Skip navigation

Monthly Archives: September 2008

ramadhan sudah hampir tiba di penghujungnya.. syawal kian menjelma..

rasa macam cepat sangat masa berlalu. pejam-celik da nak abis ramadhan.. harapnya taun depan umurku masih panjang untuk menikmati ramadan yang akan datang. huhu..

persiapan untuk raya kali ni hampir siap..lagipun sikit je.. just kuih2 raya and baju raya je.. xde nak beli perabot baru ke..tv baru ke..then bagi jiran jeles..haha..

papepon aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA in advance kerana aku rasa ini adalah post terakhirku sebelum raya. esok last puasa so xsempat kot nak on9.. nak bersiap2 kemas umah lagi..susun kuih lagi..huhu…

 

kepada semua muslimin dan muslimat,

SELAMAT HARI RAYA!!

MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Advertisements

besar?? apa yang semakin besar? badan akukah? oh itu hampir betul setelah hapir 2 minggu berada dirumah.. tapi benda sebenar yang membesar ini adalah budaya blogging di kyuem!

sukar untuk aku percayai..tapi itulah hakikatnya. blogosphere sudah berkembang dalam kalangan KYUEMians! xaku sangka ianya akan terjadi secepat ini (exaggerate). haha..

setelah sehari suntuk aku meneroka world wide web ini, agak lumayan hasil yang aku perolehi.. kalo nelayan dapat hasil tangkapan ikan, aku dapat alamat blog2 baru (ataupun da lama cuma aku tak sedar kewujudannya) terutamanya daripada juniors2. (analogy yang sangat tak valid)

wah, seriously ramai yang aku x expect ada blog, rupenya da lama berblogging.. huhu.. dan ada jugak yang pernah menyatakan ketidakmahuan utuk berblogging akhirnya mempuyai blog yang mantap! (ni kes stabilo)..

papepon tahniah kepada mereka yang baru bermula dengan blog masing2 dan marilah kita sama2 memeriahkan lagi medan blogging ini! (sapekah aku sebenarnya untuk mengucapkan tahniah ni??)

beikut adalah blog2 baru yang aku terokai..

Afeez Aziz

http://www.afeezaziz.com

Asyraf Apple

http://asyrafs.blogspot.com

Azri Jasni (garnet)

http://azri-mcvain.blogspot.com

Haq Sapphire (dye ni sumpah aku xcaya ada blog)

http://abdhaq.blogspot.com

Faizul Syafiq Blur (penulisannya mantap!)

http://walk0fmylife.blogspot.com/

Maba

http://mabairy.blogspot.com

Muizz Diamond

http://muizz89.multiply.com

Naqiu Garnet

http://naqiuadvance.blogspot.com

Nik Asiff Diamond

http://nikassif.blogspot.com

Naufal Stabilo (kuang aja ko stab ada blog xgitawu)

http://stabilosoleh.blogspot.com

Syukri Diamond Penari Zapin

http://ranjaudunia.blogspot.com

owh..tidaklah lumayan sangat rupaya hasil tangkapan hari ini.. takpe2.. aku akan terus berusaha.. and aku baru perasan xde satu pon gune wordpress!! hmmpph.. xley jadi.. aku kena tukar gak nih..hehe..

btw setakat pembacaan aku kat sume blog2 ni, sumenye ada styl penulisan tersendiri dan motif penubuhan blog mereka tersendiri..(duh~~ mestila). macam aku, aku tulih kat blog ni sume benda yang aku nak sampaikan kat sume orang..dan berita2 panas la.. haha… tapi nak yang btol2 panas rujuk tuan empunya diri secara terus ye.. hahahahaha…

kepada bloggers sekalian, tambahla link blog2 anda dengan blog2 yang dinyatakan di atas ye..

SELAMAT HARI RAYA!!

Semalam, jam 11.44 p.m handphone aku tetibe berbunyi.. masa tuh aku tengah mencuba kiasukan diri menjawab past paper physics. Bile aku tengok, nama Anas Pauzi terpampang sedang memanggilku (menelefonla). Lalu ku angkat, dan saling memberi dan menjawab salam.

“p.chek, aku da nak fly g manchester nih..” anas memberitahu..

“aa..tawu2…tapi bukanke flight ko pukul 11.45pm??” aku confius.

