Skip navigation

Sejak umur aku 12 tahun lagi aku dah tinggal berjauhan ngan family. Form 1, masuk MRSM Kuala Krai, Kelantan. Masa first year kat sana asyik homesick nanges2, so ayah pick up aku balik almost every other weekend. Masuk form 2, aku just balik bila cuti sekolah lebih 4 hari. Kalau x, stay kat asrama or balik umah kawan2. Teringat plak time pegi rumah Ee kat Tumpat..   makan dkat gerai tepi pantai ngan kimi and sape ntah lagi. Haih, kabur dah memori tu sbb dah lama sangat. 

Anyway, masuk Form 4 aku pegi lagi jauh dari rumah. Memang, at that time, that was the thing that I wanted to do so badly. Nak travel sejauh2 nya, kononya jauh perjalanan luas pemandangan..so aku masuk la MRSM Taiping, Perak. 2 tahun kat situ, banyak aku lalui, banyak kawan yang sampai skang still in touch. Those memories, with friends and teachers was the best 2 years in my life. Aku rasa aku balik setahun 2 kali je, cuti tengah tahun and cuti  akhir tahun..so start kat situ aku sangat jarang jumpe family aku. Alhamdulillah 2 tahun kat taiping aku berjaya dapat 11A SPM, dapat scholarship Petronas masuk KYUEM utk preparation for overseas university.

KYUEM, Tanjung Malim. Still jauh dari rumah, jauh dari family. Yes, aku masih lagi mahu berjauhan dengan family. Belajar jauh2, make them proud. Dkat KY lah aku start buat blog ni, dkat KY lah aku belajar jadi dewasa. Pemikiran budak2 dah hilang, and aku start belajar pasal manusia. 2 tahun kat KY, amek A levels, brape result pon aku dah xbrape ingat..for sure aku dapat U (ungraded) utk further maths. LOL. 

2 tahun lepas tu, aku dkat sini, Golden, Colorado, USA. Puas hati, jauh nak mampos dari family. The first 2 years, aku nekad nak balik Malaysia kerja dengan Petronas. Sebab fikir nak kena ikut contract scholarship. Masuk junior year, aku start sedar yang jiwa aku dah terlekat dekat US. Naluri aku nak aku stay and kerja as a PE dkat US sbb benda yang aku belajar semuanya pasal industry dkat sini, and aku suka dengan work culture org US. Aku rasa aku dapat explore more about the industry here, develop aku pnye skills in a better programs dengan company dkat sini. So on junior year, aku bersungguh2 apply untuk internship dkat sinialhamdulillah dapat dgan a local company in Lakewood, CO. 3 bulan as drilling engineer, banyak aku belajar, banyak aku faham and makin kuat naluri aku untuk stay kerja kat sini. Plannya, breach contract dengan Petronas, kerja sini, bayar balik in 5-6 years. Yes, that is possible sebab I could make a triple amount of money here than if I were working in Malaysia.

Senior year, aku gigih apply untuk kerja dkat sini. Nak lagi kuat semangat sbb roomate aku Teloy dapat keja dengan Schlumberger dkat sini last year. Dia selalu cakap, kalau dia boleh dapat, aku ada 2 kali ganda chance untuk dapat. Thanksgiving break, aku dapat phone interview from Schlumberger, malangnya 2 minggu lepas tu dapat email cakap xde position available. Sedih. Hampa. Nanges2. 

Since email tu, aku terfikir, maybe aku patut stop trying untuk stay dkat sinisbb situasi aku dengan teloi lain. Aku ada bond dengan Petronas, and aku rasa terhutang budi dengan Petronas sbb kalau diorang tak sponsor aku, xkan punya aku ada can nak study kat sini. Setiap kali aku borak ngan mak pasal nak kerja dkat sini, mak mesti tanya betul ke aku nak stay, sebab nanti aku tinggal dia sorang2 lagi dekat umah. First time mak tanya macam tu, masa aku tgah on the way balik Golden from rig site. Time tu highway tgah jam, pkul 945pm. Aku penat, so nak hilangkan penat and elak mengantuk aku call mak nak borak2. Bila mak tanya aku, air mata aku terus mengalir. Tapi aku cover la tak nages, and cakap kat mak, kalau aku kerja sini, dapat lagi banyak bole aku tanggung adik2 aku masuk uni sume nanti. Aku tau diorg tak mampu dah nak tanggung and kalau adik2 aku tak dapat biasiswa aku bole bayarkan. Itu je yang aku dapat fikir time tu. Adik2 aku punya masa depan.

