Skip navigation

Tag Archives: new year

2010. what a year. so many things happened in the past 356 days. in fact there’s too many to remember. but i will never forget what happened on my birthday this year. 21st birthday y’all! mana bole lupa.

lets recap what happened from january till december 2010.

January:

… xde memory pasal january doh. seyes lupa. tapi january start Spring 2010 semester. so aku masuk rumah ak balik lepas menumpang selama 3 mggu di annex house. ok dah xde mende lain kot. haha

February :

according to photo collection, february ada CNY celebration kat umah Keith. keith ni senior bdak petronas. fuh wa tabik sama ini apek woo. skang keje kat kerteh, asik2 pegi offshore. jeles aku. so stakat ni path kerja yg aku nak is sebijik sebijon cam keith. minyak2 come to papa!

Benson and Keith

haa tudia yg belah kiri berbaju hitam tu Benson. genius bin pandai dua2 ekor apek ni. baik plak tuh. skang dua2 keja kat Petronas so dalam masa 5 tahun lagi bole la kawin. LOLOL

time february jugak aku n few others pegi tgok Denver Nuggets vs Boston Celtics. mantap gilo. time tu baru2 blaja tgok NBA basketball, so moshem and kuchai banyak explain pasal rules and players. dalam ramai2 kuchai sorg je support celtics. and aku lupa sapa ntah menang. haha.

Melo in action!

March:

bulan march aritu spring break, so time tu aku pegi roatrip to Royal Gorge Bridge kat Pueblo Colorado. kalo xsilap la kat pueblo. haha. drive dalam 3 jam dengan afiq norehsan, dibah, al, and sape ntah lagi lupa dah. malas nak belek2 sume gamba dalam album. then time ni jgak stuck kat rumah afiq norehsan selama 2 hari sbb snowstorm. bazir gila cuti. and time tu aku, moshem, cingkai, citot, liyana and afiq and makhluk2 lain jgak order pizza 5 keping, cheesesticks 3 kotak and molten lava choc brownies from dominos pizza. makan sampai nak mampos. dahla 2 hari xmandi.

April:

Edays happened in april! ada fireworks, and some other shits. fireworks tu paling penting. cantik gila. budak2 explosive engineering yang handle sume tu. by handle aku maksudkan diorg yang buat the fireworks! holy shit kan? nak tengok gamba from fireworks tu? klik sini. malam tu mmg sangat best sbb lepak ngan senior2 sume. 🙂

May:

Abes skolah! then summer start! aku amek class time summer nih. for the 1st week of summer break i was in Intro to explosive engineering. mantap gila class ni, main2 ngan TNT and dynamite sume. main letup2. final project, Meat tenderizing using explosives. gila an? what an experience gak aa amek class ni. then lepas tu pegi chicago and purdue for Midwest games. Aku just pegi Chicago sehari je, panas nak mampos. so next time ak nak pegi lagi. xpuas haritu.

June:

Lepas balik from Purdue, ada dua minggu tak buat apa2. so time tu la start lepak ngan Ain. lebih kurang tiap2 hari kluar ngan ain. dalam blan june ktrg pegi Denver Arts Festival. best siot. cam pameran tepi2 jalan, letak arts sume. then ada kat satu jalan dia lukis2 guna chalk kat atas jalan tu. fuh kalo la ak dapat lukis kat situ. lengkap dah hidup seni aku. ceh poyo nak mampos.

July:

Start busy balik ngan class. time ni amek Physics 2 ngan Differential Equation. walopon class on Monday- Thursday 8-5pm, lepak dan enjoy macam orang gila tidak lupa ye. haha. time ni ak start lepak ngan Syaza n imanie plak. syaza sbb dia penduduk hampir tetap kat annex time summer. so tiap2 hari nak tanak jumpe dia. on the 4th of July, kitrg pegi Denver tgok fireworks. ak rasa tu fireworks show paling mantap penah ak tgok kot, sbb ada live orchestra plus dia punya capital building tu dia buat lightshow apa jadah ntah. cantik.

 

cantik gila siottt

lagi lagi blan july jgak aku pegi concert secondhand serenade!!!!!! its more like a gig than a concert sbb venue dia kecik je. so ak berjaya menguasai depan stage dia muahaha. kat venue tu ktrg berdiri, sbb xde seat pon sbb tu ak bole g depan tu. haha. puas hari siott mimpi jadi kenyataan nak dgar diorg live. dulu asik dgar lagu, nyanyi sorg2 smbil emo nanges2 dalam chalet. lol time concert tu jgak start kenal ngan Runner-runner band. smart gak dak2 ni. lagu pon bole blah.

malas la nak rotate

 

