Skip navigation

Monthly Archives: November 2008

setelah seminggu aku hidup dengan hujan, harini alhamdulillah aku dapat lihat matahari. at last!

kalo korg tengok berita, baca paper, musti korg taw bahawasanya kat pantai timur nih ujan xhenti-henti (exaggerate). xdela xhenti2 cuma setiap hari ujan dengan lebatnya. malam plak, hujan dengan teramat sangat sekalilah lebat. best woo tido~~~

so harini dengan ketiadaan ujan, dapatlah aku keluar rumah. tiket bus da bli. 4hb aku ke kL. (perlu ke aku mention nih??) akhirnya aku dapatla jugak hirup udara segar ditepian pantai seperti yg aku slalu buat..hehe.. tapi agak kotor sbb ujan..

aku bernasib baik sebab sepanjang hidup aku kat umah aku nih, xpenah ditimpa banjir. kesian la jgak kat org2 yang bernasib malang terkena banjir.. tapi masa kecik2 dulu umah arwah atuk aku slalu kena banjir.. masa tu la aku ngan cousin2 dan adikbradik aku main air…uhuhu… masa tu mana ada pikir bahaya lagi.. almaklumlah..pemikiran kanak-kanak.. semuanya dianggap permainan. (skang pon kot)..haha..

tapi kadang-kadang agak cuak la jgak takut2 tetiba rumah aku banjir..habisla weh.. diharapkan semoga banjir di kelantan dan terengganu dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya cepat surut..amin…

aaa…i’m out of idea already. harapnya malam ni xujan lagi sbb plan nak kuar..uhuu…

Advertisements

dengan ini aku mengishtiharkan pemberhentian aku unutk ber-blogging secara aktif selama beberapa minggu yang akan datang. ini disebabkan kemalasan untuk keluar rumah ke CC ataupun library untuk online memandangkan tiap-tiap hari hujan di terengganu negeri terchenta aku ini. tapi kalo aku ada mood jgak nak menulis, dan ada kesempatan, insyaAllah akan aku postkan beberapa entri. harap maklum.

status:

-application masih xsiap.
-SAT 2 langsung xstdy. matila.
-further langsung xrevise lagi.(nih last pon xpe)
-tiket bus xbeli lagi.
-berat badan semakin bertambah akibat aktiviti makan amat laju di rumah.
-sangat amat bosan sekali bercuti dirumah.

babai!

maaf kepada semua kerana sudah beberapa hari aku tidak meng-update blog ini. skang da start cuti. and i’m in KL right now. saat aku menulis nih, aku sedang berada di rumah syamim, di bukit melawati(betul ke?) semalam stay kat umah afiq cr..thanks afiq! and malam ni tido beramai-ramai dirumah syamim selepas habis bbq party sebentar tadi.

di rumah syamim. gambar dari eirzreen.

ok, bahasa aku agak mengarut kerana sudah pukul 3 pagi dan aku dan mereka2 masih belum dapat tidur. seronok amat malam ini. apa yang seronok? ntahla. hidup ni xlama..jadi gunakanlah sebijak mungkin.. skali lagi aku melalut. maaf.

aku masih lagi belum sampai kerumah walaupun hari ini sudah hari kedua cuti semester ke tiga. aduh, lagi satu semester sahaja lagi untuk aku menghabiskan masa di kyuem. rasa amat sekejap 3 sem yang lepas. ok, cukup beremosi mengenangkan peristiwa lalu yang ada berbagai-bagai perisa dan perasa. tiket bus aku malam esok..eh malam ini..eh..apa2 la. hari isnin, pukul 10 malam. doakan perjalanan aku selamat yeah..

tiada idea sangat untuk dipostkan saat ini. cuma aku sudah rindukan warga2 kyuem semua. serius. aku ini sangat cepat merindui. call me emotional cos i am.. ok melalut lagi. lantaklah.

selamat bercuti kepada semua yang aku kenali.. enjoy your holiday with family and friends!

p/s : aku rindu korang!

