Skip navigation

Monthly Archives: June 2009

mood emo tinggalkan kolej masih lagi xhilang. sedeyh dowh. amat sedey. aku xtahu kenapa tapi bila saat aku salam and peluk sesape je just before aku gerak keluar dari kolej, air mata aku bercucuran keluar sampai orang laen pon ter-menanges sama. huhu..

kalo ikutkan hati, aku nak stay kat kolej diceruk hutan tu.. tapi mane bole kan? da habes A levels blah r.. haha..sungguh, banyak gila kenangan peristiwa yang xbole aku lupakan. [psst… bnyak gila sampai banyak yang aku da lupa jugak…:p]

sampaikan bila da keluar koleh suma benda tu jadi teringat balik sampai air mata aku menitis lagi. T-T.. kawan-kawan… aku rindukan korang.. 

masa malam wida, aku cuba sedaya upaya untuk x nanges. tapi xbejaya sbb terkenangkan dosa dan kesalahan aku. kepada yang x datang malam tu, aku mintak ampun mintak maap yeh. masa malam tu, banyak kata2 yang menusuk kalbuku yng melajukan aliran air mata aku..

pocek, masa aku mula2 masuk dulu aku suka gila kawan ngan ko. ko senior yang macam xsenior lansung..” pastu ayat2 lepas tu aku da xdengar sbb aku da nanges gila2 da.. 

“pocek, selama dua tahun kita hidup skali ko da banyak ajar aku..pesanan2 ko walopon amat pedas dan laser da banyak ubah aku..” tu sebahagian dari ayat salah seorang chaletmate aku..

“sori pchek aku da xbaek ngan ko skang..ampun kalo ko terasa ngan aku selama ni…” nih daripada salah seorang housecapt.

“pocek..nanti ko da xade da xbest la dowh..” dari seorang junior yang rapat ngan aku..

aku tulis nih bukan nak belagak baek ke hape.. cuma aku terharu dengan kata2 yang diberikan.. banyak lagi senanya cuma aku da xingat sebab banyak sangat.

pastu masa hari last yakni selepas awards day pnye ceremony, aku dapat satu SMS berbunyi :

“p.chek, ko nak tinggalkan kitorang ke? nnt sape yang nak datang tengok cita hantu? nanti sape yang nak pasang alarm tapi xtutup2? nnt sape nak wat bising kat chalet kitorang? nnt sape yang nak temankan kitorang g mid? ko nak tinggalkan kitorang ke???”  *salah seorang budak chalet P4*

kekdahnya berderaila air mata aku bila baca sms nih!! korang, aku xnak langsung tinggalkan korang. tapi aku da habis A levels. da tunggu masa nak fly je. doakan la aku dapat fly eh..

seriusly, sekarang aku betul2 rindukan kolej. rindu akan saat2 bersama teman2 yang amat cool mahupun annoying.. p20, p4, dan juga p40 yakni chalet aku sendiri, adalah tempat yang paling aku rindu. maksud aku tempat yang orangnya yang aku rindu la. kalo nak disingkatkan, perjalanan hidup aku banyak berputar kat tempat nih.

p40, of course la kan, da chalet aku..mesti la tempat paling kerap aku duduk.. hidup 2 tahun bersama ibi, sayed dan baku seriusly aku xbole cakap sangat best, tapi best la jugak. walopon aku selalu membebel sebab aku da jadi macam bibik da dlam chalet masa awal2 dulu..:p banyak benda  da jadi dalam chalet.. dan aku bersyukur dalam 2 tahun aku dok dalam chalet tu, aku xpenah gaduh dengan diorang. [gaduh = gaduh mulut ke, fizikal ke suma termasuk…] maka aku simpulkan hidup aku di p40, bahagia. : )

p20, chalet ke-2 aku kat kolej.. tempat aku dan rakan clubhouse lain lepak2 santai2 gedik2, segala haram jadah games, dan juga port mengumpul segala pendapat. korang sume memang best r weyh. walopon banyak nak mampos crisis penah jadi, kita still kawan baek. kan? itula namanya keikhlasan dan tidak lupa juga kesabaran sesetengah daripada kami  terhadap sebahagian yang lain. :p