Lagi 4 bulan aku dah nak graduate from CSM. Career fair lagi 3 mggu, which is my last chance utk dpat kerja dkat sini. Aku akan try my best, kalau dpat aku amek, kalau tak, balik Malaysia. Haritu time makan dkat Golden City aku disentapkan oleh fortune cookie punya quote. “This year, your family is your priority”. The first thing aku fikir was aku akan balik Malaysia untuk kerja so that aku boleh jaga parents and adik2 aku. 

Sampai skang aku confuse, hati aku cakap aku akan berjaya as a PE dkat sini, tapi naluri aku cakap dah 11 tahun aku dok berjauhan dgan family, maybe its time to go back and take care of them?

This content is password protected. To view it please enter your password below:

dah dekat dua minggu aku dok rumah since balik dari Colorado lepas dua tahun. one word. panas. nak panjang skit, panas cam haram.

menyesal pon ada balik ni tak buat internship sbb bosan gila dah dok rumah ni. takde apa nak buat. tiap2 hari makan, tido, berak, tengok tv, online dengan internet berkelajuan siput babi, dan tido lagi.

kononnya aku balik ni nak recover balik sume lesen2, ID, card2 bank yang hilang sbb aku dengan bangangnya terhilangkan wallet dekat Wyoming fall break 2 taun lepas. stakat ni, aku da berjaya recover balik ID card aku je. kad pengenalan bak kata Kak Samsiah pekerja kat kaunter itu hari. kata orang, tak ada benda free dalam dunia ni skang. kata aku plak, takde benda murah dah zaman skang. nak buat ID baru sbb hilang pon kena bayar RM200 wey. tak pikir ke aku dah hilang wallet, duit bersepai2 dalam tu, pastu disuruhnya aku bayar RM200 lagi. isk.

agenda lagi satu, nak convert Colorado driver license jadi lesen memandu Malaysia. kawan aku cakap kena pegi JPJ putrajaya. kawan bapak aku plak cakap bole buat kat JPJ tganu ni je. maka aku try la pegi JPJ tganu ni. sembang punya sembang ngan Kak Siti dkat kaunter rupanya aku mmg kena pegi JPJ kat putrajaya, tapi…. kena pegi US embassy dulu mintak surat pengesahan yang cakap lesen Colorado aku ni mmg secara sah di-issued oleh US government. adoihh susah la plak. nak masuk US embassy bukan senang. pastu kalo bole masuk pon ntah macam mana laaa aku nak mintak surat tu. silap2 dia nak check lesen US aku tu ke, mau seminggu dua plak amek masa. pikir2 pon apa ke mende nak surat from embassy plak an, dah sah2 lesen tu lesen US. sah2 aku study kat US, takkan laa tetibe Thailand plak yang issue kan lesen tu kat aku. duh.

memandangkan Maxis broadband abang aku ni berkelajuan siput babi, maka aku nak try la register celcom pnye sbb hari tu cousin aku guna laju la jgak. ala2 siput babi naik motor. tapi bila pegi Celcom center, da kluar duit dah sume nak bayar, Kak Zainab pekerja celcom cakap number IC aku sangkut ngan maxis. Katanya aku ada bill tetunggak ngan Maxis. pulak dahhhhhhh. setahu aku aku dah terminate bill maxis aku, pastu aku keep num tu jadi prepaid je. aku bayar rm200 ke 100 ntah time tu. aku buat tu dalam 3 hari before fly. tapi bila aku nak guna num tu sim card tu tak leh pakai. so aku biar je la an sbb prepaid je pon, biar jela dia mampos sbb bukan aku akan guna pon. tapi sebulan lepas fly aku check maxis aku still dapat bill. maka aku biarkan aje bill tu sbb aku dah terminate bill aku, so spatutnya tak dapat dah bill. maka sekarang ni, aku rasa Maxis bodoh. tak pasal2 aku takleh register Celcom broadband.