second last paper As baru sahaja abis petang tadi. sakit aku menjawabnya. kenapa? sebab gigi aku.. pelik bukan?

alkisahnya begini, dalam sedap aku melayan tidur pagi tadi, tiba-tiba dalam pukul 6.30am aku terjaga. ADUH… sengal-sengal terasa dipipi kanan. sakit gigiku sudah kembali nampaknya..da hampir setahun da.. sebenarnya gigi ni sepatutnya dibuang (dicabut). tapi setiap kali aku ke klinic, doctor xkasi cabut lagi kerana masa tu gusi tengah bengkak dan katanya kalo cabut bole membahayakan sistem saraf aku. entahla..tidaklah faham sangat aku dengan penjelasan doctor itu. malas pula nak tenya banyak-banyak. dia suruh datang balik bila da xsakit, tapi…paham-paham la kan.. sape yg nak g jumpe doctor kalo x sakit… kan2?? (sila angguk tanda setuju)

dek kerana sakit yang agak lebih kurang tak tertanggung badan, hilang terus rasa mengantuk. dahla tidur pukul 2.00 smalam. lantas aku pegi berus gigi. 3kali. 3kali aku berus gigi sebab nak hilangkan rasa sakit. kurang la jugak sikit penyiksaannya. jam da pukul 7.45, dan hari ini hari rabu. hari breakfast wajib. xbuat dikira melanggar hukum hidup. haha. bergegasla aku g kejutkan zb, ali(xmo bangun), dan faris untuk ke dining hall.

buat kali ke-tak-tahu-berapa aku breakfast dengan gigi yang sakit dan gusi yang menari-nari berdenyut. kerana lapar amat, habis juga breakfast aku makan. sakit aku letak tepi kejapla..

 

 

nak dipendekkan cerita, aku balik bilik terus tido sampai pukul 9 gara-gara nak menahan sakitla kononnya lepas makan panadol 2 bijik. ya allah..bila aku nak stop ambik panadol nih… nak pendek lagi, aku bangun mandi seterusnya g academic block untuk settlekan application punye benda.

nak pendek lagi? baiklah. sepanjang pagi sampai tengahari aku sakit gigi. lunch pon aku xdpt nak habiskan sebab terlampau sakit. tapi ice-cream tetap dibantai sebanyak separuh kerana ianya ice-cream chocolate. lantaklah. sakit letak tepi dulu.

pukul 2, paper 1 chem. sakit gigi aku da naik ke kepala. (paham x?) aa…camni… kerana sakit gigi tu, aku jadi sakit kepala. mungkin macam yang doctor aku cakap, gigi tu ada sambungan ngan saraf ke mata dan otak. (takut sial). jadi selama sejam paper itu berlangsung, aku menahan sakit-sakit yang ada.

1-sakit gigi

2-sakit kepala

3-sakit otak memikirkan jawapan

4-sakit hati kerana xtahu jawapan

5-sakit-rumah (homesick)

6-sakit seluruh anggota badan dan roh kerana xdapat jawab soalan dengan waras disebabkan sakit-sakit di atas.

aduh.

img_3140e

pulau kapas : march 2008

 

entah kenapa mata aku xbole nak lelap sekarang walaupun da pukul 2 da.. esok ada paper 1 chemistry.. doakan aku yeh… 

minggu ni kerap kali aku emo. sangat emo. eh, tidaklah sangat. aku masih aku yang mudah tersenyum. tapi xtaw la.. hati aku rasa x tenang. minggu ini minggu mudah terluka. ramai da kawan-kawan aku yang dah menyebabkan aku terasa hati + menyampah. tapi xlama pon, selepas difikirkan kembali, aku jadik lembut hati. aku paham bahawa aku emo minggu ni. kenapa? wallahualam.

lagi 4 hari nak cuti semester. uni application aku masih tidak disubmitkan gara-gara petronas masih tidak menghantar financial afidavit kepada aku. hello…janji nak kasi 3 Nov.. apa kat KLCC tu da xde calendar ke? fed up aku dengan pengurusan company minyak terkemuka malaysia yang satu ni. salah sapa? paklah kah? entah..aku xmahu ambil tahu pun.