p4 pulak, chalet ke 3 aku la kot. setiap weekend aku musti tido kat situ, xpon  kat apartment hairul. syawal la slalu jadik mangsa aku sebab dye paling kecik. so muatla katil nak share. haha.. kalo time faris balik, aku tido kat katil dye.. bilik dye tu da jadi macam aku punye bila dye xde.. buku2, botol air sume aku bawak. pastu kalo tengok muvie msti tido kat sana sebab habes lambat.. paling perform bila tido kat common room.. aiseh syawal, apsal la kita x wat dari dulu r?? da nak habis sem baru terfikir nak tido kat common room.. ahaha.. then tiap kali tengok cita hantu, aku compem xmo balik chalet sbb takut and syawal plak mesti soh aku tido dalam bilik dye.. haram penakot r ko syawal!! kalo ko bagi tido atas katil xpe la, nih atas lantai ko soh. hish, tapi aku tido je atas katil dye..kata diva.. haha. pastu air and susu kua slalu jadi mangsa aku. kihkih..tapi aku minum ngan kebenaran ok. tapi stiap kali aku kat chalet tu mesti jakim tido awal.. pastu kalo aku ngan syawal bisng msti kena sound. haha.

……tahan sebak……..

korang, aku rindu sangat korang.. xtahu kenapa aku jadi teringat sume benda kat kolej..pastu sedey.. T-T



T-T

amat sedey diri ini mengenangkan bahawa esok aku akan berangkat keluar meninggalkan kolej. selepas itu, tidak lagi aku bergelar student KYUEM. [yea!] bila dikenang-kenang, amat singkat tempoh dua tahun di sini. [cliche] btol…pejam celik tido bangun mandi berak, sekejap je da habis tempoh pengajian kat sini..

dah banyak benda terjadi kat aku sepanjang kat kolej. da banyak aku belajar untuk menjadi seorang insan. pahit ka, manis ka, suma ku telan. 2 tahun tu kejap je dik, skejap amat, still xcukup ilmu yang aku belajar.

2 tahun ni jugak ramai yang aku da kenal. suma kenangan, memori suka duka akan cuba aku ingat sume. tapi macam mustahil je nak ingat suma.. banyak sangat. so yang significant je la aku ingat eh. :p

disebabkan aku ini amat sayangkan sume rakan-rakan aku, maka inila sedikit ucapan kat korang.. huhu..motip la g publicize benda nih kan.. haha

to teman-teman clubhouse p20! hizbul, syuk, za’baa, sulwan, syazzy, herman, midi, eizrein, iman, korang la club house member terbaek! aku tawu ak banyak wat hal, tapi…itulah aku. :p mekasih atas kenangan yg amat berharga! [erk..] nnt da xley da kita jumpa lagi bila da fly…korang still bole buat reunion… T-T

to nonnel, faris, and aley.. sori i’ve been a terrible friend to u guys. tetibe je kita jadi xbaek.. tapi jangan pernah ingat aku lupakan korang. tiap2 masa aku teringat korang. T-T. jumpe korang lagi nanti! aku mintak maap and aku maapkan korang. : )

chaletmates aku yang tersayang.. ibi, sayed and baku.. its been 2 years and we’ve barely lepak sesama. memang la sebab masing2 lain kepala. tapi korang memang best! thanks guys atas tunjuk ajar kat aku selama kita hidup sebumbung bersama di sini. ampun maap dipinta kalo ada terkasar termelertz laser kat korang ke eh. [ni ayat semalam masa wida nih] nnt da fly compem2 aku xjumpa korang da. korang sume kat UK.. aku nun di tengah colorado, USA. tapi jangan pernah lupakan chalet P40!!!

to Nab, Adli, and Ikmal, rakan semeja study di rc buat sebulan terakhir di sini, thanks weyh. walopon rapat ngan koran kejap je tapi korang memang best r. hehe. jom lepak rc! :p

to hadek2 chalet P4, syawal, kua, jakim n faris.. sorry weyh aku berdiva je kat chalet korang.. hhuhu.. sori jugak aku syik menyemak nak tido chalet korang especially syawal.. sampai berpeluh-peluh tido katanya sebab panas.. abes ko g selimut tebal-tebal apasal ngek! :p   sori jugak tu faris kalo aku termenyepahkan bilik ko time aku guna bilik ko time ko balik weekend..walopon aku rasa aku selalu kemaskan bilik ko. haha. kua, mekasih bagi minum/makan dari fridge ko. nanti masak burger mahal haram taik tu ingat la aku eh. [kantoi la ko masak berger dalam bilik]  to jakim plak, keep on jaga bilik biar chantek! update la blog weh…huhu… aih.. setahun je aku sempat kenal korang..tapi lepas nih memang aku akan rindu korang.. korang amat best jugak! 