kalo ikutkan plan, aku nak pegi CIMB bank jugak, pegi buat ATM card baru. malang tak berbau, sungguh. balik2 kat kereta  ada sekeping nota merah di atas windshield. oh nota cinta dari Majlis Perbandaran K. Trg. compound parking RM 10 sbb aku parking kat line kuning. haiyohhh line kuning tu dah hilang kot! aku ingtkan korg da xbuat kawasan tu jadi line kuning sbb aku nengok org len parking lekk je. aku pon parking la skali. tapi tu la an salah aku la tu. peer pressure la katakan. lol. matila aku kena marah ngan ayah satgi nih.

stakat hari ni, sume benda tak menjadi. naseb baik balik rumah mak masak nasik ayam. nomnom makan smpi pengsan la satgi. muahaha

gaaahhhhh one more month till home!! effing excited!!!!!!

before that, i have one more week till finals week, then two weeks of field trip to California babeyh! (fyi cool peeps are chosen go to cali lol) gosh i can’t wait for this trip! its gonna be awwwwwesomeeeeeee! lotsa cool people, cool TAs, and even cool professor! 😀

too bad i have to cancel my plan for midwest games this year. well its right after the field trip, and smtg came up that made me have to change my expenditure for summer plan. so yeah, not my chance to shine this time with CSM volleyball team. :-s i know they could make it to win it!

*   *   *

since i’m going home after 2 years being here, there is a long list of to-buy-items in my wall now. and sorry cousins, pacik, macik, no correlle sets for you guys this time. i’ll have 3 luggages with me, filled with my stuffs (of course) and presents for you guys. nak kirim2 correlle ke, kereta kebal ke, 2 taun lagi la yeh.

*   *   *

so tonight’s big news: Osama is declared dead by USA. so? should we feel happy? maybe. should we celebrate it with a party? hell no. dude(s), its somebody’s death were hearing now. where’s your human sense of sensitivity at this moment? why should we rejoice the death of one person who being accused for 9/11, while thousands of innocent people died in Iraq and Gaza killed by the troops (your troops USA!) for nothing?! sigh.

lucky for me, i have grown some more sense of awareness to the less fortunate people tonight. so i’ve bought a TOMS shoes! lol shopping ftw! well this one is for a good cause, so less guilty pleasure for this particular purchase. :p fyi, every pair of shoes purchased from the site, a new pair will be donated to the poor children in Argentina. good job toms shoes! (damn thats a legit excuse to shop!)

enough for this time. gotta get back to fluid mechanics assignment (or sleep). au revoir peeps!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

yea da dua bulan tak menulis. berkerak da kepala otak nak start menaip.

saya belajar Petroleum Engineering. saya busy gila ok.

baru dua bulan, macam2 benda dah jadik weyh. tapi takde pekdah la nak cite sume kan, sbb bukan sume ada kaitan ngan aku pon. aku hanya saksi liar di luar kandang je. haha

abang nak kawin lagi 2 mggu. aku langsung tak rasa apa2. nak rasa happy pon, tak tawu macamana sbb ak x tawu pon keadaan kat sana macam mana. kadang2 aku terbayang bole tolong2 buat hantaran, buat pelamin, and paling aku rasa ak nak buat is tolong abang bersiap. yela kan dalam movie kan slalu ada adik tlg abang bersiap la konon. lol. tapi tu ah sedih sial. dude, abang aku kawin, aku xde. loser aa aku. kalo la aku ada ckup duit, aku da beli da tiket balik malaysia. tp nak wat cane, dah bukan rezeki aku.