…….

ok..sudah ketandusan idea. tidak tahu untuk tulis apa lagi. mungkin petanda mata perlu ditutup. esok rabu, hari breakfast wajib. hehe..

owh, baru sahaja discover benda baru. ini dia  dan 

kredit kepada mariam.

 

 

★★★

 

maths_makes_me_sleepy_by_the_silver_pirate

 

hari ini ahad. smalam, aktiviti muvie di chalet maba berlaku lagi. filem semalam, shutter hollywood version. tidaklah seseram yang digembar-gemburkan. atau..hanya aku yang sudah hilang perasaan seram?

kerana kemalasan aku ingin balik ke bilik yang agak jauh di diamond, dan yang lain2 juga tidaklah mahu balik kerana jam sudah pukul 2.30.. pulak tu baru lepas tengok cite hantu..paham2 la kan.. haha

sakit belakang aku masih tidak hilang. nak tido je mula la rasa berdenyut-denyut je tulang belakang nih. aduh… dek kerana sudah hampir seminggu aku mengamalkan tabiat tido pukul 3 pagi, langsung tiada rasa mengantuk menjengah aku. puas cuba melelapkan mata, dan gagal, aku join borak2 ngan joker n maba. topic malam ini : memori sekolah lama. gelak sakan kitorang bertiga dengan cerita masing-masing. dalam asyik bercerita, tiba2 aku terlelap. selamat malam semua..

eh..macam da lari topic nih. ok2. post ni pasal mimpi aku semalam. biasa la kan manusia bermimpi kan? (anggukkan kepala anda tanda setuju). tapi sepanjang aku tidur semalam, buat pertama kalinya dalam hidup, aku bermimpi menjawab soalan FURTHER MATHS! further maths! aku ulang..further maths!

apekah????? motif aku mimpi further? kalo mimpi tengah jawab exam xpe r.. tapi mimpi tu pelik.. macam tido itu adalah soalan further.. macam tido tu satu assignment untuk prove kan satu equation yang aku xingt. paham x? ish..susah nak explain macamane mimpi tu.. tapi yang paling aku ingat dalam mimpi tu aku kena selesaikan soalan/assignment tu sampai jawapan dia ada nombor 3840. nombor ekorkah?

sungguh seram. seriusly seram. sudah lama aku tak mendapat nightmare. kali ini, nightmare pasal further. mak!! (masa kecik2 kalo aku ada nightmare aku jerit panggil mak aku…hehe). 

masa aku tersedar, jam dah pukul 5.30. aku bingung.. eh..btol ke aku mimpi tadi? pelik semacam je. lalu ak sambung tido. bila bangun balik pada paginya (waktu dirahsiakan) aku fikir balik.. betul ke mimpi aku tadi? pasal further math? tidak!!!!!

 

kepada kak akma dan ustad pali : adakah kalian pernah mengalami kejadian sebegini?

juga kepada semua yang lain.. korg pernah mimpi macam nih?

trima kasih lili kerana tag aku. walopun agak keberatan untuk menjawab..huhu…

1. apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
handphone.

2. apakah benda terakhir yang anda beli dengan duit sendiri?
aaa….roti gardenia kat cafe.

3. dimanakah tempat perkahwinan impian anda?
…….belum difikirkan.

4. berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
hubungan persahabatan : mahu kekal selamanya. ceh.
5. adakah anda sedang dilamun cinta?
no comment.

6. dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
cafeteria KYUEM. malam smalam to be exact.

7. namakan buku terakhir yang anda beli?
aaaa……Le.Gardenie – Party of Three by Ben. <–comic la.
8. apakah nama penuh anda?
Mohd Zulhilmi Mohd Yusop

9. anda lebih senang dengan mak atau ayah?
maakkk…
10. namakan seseorang yang anda mahu jumpa buat pertama kalinya dalam hidup anda.

tiada.
11 .christina atau britney?
britney!

12. adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
yela.