to Afiq Cr,  walopon aku taw ko xbaca blog aku nih, ko la yang akan paling aku rindu.. haha. jaga diri bro, ingat sume pesanan aku.. thanks for being such a great brother. walopon selalu annoyed aku, yela, thats what brothers for. haha. jangan wat benda-benda bodo yang aku xsuka.. nanti aku keluar da xley nak membebel kat ko da. sayang ko!!

Aslam petbro terchenta ku, sori aku xdapat jadi petbro terbaek kat ko. huhu. jaga diri weh nnt..jaga house jugak. jangan dok asyik dating ngan mochi je dlam chalet secara diam-diam.. kang membawak fitnah. hahahahah. aku rindu ko jugak nanti!!

to acap nasharudin, ko orang pertama aku rapat kat kolej nih kalo ko xsedar la. huhu. halalkan makan minum vanish dynamo segala eh. hehe. bomby, segedik2 manusia itu adalah ko. tapi ko memang best bitch! nnt da xbole nak gossip ikut tingkap da.. T-T

to sahida bi, mira kamil, athirah, and sume2 wanita2 kyuem yang aku kenal…korang pun best jugak! [okeh da xtaw nak cakap ape kat diorang nih.] ape-ape la.

aaaa..cukupla eh ucapan perpisahan nih. penat da nak menulis. huhu.

apa-apa pon, aku mintak maaf dari hunjung rambut ke hujung kuku dan bulu kaki atas semua salah silap aku yang amat bnyk ngan korang.. thanks atas persahabatan yang xbole dilupakan, dan segala kenangan yang x akan terpadam. korang memang best, and memang amat best kenal korang. 

*tatkala ini, air mata ku sudah bercucuran keluar. aaahh, sudah macam wida semalam la plak. T-T*

k2, sambung2.. aa…aku doakan korang selamat berjaya dunia akhirat. nanti da susah nak jumpa korang.. sbb aku kat US..korang kat UK.. waaaa..

just ingat satu je,

AKU SAYANG KORANG!!!!!!!

JANGAN LUPAKAN AKU YEAH! : )

allah jadikan pertemuan itu dengan suatu perpisahan. tapi perpisahan itu bukan bermakna suatu pengakiran. ukhwah yang terjalin tidak akan terbatas dek jarak, dek waktu. semoga ukhwah suci ini terus berkekalan ke akhir hayat.. : )


p/s : kepada yang xtertulis nama kat sini, ampun…tapi aku sayang korang jugak! n sori xde gamba.. internet taik la.

hampir seminggu aku keluar dari kolej lepas exam A-levels. alasan, mahu tenangkan hati dan lepaskan segala tensi dan frustasi selepas exam. so skang, aku da xtensi langsung. cuma cuak sdikit memikirkan result.

selama hampir seminggu aku tinggalkan kolej aku stay kat umah akak aku kat PJ. seperti yang dijangkakan dan diwarning oleh akak aku, rumah tu sangat bosan. maka, agak bosan la aku disana.

hari pertama balik [rabu tula] aku habiskan setengah hari di the curve. nak tahu dengan sape? takde orang!! aku lepak kat curve psuing-pusing tengok muvie sorang-sorang!! motipp??? udah macam orang gila aku kat sana. sebab da lama aku teringin nak tengok Angels n Demons, maka aku belilah tiket. brape? satu la. da cakap sorang2. pastu motip la plak sebelah kanan aku ada couple normal usia dalam lingkungan 2olebey, and sebelah kiri satu partner gay usia lingkungan 40! udah le muka berkedut2, sambil tengok muvie tu dok begesel-gesel badan dok pegang-pegang tangan segala. tahan muntah ajorlah! pastu masa muvie tu aku rasa sunyi weh xde kawan nak cakap. haha

aaa…udah ngantuk malas la plak nk tulih panjang2. to cut it short, sepanjang hampir seminggu aku keluar kolej, setiap hari aku dok OU / curve. maka beruntung jugakla sape yang xkeluar dari kolej sebab kat rumah pon bosan jugak senanye!

maka atas alasan malas, aku upload la gamba skit. warning, gamba2 nih xedit langsung. malas.

