Skip navigation

Tag Archives: celebration!

saja xmau update selama seminggu sebab nak kekalkan gambo ucapan raya tu kononnya semangat beraya selama seminggu. kejadah hapenye. semangat raya ada sekerat hari je.

owh amat sangatlah penat since raya nih. exam situ sini. homework sini sana. kepala otak pon hentah kemana. dua-tiga hari tak tido malam sebab siapkan assignment yang tak siap2. adoiii…. sumpahla kalo aku taw idup kat u sebok cenggini xhingin aku blajo! tapi ehehe xpela kata nak kaye. so blajo ajela. haha

nak crita pasal raya, macam da lambat. so aku bagi sinopsis jela. malam last puasa, g jalan2 kat Colorado Mills (shoping complex paling dekat ngan Golden) sampai bebuke pose dengan hanya meminum frappucino Starbucks sehingga terketaq2 lutut sebab time tu sejuk haram! pastu balik ada majlis takbir raya. makanya bertakbir dengan perut kosong ajorla. pastu disebabkan perut bergendang gendut tali kecapi, kontingen gatal g shoping mall time nak bebuke ini pegi ke Denny’s restaurant. owh makanannye sedap amat. pkul 11.30 sampai kul 1.30 kitorang melekat kat situ. nikmat tak terkata. kenyang perut, balik rumah, masak lontong. kekdahnye aku tak tido malam raya tuh sebab mau siapkan lontong. nak masak awal2 xbole takut sayur lembek xsedap nak dimakan. so tggu la sampai subuh baru masak. wah pengorbanan yang amat besar dimalam raya! (jadah kola)

pastu pkul 8.00 pegi solat raya kat islamic centre dengan mata kuyu. aku lupe ntah aku baca ke x Al-Fatihah time solat tu sebab ngantuk sangat. huhu. pastu pegi jamuan raya kat rumah senior (soon to be mine. hehe) lagi dengan mata yang amat mengantuk. pastu aku rasa aku makan skit pastu aku tido dalam bilik Cheengkye (soon to be my room). bila bangun, aku xingat pon ape aku buat before aku tido tuh. da segar bangun tido, makan lagi sampai nak termuntah then karaoke melalak-lalak bagai manusia xingat dunia. pastu da bosan g main pingpong. pastu da bosan balik. bila balik bosan lagi g main badminton. balik rumah je ada tetamu da kat rumah. dye family yang blaja kat Colorado University dalam 30minutes driving dari skolah aku nih. pastu kat2 maghrib ikut dye g rumah terbuka yang aku xtau katne sebab aku tido all the way to there. haha. pastu balik, siapkan homework, tido pukul 3 pagi.

best kan raya aku di perantauan? –___–”

*     *     *

skang hidup sudah hepi. masalah yang da jadi sume udah settle.

(shit spatotnye panjang gile lagi aku tulis tetibe hilang~ aaaaaaa)

raya

salam aidilfitri aku ucapkan kepada semua kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 di yang da berterabur di serata dunia, dan juga pembaca2 blog ini.

maaf zahir dan batin.

dari jauh,

zulhilmi yusop

keputusan SC election da diumumkan tengah hari smalam masa assembly. kebanyakannya keputusan yang seperti aku jangkakan. namun adala jugak a few yang aku xsangka menang, menang.

anyway tahniah kepada yang da berjaya dan bawak bersabar buat yang xmenang. xyah nak sedih2, frust2 kalo stakat kalah SC nih… nanti masa frust ngan result lagi sedih.. (contoh terbaik, aku) haha..

skang aku menompang kat umah faris, bersama-sama ngan nonnel. cuti cny 4 hari yang secara tiba-tiba diwajibkan oleh pn.rog menyebabkan aku xsempat beli tiket ke trg. lagipun aku mmg xnak balik senanye.. 4hari je kot.

4hari nih kalo bole aku try nak lupekan sekejap pasal bangsawan. biar hilang lelah dahulu, barulah aku teruskan perjalanan. eh ni ayat skrip nih. haha. serius aku penat. malam last practice aku da hampir gile. huish.

btw perjalan balik ke rumah faris dari kolej smalam agak ‘menarik’ la. memula bila sampai kat guard house untuk sign out, seorang insan yang juga dlm kereta faris *nama dirahsiakan* nak muntah. lalu dimasukilah olehnya kedalam tandas pak guard. risau aku dibuatnya. pastu masa kat tengah-tengah highway tetibe bapaknya faris a.k.a pacik azelan pull over kat tepi jalan.

kenapakah? terdetik persoalan itu dibenakku. bagai dijampuk kesiangan hari kapla hotakku. okeh, ayat bangsawan lagi.

keluar kereta, tengok-tengok tayar bucur…haduh..problem sunggohla. pastu pacik azelan settlekan la nak tukar tayar. masalah datang lagi. 5 skru besar pada tayar da dicabut, tapi tayar xbole ditanggalkan dari (apa nama tempat tayar tu dipasang?)…aa papela. aku pon call la bapakku selaku mekanik berjaya, tanya nak wat cane. pesan bapakku, terajang ajor tayar tersebut.

uish, terajang? takkan la aku nak terajang tayar kereta BMW milik tengku Azelan ini. mampos gua kang. tapi bile da puas disentap-sentap diketuk2 tayar itu, tapi still xnak keluar, aku pon menerajangla dari bwah kereta. bole bayangkan x? maka tercabutlah tayar tersebut dari tempat asalnya dan diganti dengan tayar spare, dan perjalanan diteruskan.

bila da nak sampai kat s.alam, (ke da sampai r?) sekali lagi insan itu *nama dirahsiakan* nak muntah. lalu diberhentikan kereta di tepi jalan dan muntahla ia ditepi longkang. ko makan apelah wahai insan ini sampai muntah-muntah nih? namun bak kata beliau, “bole kurus aku camni…skang da hilang 1/2 kg da..” haha.

saat aku menaip nih nonel dan faris masih terbungkang diatas katil. aku terbangun awal harini. xdela awal sangat. kul 9. haha.. nak watpe arini eh?

ini post ke-101. yea!!!

akhirnya aku berjaya meneruskan semangat aku untuk berblogging.

walopun jarang2 update..heheheh..