“yela..tgah nak naik flight la ni..hehee..” anas cuba menerangkan keadaan yang dianggapnya kelakar itu. Haha

Setelah berborak hampir seminit,

“ok la, akak flight attendance (kot.. aku xbape dengar anas cakap) macam da nak marah aku je..” anas member signal untuk end call..

“ok..take care” aku membalas.

Setelah mengirim salam kepada sesiapa yang aku dan anas kenal, (hapela) gagang diletak. Eh, mane de gagang sebab handphone. Yela2..panggilan di hentikan..huhu..

( *perbualan sebenar adalah lebih panjang daripada yang ditulis..)

***

Perkara pertama aku nak cakap kat sini adalah, aku JEALOUS ngan anas. Seriously jealous of him.. of them instead.. those whom already gone and also are going to overseas.. jealous r diorang da dapat fly..aku lambat lagi..hehe.. inilah dilemma aku skang. Ketakutan..kebimbangan akan masa depan aku. Ya Allah..kurniakanlah aku kecemerlangan..

Kepada anas, dan juga mereka yang da ke sana.. jaga diri baik2.. blaja la elok.. scholar korng anta korg soh g blaja..jgan nak bazir duit diorang kasi.. daripada korang membazir baik bagi aku.. bleh jugak aku g shoping kang.. okeh cukup2..aku da membebel x tentu hala.

Senior2 ku sume! Jangan lupe juniors korang yang sedang berjuang ini! Kami doakan korang bejaye dan selamat dunia akhirat~~ amin….

idea ni ak dapat form buku nukilan sis Zabrina, Life is an open secret : you, me and we. Cerita asal dye panjang, tapi aku just ambik skit je. Bak kate zaim senior, ‘kite tarik skit’. Hehe..

* * *

Frederick L. Collins cakap (translation la nih),

Terdapat dua jenis manusia dalam dunia – meraka yang masuk kedalam bilik dan berkata “saya disini!” dan mereka yang masuk dan berkata “ah..itupun awak..”

Atau dalam bahasa Inggerisnye,

There are two types of people – those who come into a room and say “well here I am!” and those who come in and say “ah, there you are..”

Sorry kalo translation yang aku bagi tu agak pelik~~hehe…

* * *

Bayangkan dalam situasi yang berikut :

Dalam keadaan kita sejuk keketaran (keketaran?? Betul ke perkataan nih?), mereka datang membawa selimut dan berkata “jangan risau, saya disini..

Dalam keadaan perut kita berkeroncong kebuluran (kecuali bulan Ramadan la..) mereka datang menghulurkan makanan dan berkata.. “saya disini..bawakan makanan untuk awak..makanlah.”

Dalam keadaan kita hampa dan kecewa, dimana kita perlukan sokongan, mereka datang menghulurkan tangan untuk meringankan beban (moto bersamamu TV3..hehe) laksana berkata.. “saya disini..

Atau tatkala kita sedang dalam kesedihan, mereka melihat linangan tangisan di mata kita, mereka datang menghampiri dan berkata.. “sabarlah..saya disini..sentiasa disini bersama anda..”

mereka’ itu adalah golongan manusia yang masuk ke dalam bilik dan berkata “well here I am!”. Atau aku singkatkan kepada golongan ‘Here-I-am’. Manakala ‘kita’ pula adalah golongan manusia ‘There-you-are’ yang menerima pertolongan daripada ‘mereka’.

* * *

Jadi, yang mana kita?

Golongan yang meminta belas kasihan ataupun golongan yang menghulurkan tangan?

Fikirkan, pernahkah kita hulurkan tangan kepada saudara kita tatkala mereka dalam kesusahan? Pernahkah kita berlari kepada saudara kita yang memanggil meminta bantuan atau sekadar untuk menjadi teman tatkala mereka kebuntuan?

Sememangnya amatlah mulia darjat seseorang manusia yang tergolong dalam golongan ‘Here-I-am’ itu kerana pertolongan yang diberikan. Sama jika di adaptasi dalam persahabatan dan perhubungan sesama insan.

Seringkali kita terpaksa menjadi pihak yang meminta belas kasihan dan pertolongan..

Namun, apa salahnya jika kita berkorban, walaupun berat beban yang dipikul bahu,

Apakata, kita ringankan tangan.. untuk membantu.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!

* * *

“..if anyone fulfill his brother’s needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieves his troubles on the day of Resurrection..”