August:

time August, chaer datang. mula2 dia datang kerja, pastu ak hasut dia soh stop and lepak je kat golden. and she did. haha best gak time chaer ada nih. ain n imanie baik gila ngan dia. pegi LA and Vegas sama2. ak plak still busy ngan class. pastu kawan ain plak datang. Shuhada namanya, from Wisconsin. uih dia pnye balak itu dari mexico wooo jgn memain. bole cakap spanish woo. masak mexican food manyak bagus. haha. then by the end of august, kenal fahmi plak. fahmi dulu dia keja kat LA, then baru pindah to boulder. Software engineer. kayo pacik fahmi ni. haha. first time jumpa fahmi was during ak n wahid pnye housewarming. Masak nasik ayam. exclusive for summer people only k. haha

 

Housewarming with summer peeps

oh my, how i miss this moments. time ni lek gila hidup. drama free, stress free. cuma masa je xfree sbb still ada class. haha.

September:

Puasa + raya! sedih2 kali ke dua x puasa and raya kat Malaysia. tp tahun ni aku tak menangis time raya. sbb xde feeling nak raya pon. tp lepas pegi open house malaysian yg berlambak2 kat colorado nih, semangat raya tu datang. and time ni la start kenal khalil, boboy n khalidah. tak silap ak time ni da start Fall semester dah. so sume dah datang balik. so hidup start jadi messy skit2 sbb drama sana sini la kan. urgghh bila la ak nak bole hidup tenang. haha

October:

Hiking and camping. 3 event berbeza. malas nak cite la. ni salah satu example of good times yang aku harap xpenah berlaku after what happened now.but i’m keeping the good times as memories though. best kot hiking kat Bear Peak then camping kat mana ntah sejuk nak mampos.

November:

Busy gila dengan final exam and final paper IPE asia. tu je aku ingat. haha. owhhhh time ni awek si fahmi datang colorado! tp xdapat lepak ngan dia sangat sbb busy ngan Iday lah, apa lah. best gak dia nih. masyuk woo lepak skali. klaka bole tahan. kawin laa cepat ye korang. jgn lupa ajak aku. lol

December:

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. banyak gila benda dah jadi  all year, ak ingat december cam takde pape la kan. tp time ni la drama menyerang lagi. kali ni drama lain. bukan drama hantu ke apa ke. xperlu explain la kan. hal2 dalaman sudah. tp lupakan drama, 23rd december aritu aku dah 21 tahun!!! doploh satu woihhhh!!! gila da nak mampos da aku nih rupanya. dah tua. tapi awek tadak. duit tadak. burberry tadak. haha. xpe2 sabar. mak kata belajar dulu, xyah sibuk2 nak bercinta bagai. baik mak, saya focus blaja (and enjoy) dulu. haha. aku dapat lesen drive blan ni jugak. yea! 😀 and blan ni jgak Winter break. lepak time!! time ni mak n adik fahmi si Fariz Naim plak datang. haiyoh wa cakap lu ini budak banyak kelaka nak mampos. enjoy siot lepak ngan dia. kalo dia stay sini lama2 ak rasa makin best la hidup kat sini. lepak ngan dia nih gelakkkkk je keja. eh silap. lepak jewwwwwww kejewwww. hahaa. ok aku rasa memory time december ni paling banyak sbb baru jadik. so ada iceskating session, shopping session, and banyak lagi. malas den nak tulis.

 

fahmi n naim. adik bradik yg best.

ok aku rasa tu je la kot benda2 penting yg jadi sepanjang tahun. nak cite sume mmg xdapat la kan. apa ko ingat aku tulis diary ke apa nak catit sume benda. sory aa kalo terlepas benda2 lain yg sape2 yg baca ni rasa penting yeh. ak ni dah makin hilang daya ingatan. orang kata sbb tgok porn banyak sangat. ish tipu siot mana ada ak tgok porn banyak sangat.bahahahahhaa.

so penat dah aku tulis panjang berjela2 nih. kira qada tak tulis lama sangat. haha blog pon ada qada2. puasa xnak qada. ops. haha

Anyway by time ak tulis ni lagi 5 minit nak masuk 1/1/11.

so Happy New Year of 2011!!!!!

hope this year would be a better year for all of us! amin. : )

esok tahun 2008 akan melabuhkan tirai. Maka akan tertutuplah kisah 2008 dan terhampar luas lembaran kosong untuk diisi pada 2009. Kelip-kelip mata, hanya sekejap aku rasa tahun ini berlalu. Sangat banyak perkara yang da berlaku, xkira la perkara yang aku inginkan, atau yang langsung simpang 44 malaikat aku xnak ianya terjadi.. dalam kebosanan di rumah, aku belek-belek calendar dalam phone aku..mengimbau kembali semua yang telah berlaku.

