa amek petroleum eng aku pon xtau. haritu lepak2 dengan member american sorang nih. dye tanya aku

dude, why did you decide to do PE??

aku terdiam sekejap.

errr.. because that was the only scholarship that i get, i guess.

maka american rambut coklat kerinting itupun terdiam. lalu menyambung :

u’re damn good in drawing and arts stuff man.. why dont u do architecture or something???

lagi skali aku diam, pastu hanya mampu tersengih. dye cakap camtu lepas dye tengok ak pnye lukisan time subject Design la. haiyo ini american bikin aku sedih jela.

sampai skang aku terfikir apakah aku sedang dalam arah yang betul untukn future aku. aku suka aku enjoy blaja petroleum engineering. tapi dari skola aku idamkan nak jadi architect. dari skola aku bercita2 nak designkan rumah untuk parents and family aku. skang, nak design apa untuk diorang? stesen minyak sebelah rumah?

kadang-kadang, bila aku call mak and family, aku rasa nak nangis. sebab, aku kecewa ngan diri aku. apa aku bole bagi kat diorang dengan aku jadi PE? nak bagi discount minyak kat petronas pnye stesen minyak pon xboleh. memangla bole bagi in terms of money, tapi aku xfikir tu selama nih. duit bukan segalanya. tapi aku kuatkan diri jugak sebab aku yakin, kalau Allah dah tetapkan aku dijalan ni, pasti ada hikmah nanti. janji aku usaha. kan? haa dah aura ustaz da masuk. haha

kalau da start ada mood menulis, sampai esok pon xtahu cane nak stop.

summer break lagi 3-4 bulan je. and sadly, aku xmampu nak balik. financially la. bole je ak kumpul duit nak balik tapi nnt da balik nak makan ape? pasir? pastu nak bawak balik buah tangan apa? snow cair? haaihh. so nak tak nak aku xbole la balik this summer. lagipun aku balik winter nih. lagi setahun la. abang aku  nak kawin. first wedding in family y’all!! excited doh. and aku kena jadi photographer la. lgpun ak da janji ngan abang aku tuh.. huhu. maka stakat nih, dijangkakan hanya 6 orang sahaja akan stay melangut kat CSM nih termasuk aku. pikir-pikir, aku xnak g jalan sangat sebab xde kereta lagi and plan nak keje. moga2 bole kumpul duit banyak2 pastu balik Malaysia bole cuti sakan. hehe.

see, da off topic da. patutnya tulis pasal masa cepat berlari tup2 masuk mende lain. so, sekejap je da nak setahun. nanti, batch senior year da nak grad. aku xtahu kenapa tapi seems like they are people yang aku paling rapat and paling best lepak skali. tapi malangnya dapat hidup ngan diorang setahun je kat sini. haih, kenapa laa selalu jadi camni? friendship yang best mesti tak kekal lama. i mean selalunya kalo da ngam ngan somebody mesti masa akan jadi penghalang. sekejap je da terpisah. sedeyh.

ok da 45 minit aku menulis. harus berhenti, pastu sambung tulis nota balik. esok ada lecture lagi. doakan kesihatan aku kawan-kawan. 🙂