(al-Bukhari and Muslim)

Harini bdak2 uni sume da start cuti. Kawan2 lama aku pon sume da balik kot. Tapi aku hanya berkesempatan jumpe 2 orang je iaitu amir dan zack. Kitorang da kenal since darjah satu lagi and sampai skang berkawan, malahan since darjah 2 kitorang dalam satu class yang sama sampai darjah 6.

Kitorang spilt up bile masuk high school.. yela, masing2 pegi ke haluan masing2. Berbekalkan 5A UPSR(perlu ke aku mention nih?) amir ke Sek. Sains Dungun, zack ke MRSM Transkrian, dan aku ke MRSM Kuala Krai. Tapi tu sume lepas 2-3 bulan kitorang masuk SMKA Tok Jiring..(aku skola agama woo dulu~~..heheh..)

Walaupun da xsehaluan, kitorang still kawan macam dulu. Masa skola menengah dulu pon, stiap kali cuti aku xkan lepaskan peluang pegi umah diorang lepak-lepak dari kul 4.30 sampai le maghrib.. da nak azan maghrib baru le aku reti nak balik umah..heehhe.. tapi sejak aku masuk kolej, diorang pegi matrix, and da masuk u da pon, kitorang da jarang jumpe.. almaklumlah, KYUEM ni kan cuti xsama ngan other institutions.. so x berkesempatan le..

Jadi harini bile jumpe diorang balik, aku rasa gumbira yang amat.. xtau kenapa.. yela, dari kecik lagi kitorang da jadi teman sepermainan.. nak g mana-mana mesti kitorang bertiga.. jap, berempat sebenarnye..tapi yang lagi  sorang tuh xtaw da mana ilang..haha.. papela.

Bila imbau dan imbas balik zaman sekolah rendah dulu, tersengih sendirian plak aku.. macam-macam rupanya aku da lalui masa kecik dulu.. gaduh la.. cintan munyit la.. cintan kucing la.. mee cintan la… haish da ngarut la plak. Namun sememangnya zaman kanak-kanak ribena dulu amatlah indah.. xperlu nak risau apa-apa pun, kan?

Berbalik kepada amir dan zack.. diorang skang da ada haluan masing-masing.. skang zack da jadi student UMT (Uni Malaysia Terengganu) buat degree in accountancy.. amir plak skang under JPA buat degree in Geology kat UKM.. haih..untung jadik diorang. Da terjamin da masa depan..aku nih, still kabur lagi.. macam mana la masa depan aku yeh..

Bagi aku, persahabatan kitorang xde la utuh sangat..tapi ianya amat kukuh. Sebab persahabatan ini da terjalin hampir 14 tahun.. lama gile… dan aku amat berharap we’ll remain as friends forever..selagi mana badan ini bernafas dan mambawa nyawa..selagi itulah kami akan kekal berkawan. Wah romantic, dramatic, dan optimistic btolla..hahaha…

Aku, sememangnya amat menghormati persahabatan. Yela, tanpa kawan sapela kita, dan tanpa kita sapela kawan-kawan kita tu kan..haha… sepanjang hidup aku ni, kawan-kawan la yang paling banyak tolong aku.. kejayaan yang aku dapat selama ni, atas jasa bantuan diorang jgak..kot. hhehe..

Jadi, sayangilah kawan anda.

Eratkan ukhwah di hari raya nanti. Selamat hari raya!

Mood : xleh nak tido…masa aku tulis nih pukul 7 pagi..

dalam aku duduk mengadap pc nih, tetibe dapat satu idea nak tulih pe..huhu..

aku teringat peristiwa 2 malam lepas masa aku nak pegi tarawikh kat masjid umah aku. lepas da bersiap2 pakai baju sume, aku kuar dari bilik. mak aku kat ruang tamu masa tu. bile dye nampak aku, trus de cam membebel la (sorry mak..hehe) kat aku psal pakaian aku.

“ish..ape nih..nak g masjid pakai jeans?? pakai la kain pelikat ke..” mak aku memulakan bebelannya.

“ala..bukan salah pon pakai jeans ni..lagipun bersih je..” aku membalas.

ternyata jeans itu memang bersih kerana jeans tu baru je aku beli. hehe..

on the way aku ke masjid (yakni semasa dalam kereta bersama abangku) aku berfikir.. kenapa mentaliti manusia sebegitu stereotype? kalo nak solat, kena pakai kain pelikat..kalo nak g masjid, kena pakai kopiah..