Januari:

aku balik kolej pada 14 haribulan selepas cuti 1st sem yang agak lama. Masuk-masuk kolej je, da sibuk gila ngan preparation bangsawan. (aku yakin lepas cuti ni perkara sama akan berlaku..hehe) dalam sibuk2 ngan bangwasan ni lah aku jadi semakin kenal senior2 diamond dan batch aku sendiri.. kepada kak akma, saya mula mengenali anda dalam waktu ni ye. Saya ingat kamu dan kak dayang agak emo apabila saya mengkritik cara kalian menabur glitter di polisterin. Hahaha…. Dalam sibuk2 ngan bangsawan, ada pulak ICAN (xsilap aku la.) tapi malangnya tidaklah berapa aku ingat pasal apa yang berlaku masa ICAN ni. Nasyid diamond nyanyi lagu keredhaanmu kot?

February:

2 feb, hari dimana pengorbanan, kerja berat, dan penyiksaan selama hampir lebih sebulan diabadikan di atas pentas Great Hall. Malam tu sangatlah mendebarkan, dan dalam masa yang sama menghiburkan lagi2 masa aku kat atas pentas melihat tarian house aku! :p aku rasa malam tu aku tido dalam pukul 4 pagi lepas borak ngan bdak2 ni sume..huhu… febuari 2008 juga merupakan bulan yang cukup menyiksakan aku. Jiwa dan ragaku. Sesuatu yang amat perit untuk aku terima berlaku kepada aku yang tak boleh aku ceritakan disini. Maaf. Lepas tu ada plak housetrip dimana house Diamond pegi ke lenggong, perak. Dekat…aaaaaa… Intan Suraya Recreational Resort xsilap aku namanya. Amat best walaupun masa tu hati aku masih hancur. Isk…isk..

March:

2nd week of march cuti lagi. Aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Konon nak kembali bersama keluargala. Heh. Sepanjang cuti itu, perkara yang sangat aku ‘xbole blah’ la bak kata remaja masa kini adalah aku menang RM300 from Fly.fm dalam slot “Fly fm cash call”. Aku saja je try hantar sms kat diorang tengok ada respon ke x, tetiba tengah syok wat homework math (xtipu) aku dapat call from ‘unknown’ caller. Mmg kat hp dye tulis unknown. Bila angkat aku trus cakap “Fly fm…” dengan cuak takut2 caller tu bukan fly fm! Alhamdulillah cubaan saja-saja aku tuh berakhir dengan cash bernilai 300. Siot pemenang lepas aku dapat rm5000!

April:

Xbanyak sangat peristiwa yang berlaku dalam bulan nih..atau aku yang xingat kot. Yang ada dalam calendar aku adalah Evening With Diamond (EWD). Seminggu before ewd nih aku betul2 busy ngan proposal la, nak cari costume la, deco la.. penat gila. Tapi syukurla EWD tuh berjalan lancer dan sangat enjoy. Tema Fantasy Night (aku rasa la) tuh berjaya dibawakkan dengan gaya ala-ala cosplay gitu. Untuk pengetahuan sume, aku jadi samurai. Haha. Malam tu sume committee diamond jadi cam model jalan kat runway. Aku plak dituduh catwalk lebih2. Mana ade weh. Aku catwalk biasa je. Hahahahaha…. And not to forget, birthday party Ms Rena kat café. Walaupun aku bkan student dia, tapi aku agak baik ngan dia and aku tolong preparekan makanan since petang. Apple crumbleku menjadi rebutan dan habis licin! :p malam tu berakhir dengan perang aising cake, tomato puree dan ais. Best gile!

May:

Juga xde banyak event2 penting berlaku. Calendar aku hanya penuh dengan jadual exam. Dalam bulan ni jugak aku amat stress dengan hidupku sebab sangat banyak problem yang menimpa diri aku. Serius, banyak gila. Nasib baikla ada kawan-kawan aku yang tolong aku, yang sanggup memberikan telinga mendengar kisah hibaku, dan menghulurkan tangan member bantuan. (sedikit exaggerate. Xde la teruk sangat hidup aku.. :p )

June:

Adik bongsu aku masuk ward untuk operation hernia. xtahu apa itu hernia? Cari kat google. Malangnya aku xdapat balik sebab hujung minggu tu aku ada SAT exam. Lepas exam, aku g beli laptop yang sedang aku gunakan nih. Haa…bulan ni jugak aku (malah seluruh student, dan cikgu dan staff di kolej) menerima pendedahan tentang sesuatu/seseorang. Masa ni aku aku saksikan sendiri seorang sahabat aku yang dahulunya aku labelkan berwarna putih, bertukar agak-agak kehitaman. (apa yang aku maksudkan ni bukan warna kulit ok!) xpham? Ini antara isu hangat kat KYUEM. Bulan ni juga merupakan bulan terakhir bersama senior di KYUEM. Aku masih ingat majlis Wida’ di musolla malam tu. Sangat hiba. Basah baju aku nangis weh terkenangkan perpisahan dengan senior2..isk2.. lepas tu, cuti 2nd sem.