dahla tensen + down sbb xleh g abang kawin, pastu 2 minggu lagi, ain nak blah from Colorado dah. like blah terus sbb dia tak dapat carik keja kat sini. ni pon sama, ak tawu aku patut sedih ke tak, sbb dia balik sbb dapa intervie keja. tp dah xdapat nak lepak ngan dia dah lepas ni. sape lg nak teman aku shopping, nak bawak aku g jalan2. haiyoh benci btol la.

tadi time lunch, kawan aku tanya; why out of all malaysian i know, you’re the only one who i think doesn’t hang out with just malaysian all the time?

aku cam; errrrrrr coz i like to hang with u guys? and ya know there’s some drama happened.

pastu diorg cam gelak2.diorg cakap standard ah kat mana2 pon ada drama. drama bdak arab la, drama bdak khazakh la. haha. tp btol la, ak da jarang lepak selalu ngan dak2 ni. yela, busy kot. weekend pon ak keluar ngan kawan2 aku. dak2 ni sibuk study je. lol

and dalam bdak2 yg ak lepak tu pon ada jgak drama. kadang2 ak plak kena soal padahal aku xkenal pon org tu. haha. tp start this sem la kot ak lg kerap hang out ngan diorg, sbb kelas sama2, so lepas kelas g makan, bosan2 g shopping. weekend, enjoy la.

dalam 2-3 minggu ni aku asik sakit je. migrain, demam, selsema. haih. bosan dah makan ubat. macam dah xde effect pon. makan pon dah tak selera sgt (yes bole kurus! tp tak sihat la an). tp xnak bgtaw mak yg aku sakit, nnt membebel plak. haha. aku rasa slalu sgt sakit sebab tak cukup rest. yela tiap2 malam stay up. pandai nye tidak. haih.

penat dah aku menaip. baik aku start reading materials untuk human systems essay. Clash of Civilization. (mende ntah ni, Clash of the Titans aku tawu la)

 

 

2010. what a year. so many things happened in the past 356 days. in fact there’s too many to remember. but i will never forget what happened on my birthday this year. 21st birthday y’all! mana bole lupa.

lets recap what happened from january till december 2010.

January:

… xde memory pasal january doh. seyes lupa. tapi january start Spring 2010 semester. so aku masuk rumah ak balik lepas menumpang selama 3 mggu di annex house. ok dah xde mende lain kot. haha

February :

according to photo collection, february ada CNY celebration kat umah Keith. keith ni senior bdak petronas. fuh wa tabik sama ini apek woo. skang keje kat kerteh, asik2 pegi offshore. jeles aku. so stakat ni path kerja yg aku nak is sebijik sebijon cam keith. minyak2 come to papa!

Benson and Keith

haa tudia yg belah kiri berbaju hitam tu Benson. genius bin pandai dua2 ekor apek ni. baik plak tuh. skang dua2 keja kat Petronas so dalam masa 5 tahun lagi bole la kawin. LOLOL

time february jugak aku n few others pegi tgok Denver Nuggets vs Boston Celtics. mantap gilo. time tu baru2 blaja tgok NBA basketball, so moshem and kuchai banyak explain pasal rules and players. dalam ramai2 kuchai sorg je support celtics. and aku lupa sapa ntah menang. haha.

Melo in action!

March:

bulan march aritu spring break, so time tu aku pegi roatrip to Royal Gorge Bridge kat Pueblo Colorado. kalo xsilap la kat pueblo. haha. drive dalam 3 jam dengan afiq norehsan, dibah, al, and sape ntah lagi lupa dah. malas nak belek2 sume gamba dalam album. then time ni jgak stuck kat rumah afiq norehsan selama 2 hari sbb snowstorm. bazir gila cuti. and time tu aku, moshem, cingkai, citot, liyana and afiq and makhluk2 lain jgak order pizza 5 keping, cheesesticks 3 kotak and molten lava choc brownies from dominos pizza. makan sampai nak mampos. dahla 2 hari xmandi.