“hello….wake up darlin…its 2008..” hati bitchy aku bersuara..haha..

bagi aku pakai apapun sama je asalkan pakaian tu bersih, kemas dan menutup aurat..terutamanya kalo nak g solat la.

tapi bila aku sampai di masjid.. sudah..aku tengok aku sorang je pakai jeans! habisla mata2 lain memandang serong kat aku.. lebih-lebih lagi pacik2 bersebelahan.. perlu ke ko tenung lama2 kat aku?? ceh prasan diri ini dilihat la plak.. haha.. tapi ape haku kisah. bukan aku buat salah pon..haha..

sume pakai kain pelikat…

(gamba ni from internet..matila aku nak amek gamba camni)

lalu aku berfikir lagi..apa yang mem buatkan mentaliti sesetengah manusia terikat kepada sesuatu perkara yang tidak masuk dek akal.. hrm.. lagipun sebenarnya da banyak kali mak aku marah aku pakai seluar g masjid.. katanya kurang seswai.. dah aku mmg xsuke pakai kain pelikat.. nak wat camne. kalo aku pakai pon maknanye ak da kehabisan seluar..kalo kat kolej la..hehe..

lagi satu..kalo nak bagi alasan tradisi orang melayu pakai kain pelikat, aku xleh trima.. sebab kain pelikat tu bukannya orang melayu punye pon.. kain pelikat tu pakaian orang india kot.. so, xde alasan lagi yang bole memaksa aku untuk tidak memakai seluar ke masid! hahaha….

mood : bazaar ramadan menanti kedatanganku..

sorry kerana menggunakan perkataan yang xbagus sebagai title kali ini. aku bukannya menyumpah seranah sesiapa tapi diriku yang lemah ini.

ceritanya, aku telah menulis beberapa post menggunakan laptop aku untuk dimuatkan dalam blog ini lalu di savekan dalam pendrive aku.. dan dibawakan ke cyber cafe berdekatan kerana aku malas nk ke library yang agak jauh walaupun internet free je. lalu dengan confidentnye aku cucukla pendrive aku ke dalam usb port terletak bersebelahan monitor nih. bile aku bukak… unreadable file sebab dalam format word 2007!!! pc kat cc nih gune word 2003 je.. so hampeh la xleh bukak.

so kepada sesiapa yang berhajat nak bukak cc, gunelah word 2007 kat pc2 anda. (apekah saranan nih??)

jadi sory sekali lagi xde post untuk di postkan. huhu..

selamat berpuasa!

baru je beberapa hari cuti (malas r nak kira exact hari) ak da rasa bibit2 kerinduan mula terpancar dari lubuk hatiku..ceh. hahaha… seyes, tiap2 kali cuti mesti aku rindu kat kolej.. orang2 kat kolej la terutamanya.. lagipun kat umah bukan leh buat apapon… huhu…

plan aku untuk study kat rumah ni berjalan agak lancar. setakat ni tiap2 malam aku akan luangkan masa untuk baca chem and buat practice physics. omg..lupe nak study maths la.. takpe2 mlm ni aku buat maths.

erm…stakat cuti ni, peristiwa ak xleh lupe adalah kejadian semalam. untuk pengetahuan, semalam adalah kali pertama aku berbuka puasa dirumah sbb malam sebelumnya aku g bukak pose kat office ayah aku (xnak cite pasal event yang sangat bosan nih). so petang tu dengan penuh semangat nak berbuka, aku hidupkan enjin skuter mosqito ku lalu memecut (exaggerate) pergi ke bazaar ramadhan Gong Badak 3. Tempat tu da lain compare ngan taun lepas..dulu lagi banyak kedai. selama 20 minit kat situ agak banyakla juadah kuih-muih yang aku belikan untuk keluargaku…antaranya, tau foo faa (cane ntah eja mendelah nih), murtabak, and beberapa kuih yang aku xtaw nama dye. hehe..

kat K. Terengganu ni, maghrib masuk dalam pukul 7.05 camtu la.. dalam kul 7 kitorang satu keluarga da ready kat meja nak makan. Radio kat meja tepi terpasang dengan siaran Trg f.m. (seyes bulan pose je aku bukak channel nih.) dlm 7.04 minit, berkumandangla muzik sebelum diumumkan waktu maghrib da masukand azan dilaungkan. (muzik dye ala-ala muzik arab gitu). Tetibe dalam kegirangan nak menenggu azan…PLUFF!!!