 

DSC_3704

DSC_3675

DSC_3689

bangang. hari ni 2-2 paper aku bangang. taik. najis. ape lagi nak cakap?

haih.. kuciwa aku dengan diriku ini. mengapakah begitu bengap kepala otakku masa jawab paper 5 chemistry tadi.. waaa~~~ Mr Hanson terchenta, maapkan diriku ini.. T-T

* * *  tamat sudah penyesalan  * * *

rabu ni aku dengan rasminya tamat peperiksaan A levels. kalo belek kamus, tamat = habis, selesai, sudah, cukup, dan jangan mengada-ngada nak sambung. huhu…walopon harini aku da secara unofficial-nya declare myself as an A-levels-freeman. :p

oleh kerana kebebasan dari sistem penipuan CIE dan orang-orang British kaki belit ini, aku plan nak balik umah akak aku nun di Petaling Jaya ajor. fine la kan aku nak balik? maka diambil la surat kebenaran nak balik awal kat student service, bawak kat Dr Bano. *xde terchenta ok*. lalu dengan taiknya Dr Bano tunjuk sekeping announcement kat atas meja dye yang sangat FRESH ditampal. ketas tu masih berkilat. betul.

“any student who wishes to go home earlier than the Awards Day must have a letter from parents requesting for them to go home” kata Dr Bano dengan senyuman manis menikam kalbu dan mata yang amat ayu. *dush!*

taik la! motif aku nak tulis surat sebab nak balik umah sendiri???? hello tu rumah aku, apsal aku kena tulis surat plak kalo nak balik? this is sooo high school occay!

dah la nak surat yang di fax, xmo surat yang di pos mahupun dipaskan hand-to-hand. pastu bila aku da ada surat *malas aku nak cite macam mana dapat surat* mintak pulak number plate kereta yang akan amek aku nanti! woi! ni kolej ke penjara?!?!?! mana la aku nak tawu akak aku nak amek naik kereta number plate brape~~ haih. mau ke dye xbawak kete dye nnt cane? gilo!

pastu bila aku da reka number plate kereta mane ntah, dye soh aku datang amek borang tadi tu hari rabu tu plak. hello~~ aku ada exam kot rabu tuh! pastu nak terus balik kot! ko tu dala selalu xde kat meja and department ko! motipp???? hish. mau nak kena sepak fresh2.

kesimpulannya, jangan cuba balik rumah awal selepas hampir dua tahun dok kat sini, kalo xpenah buat. hasilnya, jadi cam aku..membebel. hish. itu pun susah!

 

*number plate yg aku reka tu TAK 1992. nasibla kalo ada sesape bawak kereta nih. haha*

aaaaa….ape korang rasa kalo orang yg k0rang da lama xcontact tetibe muncul depan mata?

seganla! waa~~ itula ape aku rasa semalam, bila jumpa family angkat aku dari sarawak yang da lama gila aku xcontact.

alkisah dan alsirahnya, diorang nih family angkat aku masa pegi Bakti Kenyalang taun lepas. *terimbau memori-memori indah~* aku, syazzy, udin, teh, sahida, ngan Ms Aizan satu family dulu. best gilak la bak kata diorang masa kat sana. tapi lepas balik dari sana, aku da jarang-jarang contact diorang..sampaila aku stop contact terus tanpa sebarang call mahupun sekeping sms walopon hanya bernilai 5sen. erk~

 

IMG_2046

maka sentaplah aku bertemu diorang. ampun! saya sayang kalian!   : )

xsaba harini nk makan2 ngan diorang kat umah Ms Aizan. pastu diorang nak balik da.. T-T

 

*okeh gamba tu masa disember 2007. hampir setahun stngah lepas. kurus la aku dulu!