April:

Edays happened in april! ada fireworks, and some other shits. fireworks tu paling penting. cantik gila. budak2 explosive engineering yang handle sume tu. by handle aku maksudkan diorg yang buat the fireworks! holy shit kan? nak tengok gamba from fireworks tu? klik sini. malam tu mmg sangat best sbb lepak ngan senior2 sume. 🙂

May:

Abes skolah! then summer start! aku amek class time summer nih. for the 1st week of summer break i was in Intro to explosive engineering. mantap gila class ni, main2 ngan TNT and dynamite sume. main letup2. final project, Meat tenderizing using explosives. gila an? what an experience gak aa amek class ni. then lepas tu pegi chicago and purdue for Midwest games. Aku just pegi Chicago sehari je, panas nak mampos. so next time ak nak pegi lagi. xpuas haritu.

June:

Lepas balik from Purdue, ada dua minggu tak buat apa2. so time tu la start lepak ngan Ain. lebih kurang tiap2 hari kluar ngan ain. dalam blan june ktrg pegi Denver Arts Festival. best siot. cam pameran tepi2 jalan, letak arts sume. then ada kat satu jalan dia lukis2 guna chalk kat atas jalan tu. fuh kalo la ak dapat lukis kat situ. lengkap dah hidup seni aku. ceh poyo nak mampos.

July:

Start busy balik ngan class. time ni amek Physics 2 ngan Differential Equation. walopon class on Monday- Thursday 8-5pm, lepak dan enjoy macam orang gila tidak lupa ye. haha. time ni ak start lepak ngan Syaza n imanie plak. syaza sbb dia penduduk hampir tetap kat annex time summer. so tiap2 hari nak tanak jumpe dia. on the 4th of July, kitrg pegi Denver tgok fireworks. ak rasa tu fireworks show paling mantap penah ak tgok kot, sbb ada live orchestra plus dia punya capital building tu dia buat lightshow apa jadah ntah. cantik.

 

cantik gila siottt

lagi lagi blan july jgak aku pegi concert secondhand serenade!!!!!! its more like a gig than a concert sbb venue dia kecik je. so ak berjaya menguasai depan stage dia muahaha. kat venue tu ktrg berdiri, sbb xde seat pon sbb tu ak bole g depan tu. haha. puas hari siott mimpi jadi kenyataan nak dgar diorg live. dulu asik dgar lagu, nyanyi sorg2 smbil emo nanges2 dalam chalet. lol time concert tu jgak start kenal ngan Runner-runner band. smart gak dak2 ni. lagu pon bole blah.

malas la nak rotate

 

August:

time August, chaer datang. mula2 dia datang kerja, pastu ak hasut dia soh stop and lepak je kat golden. and she did. haha best gak time chaer ada nih. ain n imanie baik gila ngan dia. pegi LA and Vegas sama2. ak plak still busy ngan class. pastu kawan ain plak datang. Shuhada namanya, from Wisconsin. uih dia pnye balak itu dari mexico wooo jgn memain. bole cakap spanish woo. masak mexican food manyak bagus. haha. then by the end of august, kenal fahmi plak. fahmi dulu dia keja kat LA, then baru pindah to boulder. Software engineer. kayo pacik fahmi ni. haha. first time jumpa fahmi was during ak n wahid pnye housewarming. Masak nasik ayam. exclusive for summer people only k. haha

 

Housewarming with summer peeps

oh my, how i miss this moments. time ni lek gila hidup. drama free, stress free. cuma masa je xfree sbb still ada class. haha.