BLACKOUT!

Radio mati, keadaan gelap gulita. satu taman aku blackout! sebabnya tadi hujan bersama-sama petir tetibe turun..maybe benda petak yang supply electric tu kena sambar kilat kot. lalu dengan cekap dan efisyennye mak aku menghidupkan lilin di sekeliling meja makan dan ruang tamu. waaa..macam candlelight dinner la. hehe.. “macam orang putih la mak…makan ade lilin..” kata adik aku syafiqa yang berumur 6 tahun tapi mulut macam mak nenek. xreti nak diam. haih..

then dalam pukul 9 lebih barula ada electric balik. and aku xpegi tarawikh sebab ujan..plus, xmandi lagi sebab gelap.. (yess alasan yang agak kukuh!) hehe..

Ok2.. back to the topic, aku rindu.. rindu kat bilik aku… rindu nak g sahur ngan nonel..ngan faris..zb..reno..ali..muzhir..syahir..daeng…n ramai lagi. rindu nak g subuh kat surau…ntah dapat ke x aku pegi subuh kat surau lepas ni sbb biasanya lepas sahur aku terus stay surau.. lepas cuti ni da xsahur da..huhu.. rindu jgak nak g bukak pose kat dining hall.. and rindu kepada musolla as-saad.. ceh.

kyuem…seriusly i’m out of pics already~~

kalo di ikutkan kerinduan hati ni, nak je cuti ni berlalu dengan cepat. tapi, ikutkan kerisauan nak exam, kalo boleh xnak cuti ni berakhir langsung. haih..lepas cuti ni ade seminggu je lagi nak exam As.. harapan aku, supaya aku bole score straight A’s.. doakan aku eh kawan-kawan.. (macam along si kucing gemok 2 la plak.) and aku perlu struggle cuti ni for chemistry!!!

cuti…cepatlah anda pergi!! *dirasuk hantu drama*

p/s: baju raya aku da beli!! huhu..gumbiranya hati~~~

esok da start cuti!! yea!!!!

xsabar da nak balik sebab da berbulan-bulan aku xbalik umah jumpe keluarga tersayang..hehe.. cuti yang seminggu aritu pon aku xbalik sbb g umah hizbul.. so kali ni cuti 2 minggu lebih! best!

tapi cuti kali ni xakan jadi seperti cuti yang dulu-dulu (harapnya la..) sebab aku nak study… lepas cuti ada seminggu je before exam As..haih.. ak nak concentrate on chemistry..and keep up with doing math and physics practices.. harap-harap aku xleka dengan segala kelengkapan hiburan kat rumah nnt.. huhu…

lagi satu, kat umahku xde internet connection.. so jarang-jarang la aku akan online nnt.. maybe 2-3 hari skali baru aku dpt update blog kesayangan ni.. isk..sedih..

cuti start 19 sept sampai 5 oct.. aku ade 17 hari la kat umah nnt.. hmm..bukanlah satu masa yang panjang sangat… so nnt kena betul2 uruskan masa untuk study dengan cemerlang gemilang terbilang r.. huhu…

yang penting, raya kali ni aku nak celebrate betul2.. tapi sehari jela, sbb lepas tu nak study..hehe.. lagipun kali ni maybe raya terakhir aku di malaysia sebelum aku fly ke USA taun depan..insyaAllah… balik nnt nak buat kuih raya banyak2.. and aku nak buat apple crumble untuk raya pertama..hehe…

jadi dikesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA!!! (walaupun terlalu awal untuk diucapkan..hehe)

tensen x kalo korg tanye somebody satu soalan mudah, tapi dye jawab xtahu??

tensen kan?

lainlah kalo soalan tu betul2 soalan bodoh yang jawapan da ada terang2 depan mata…

xpe la xmau jawab pon.

tapi kalo kalo soalan tu betul2 diajukan atas dasar tidak tahu dan ingin tahu… apa salahnya menjawab dengan sopan dan betul kan??

haih. tensen aku. fed-up da. malas da nak cakap dengan orang camni. urgh~