13. tempat yang paling seronok anda mahu pergi?
tempat yang paling seronok. xkisah la mana2.

14. pelukan atau ciuman?
both.. :p

15. butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda.
rambut pendek, ejaan namanya lili bukan lily, asal from melaka, cakap agak banyak, tidak menyelesaikan tag aku yang lepas.

16. 8 perkara yang amat saya gilai:-
camera, lukisan, duit, figura2 comel, arnab dan kucing2 jinak, diri sendiri. hahaa

17. 8 perkataan yang sering dicakapkan
hakela.. xya r.. blah r.. mampus ko r.. haih.. oit!.. budus.. lepak sudeh..

18. 8 buku paling terbaru yang dibaca:
ochem, physics, comic di atas, petronas guide book for scholars. ow, itu saja. 
19.8 lagu yang boleh didengar berulang ulang kali
xterkira..

20. 8 perkara yang saya belajar tahun lalu:
maths, chem, physics, jangan percaya orang yg tidak dikenali. haha. papela.

malas rasanya nak tag org lain. sampai sini saja.

baru sejam battle of the bands 2008 tamat di kyuem. hebat jugaklah persembahan-persembahan tadi. syabas buat semua!

malangnya tiada gambar lagi untuk dipostkan kerana malam ni aku berhenti daripada jadik photographer buat sementara waktu.

yang paking aku tertarik + terkejut, battle of the bands tadi turut menampilkan band yang terdiri daripada abang hafiz burger (bass), abg sarip mph (vocalist), dan dua orang staff lain yang aku x familiar with. drummer yang aku xknal tu mantap gile!! the best drummer of the night! dengan nama band ‘OTAI’, diorang berjaya dapat 1st runner up! tahniah! harusla abg hafiz blanje burger free~~ hehe…

sememangnya BOTB tahun ini amat meriah! tapi bagi aku taun lepas punye lagi best!

ini pandangan aku pasal malam ni..

best vocalist – abg sarip! (maddy, barhat ngan isa bole la jgak..)

best guitarist – ihsan and nithi! (dua2 sama hebat..)

best bass – jesh! (nea second)

best drummer – brader mane ntah dlm band otai! (sory xtaw nama)

best pianist – tiada. (aku xdgr sangat la bunyik keyboard..)

best band – sume except the one yang azam ngan justin nyanyi tuh..sorry but u guys made me sleepy..

 

sekali lagi tahniah kepada semua!

Battle of The Bands 2008.

Rock Till It Hurts Herts.

setelah 3 hari berturut-turut aku mengamalkan tidur pada pukul 3 pagi sampai 7.30 pagi, harini aku telah menemui satu hukum dan equation baru. 

 

TAK CUKUP TIDUR = EMOSI TIDAK STABIL

 

ya.. sememangnya emosi aku kurang stabil hari ini.. aku terasa annoyed dengan sume orang. kesimpulannya, haruslah aku tidur awal (at least awal dari pukul 3) malam ini.

tapi…esok sabtu..possible kah untuk aku tidur awal malam ini?? hrm…

baru saja habis paper 2 physics. tiada komen untuk kertas tadi. yang berlalu biarkan saja ia berlalu. tiada guna bermuram durja kerana kesilapan diri masa lalu.

tiada apa yang menarik untuk dipostkan disini atas sebab kepala hotakku sedang focus kepada peperiksaan yang sedang berlangsung. rimas juga bila memikirkan tentang hal2 lain yang sedang berlaku. haih..

crisis semakin banyak berlaku. atau mungkinkah hanya aku yang menganggap perkara itu sebagai satu masalah? hrmm.. hati aku dibelenggu rasa benci dan jijik kepada beberapa individu. aku tahu, xelok menyimpan bara api kebencian dalam hati.. tapi entah kenapa aku merasa begini. nasihat dari seorang sahabat aku, baca quran banyak2, solat banyak, ingat Allah sangat banyak2. trimas kawanku.

owh, btw baru saja juga menyedari ada gamba untuk dipostkan..walaupun tidaklah secantik mana.

 

dsc_1040e

.coach.