September:

Puasa + raya! sedih2 kali ke dua x puasa and raya kat Malaysia. tp tahun ni aku tak menangis time raya. sbb xde feeling nak raya pon. tp lepas pegi open house malaysian yg berlambak2 kat colorado nih, semangat raya tu datang. and time ni la start kenal khalil, boboy n khalidah. tak silap ak time ni da start Fall semester dah. so sume dah datang balik. so hidup start jadi messy skit2 sbb drama sana sini la kan. urgghh bila la ak nak bole hidup tenang. haha

October:

Hiking and camping. 3 event berbeza. malas nak cite la. ni salah satu example of good times yang aku harap xpenah berlaku after what happened now.but i’m keeping the good times as memories though. best kot hiking kat Bear Peak then camping kat mana ntah sejuk nak mampos.

November:

Busy gila dengan final exam and final paper IPE asia. tu je aku ingat. haha. owhhhh time ni awek si fahmi datang colorado! tp xdapat lepak ngan dia sangat sbb busy ngan Iday lah, apa lah. best gak dia nih. masyuk woo lepak skali. klaka bole tahan. kawin laa cepat ye korang. jgn lupa ajak aku. lol

December:

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. banyak gila benda dah jadi  all year, ak ingat december cam takde pape la kan. tp time ni la drama menyerang lagi. kali ni drama lain. bukan drama hantu ke apa ke. xperlu explain la kan. hal2 dalaman sudah. tp lupakan drama, 23rd december aritu aku dah 21 tahun!!! doploh satu woihhhh!!! gila da nak mampos da aku nih rupanya. dah tua. tapi awek tadak. duit tadak. burberry tadak. haha. xpe2 sabar. mak kata belajar dulu, xyah sibuk2 nak bercinta bagai. baik mak, saya focus blaja (and enjoy) dulu. haha. aku dapat lesen drive blan ni jugak. yea! 😀 and blan ni jgak Winter break. lepak time!! time ni mak n adik fahmi si Fariz Naim plak datang. haiyoh wa cakap lu ini budak banyak kelaka nak mampos. enjoy siot lepak ngan dia. kalo dia stay sini lama2 ak rasa makin best la hidup kat sini. lepak ngan dia nih gelakkkkk je keja. eh silap. lepak jewwwwwww kejewwww. hahaa. ok aku rasa memory time december ni paling banyak sbb baru jadik. so ada iceskating session, shopping session, and banyak lagi. malas den nak tulis.

 

fahmi n naim. adik bradik yg best.

ok aku rasa tu je la kot benda2 penting yg jadi sepanjang tahun. nak cite sume mmg xdapat la kan. apa ko ingat aku tulis diary ke apa nak catit sume benda. sory aa kalo terlepas benda2 lain yg sape2 yg baca ni rasa penting yeh. ak ni dah makin hilang daya ingatan. orang kata sbb tgok porn banyak sangat. ish tipu siot mana ada ak tgok porn banyak sangat.bahahahahhaa.

so penat dah aku tulis panjang berjela2 nih. kira qada tak tulis lama sangat. haha blog pon ada qada2. puasa xnak qada. ops. haha

Anyway by time ak tulis ni lagi 5 minit nak masuk 1/1/11.

so Happy New Year of 2011!!!!!

hope this year would be a better year for all of us! amin. : )

tajuk sangat corny. macam tahik.

its been a long week, and i’m tired. tired of life. tired of getting frustrated.

aku xharap banyak, aku just harap aku dihargai, diingati. walopon ak yg pilih untuk pergi jauh, tpi ak masih mengharap aku tidak dilupai.

otak da terlampau penat untuk memujuk hati supaya tidak terbawa-bawa dengan perasaan. hati terlampau layu untuk kuatkan semangat. dahla mata kena infection. haih.

homai lama nak mampos tak terbukak wordpress. kesian terabai blog ak nih. haha.

demit aku ingat da xde org visit da blog bersawang nih, ghupenye ada la beberapa ketul yg kadang2 menziarah. thanks ye kawan2. or sesape la anda yg saya xkenal tu. 🙂

ok senanya aku ada 10 articles untuk dihabiskan baca untuk exam Human Systems esok. haa nama nak glemer meletop human system bagai, tp blaja haprak ntah hape2. fyi, subject ni bukan subject biology ye, sbb bila first aku baca tajuk subject ni, ak ingatkan nak kena blaja how human body systems work. hahahhaa bogos.