July:

Aku dan scholar petronas lain ke PD untuk soaring the eagle camp by petronas. Masa nilah aku jumpe leman, ash-s (sebab ada dua org), faizi, fatin, mumu, dibby, dan ramai lagi student petronas yang sangat best! Seminggu yang aku masih xdapat lupekan (sepenuhnya) bersama teman-teman! Owh btw haritu lepas SAT 2 exam aku jumpe En Yusof fasi group kitorang kat sane. Dalam bulan ni jugak aku balik ke Taiping g amek sijil SPM and jumpe cikgu2. Aku, herman dan syuk tido kat umah alhafiz. Baca ni. Lepas tu ada plak DOE expedition ke Kerling yang amat sangat memenatkan! Tidak dilupa luncheon bersama ESU di KLCC yang menyebabkan aku ponteng kelas sehari dan mendengar banyak cerita dan gossip dari Mr Ravi dan pacik driver. Best woo~~. Dan xsilap aku bulan ni la kot junior masuk..kan?

August:

Event yang paling aku ingat dalam bulan ni adalah Japanese Cultural Night. malam yang sangat meriah dengan macam2 aktiviti. Aku ingat Maba nyanyi lagu “I love sushi”. Hahaha….. malam ni la aku start kenal  junior2 di kyuem nih..lagi-lagi masa jamuan JCC beberapa malam lepas JCN. Thanks to the “I never” game! :p  Akhir bulan, merdeka!!

September:

Aku still ingat masa birthday Ali ngan Aiman Bomby aku buat poster kenakan diorang..huhu.. sumenye idea liyana ngan aku. Semangat gila nak kenakan diorang. Hahaaa.. lagi…aku ingat aku, mariam, biyan, daeng, n aslam kuar g midvalley sesame.. haritu birthday daeng. Konon nak celebrate la…hahaa..spatutnya stab ikut skali tapi dia g jalan ngan awek yang tidak kami kenali.. siotla stab.

October:

Hari pertama aku dapat ippy!! (12 oct) dengan sesedap hatinya aku tetapkan tarikh ni sebagai birthday dia. masa tuh dia besar tapak tangan je..skang ni da besar tapak kaki kot. Rindu gila ka tippy weh~~. Lepas tu…ada As exams!

November:

Exam masih lagi berlangsung. Sangat busy dengan study. Oleh sebab terlampau sibuk nak study, aku semakin kurang luangkan masa ngan kawan-kawan.. (aku pon xpasti sama ada sebab aku sibuk, so aku xluangkan masa ataupun diorang yang sibuk dan  xdpt luangkan masa dengan aku) lantakla..memasing sibuk. Dalam sibuk-sibuk exam, aku rela luangkan masa aku untuk Canon Photomarathon Asia demi minat aku terhadap photography. Masa nil ah aku start kenal afiq, haq, nad, ada, mumu and aseef. Malas da nak cakap pasal photomarathon nih. Dalam busy ngan exam jugak start la demam preparation bangsawan, atau aku namakan Bangsa-sawan. Naik sawan dibuatnya, walaupun aku amat pentingkan event nih. 22 nov, start cuti 3rd sem.

December:

At last sampai jugak bulan nih. Hehe..perkara paling penting, birthday aku la! :p Tapi sebelum tu ada SAT 2, lepas tuh kuar g mid ngan Nea, Jakim, and Maba yang hadirkan diri tatkala bulan da naik. Sepatutnya ramai yang kuar tapi sebab seorang insan nih, ramai la terpaksa cancel. Huhuhu…. Sememangnya cuti kali ni bosan sampai xde cerita yang boleh aku sampaikan. Dan…sampailah ke hari ini, saat pengakhiran tahun 2008.

*   *   *

Kalau diikutkan, masih banyak lagi perkara dan peristiwa yang berlaku yang tak aku mentionkan dalam entry nih. Yela kalo aku tulis compem2 korg xbace sbb ni pun da panjang gila kan? Tapi yang penting semua kenangan 2008 sangat bemakna kepada aku. 2008 da banyak merubah hidup dan diri aku. Pahit manis masin masam bau ketiak (tetibe) tahun ni akan sentiasa aku ingat. Semoga yang da berlalu akan memberi kita iktibar untuk apa yang akan mendatang. Semoga tahun 2009 lebih baik dari 2008, dan lebih sangat baik dari tahun-tahun yang telah berlalu..

dan yang paling penting, jangan lupe sediakan calendar baru tahun 2009!

p/s : haritu seorang sahabat cakap kat aku da lama nantikan post yang panjang dalam blog aku..so, nah ko..bacela. cukup panjang x? :p