so far ak baru habiskan 3 articles. 7 lagi doh. tujuh. gila ke apa? nak extract satu article pon ak da pening2. haih dulu time class xnak baca articles ni sbb bila baca, xsama pon ngan apa yg dye cakap dalam class. so whats the point of spending time to read those shit kan? skang, nah. eat that shit man! all 10 of  them! mother eff la!!!!!

agaknya malam ni ak xtido la kot. sbb esok ada lab Sedimentology and Stratography pkul 8 pagi. its a geology subject, by far aku pnye favorite subject. geology FTW y’all! lol

ok dah2. banyak nak hupdate tp articles xmengizinkan. chalo!

yo yo yo. *terjangkit joe flizzo pnye cara dalam racangan menari apa ntah* so summer class da start. da abes 1st week. not bad at all. classmates best2, cikgu pon best, tp ak je slalu ngantuk dalam class. macam biasa.

dalam sebulan lagi genap la aku da tinggalkan malayshieerr untuk tempoh staun. SETAHUN ok. xbalik2. ko taw tak sedih senanya x balik malaysia lepas staun? gila.

bila da setahun, baru rasa bahawa betapa bernilainye nasik lemak jual kat tepi jalan tu. baru ko rasa sanggup nak belanje RM40 untuk sepinggan nasik lemak yang sambalnya hanya macam cili giling yang xmasak! cuba la sedaya upaya masak nasi lemak sendiri, tetap xkan jadi macam nasi lemak tepi jalan, apatah laki nasi lemak kat keramat, jauh lagi la nak menyerupai nasik lemak mak ko masak.

bukan stakat nasi lemak, macam2 species nasi la ko akan mengidam tengah2 malam masa tengah online, pastu skype dengan kawan di malaysyer yang tengah kunyah nasi ayam, murtabak, dan minum air milo tabur *buat sendiri la tapi*. tatkala itula ko rasa hidup ini macam tahi. *ok over*

sebab da rasa mengidam macam2 benda, badan ko yang meragam ni akan start nak CUBA masak benda2 tu. tangan aka tetibe bole potong bawang dengan sangat laju, bole kenal segala jenis rempah yang ada kat dalam closet dapur. bila minyak dalam kuali da panas, baru ko sedar, ko TAK TAHU pon macamana nak masak benda tu! gila. siksa tahu. end up ko masak nasi goreng kunyit semata-mata, 3 hari berturut-turut. *pengsan*

lepas da masak, baru la ko sedar bahawa selama ini mak ko time kat dapur tersiksa nak masak sbb ko asik demand nak makan sedap-sedap. baru la datang kesedaran kenapa tapak tangan mak ko sangat kasar, tapi tangan ko selembut kulit ponggong bayi macam dalam iklan babi baby johnson’s.

*      *       *

tapi, bila da setahun dok sini, baru la nak tahu bahawa xbest sebenanye berjauhan lama2 ngan family, ngan kawan. walopon bole skype bila2 masa, bole call tiap2 waktu, still xsama kalo bole pegang tangan, peluk badan dengan org tersayang. baru ko nak rindu bau mak ko, suara bebelan mak soh g solat jumaat, saat bila mak ko mintak tolong pegi beli ayam sbb nak masak nasi minyak pastu ayam tu jangan lupa soh dye potong dua je, and duit baki sila bagi balik jangan asik masuk poket sendiri, pastu baru nak ingat pesan mak jangan kluar lewat malam2. xelok.

sampai sini, definisi kluar lewat2 malam TAKDE. sbb anytime bole kluar xde sapa nak marah. anytime nak balik pon xde sapa nak kesah. ada la jugak yang kisah tp suka hati la. besar da kot. haha

owh, kalo kat malaysia kalo kul 2am xbalik2 rumah lg, dapatla beribu2 call from handphone mak. kat sini, xbalik 3 hari baru dapat satu miscall from kawan serumah.