Skip navigation

Monthly Archives: December 2008

pertamanya maaf atas kesilapan info. sebenarnya style editing ni bukan panoramic tapi cinematic. aku insan lemah yang selalu buat kesilapan. maaf yeh. (apaa la aku ni..kalo panoramic sah2 la gamba panorama. bengong.)

so, macam yang aku janjikan dalam post sebelum ni bertajuk .fight for it. kali ni aku nak jelaskan lagi contoh picture editing stlye cinematic nih.

di bawah ni adalah sequence untuk steps yang da dibuat. 1st picture ni adalah original picture yang belum diedit.

step 1 : ambik gamba gune camera.

original

camera : nikon d40. (credits to aimi)

exposure : 1/100 sec.

ISO : 400

F-stop : f/22 (aku pon xtahu apa benda nih. sesape bole explain?)

step 2 : adjust contrast and brightness

kalo aku, aku da biasa guna Adobe Photoshop CS3 (extended da!) tapi bole je nak guna sofware laen secikai windows picture editor ke.. tapi hasilnya kurang menggiurkan la.

biasanya aku akan naikkan contrast banyak and brightness sikit. barula colour dia nampak lagi cantik. tapi ada sesetengah orang xsuke cara ni sebab katanya meng-fake-kan gamba ni daripada realiti. wth?

step 1

step 3 : tambahkan 2 black horizontal lines kat atas ngan bawah gamba.

aku dapati cara paling senang yang aku bole buat adalah memula cropkan bahagian gamba yang nak digunakan (ie bahagian yang xditutup line hitam) pastu copy sume part yang da di crop. pastu undo balik to original picture, then select all part of the picture, pastu delete, then fillkan dengan warna hitam. lastly, paste the cropped picture to the black layer. done! hasilnya :

final

maka terhasilah saatu gamba yang ada effect cinematic (bukan panoramic). tapi bendalah ni aku rasakan hanya bole buat kat certain gamba je.. bukan sume boleh. kadang-kadang gamba bole jadi lagi buruk kalo dibuat mende nih..

itu saja. trimas! : )

Advertisements

esok tahun 2008 akan melabuhkan tirai. Maka akan tertutuplah kisah 2008 dan terhampar luas lembaran kosong untuk diisi pada 2009. Kelip-kelip mata, hanya sekejap aku rasa tahun ini berlalu. Sangat banyak perkara yang da berlaku, xkira la perkara yang aku inginkan, atau yang langsung simpang 44 malaikat aku xnak ianya terjadi.. dalam kebosanan di rumah, aku belek-belek calendar dalam phone aku..mengimbau kembali semua yang telah berlaku.

Januari:

aku balik kolej pada 14 haribulan selepas cuti 1st sem yang agak lama. Masuk-masuk kolej je, da sibuk gila ngan preparation bangsawan. (aku yakin lepas cuti ni perkara sama akan berlaku..hehe) dalam sibuk2 ngan bangwasan ni lah aku jadi semakin kenal senior2 diamond dan batch aku sendiri.. kepada kak akma, saya mula mengenali anda dalam waktu ni ye. Saya ingat kamu dan kak dayang agak emo apabila saya mengkritik cara kalian menabur glitter di polisterin. Hahaha…. Dalam sibuk2 ngan bangsawan, ada pulak ICAN (xsilap aku la.) tapi malangnya tidaklah berapa aku ingat pasal apa yang berlaku masa ICAN ni. Nasyid diamond nyanyi lagu keredhaanmu kot?

February:

2 feb, hari dimana pengorbanan, kerja berat, dan penyiksaan selama hampir lebih sebulan diabadikan di atas pentas Great Hall. Malam tu sangatlah mendebarkan, dan dalam masa yang sama menghiburkan lagi2 masa aku kat atas pentas melihat tarian house aku! :p aku rasa malam tu aku tido dalam pukul 4 pagi lepas borak ngan bdak2 ni sume..huhu… febuari 2008 juga merupakan bulan yang cukup menyiksakan aku. Jiwa dan ragaku. Sesuatu yang amat perit untuk aku terima berlaku kepada aku yang tak boleh aku ceritakan disini. Maaf. Lepas tu ada plak housetrip dimana house Diamond pegi ke lenggong, perak. Dekat…aaaaaa… Intan Suraya Recreational Resort xsilap aku namanya. Amat best walaupun masa tu hati aku masih hancur. Isk…isk..

March:

2nd week of march cuti lagi. Aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Konon nak kembali bersama keluargala. Heh. Sepanjang cuti itu, perkara yang sangat aku ‘xbole blah’ la bak kata remaja masa kini adalah aku menang RM300 from Fly.fm dalam slot “Fly fm cash call”. Aku saja je try hantar sms kat diorang tengok ada respon ke x, tetiba tengah syok wat homework math (xtipu) aku dapat call from ‘unknown’ caller. Mmg kat hp dye tulis unknown. Bila angkat aku trus cakap “Fly fm…” dengan cuak takut2 caller tu bukan fly fm! Alhamdulillah cubaan saja-saja aku tuh berakhir dengan cash bernilai 300. Siot pemenang lepas aku dapat rm5000!

April:

Xbanyak sangat peristiwa yang berlaku dalam bulan nih..atau aku yang xingat kot. Yang ada dalam calendar aku adalah Evening With Diamond (EWD). Seminggu before ewd nih aku betul2 busy ngan proposal la, nak cari costume la, deco la.. penat gila. Tapi syukurla EWD tuh berjalan lancer dan sangat enjoy. Tema Fantasy Night (aku rasa la) tuh berjaya dibawakkan dengan gaya ala-ala cosplay gitu. Untuk pengetahuan sume, aku jadi samurai. Haha. Malam tu sume committee diamond jadi cam model jalan kat runway. Aku plak dituduh catwalk lebih2. Mana ade weh. Aku catwalk biasa je. Hahahahaha…. And not to forget, birthday party Ms Rena kat café. Walaupun aku bkan student dia, tapi aku agak baik ngan dia and aku tolong preparekan makanan since petang. Apple crumbleku menjadi rebutan dan habis licin! :p malam tu berakhir dengan perang aising cake, tomato puree dan ais. Best gile!

May:

Juga xde banyak event2 penting berlaku. Calendar aku hanya penuh dengan jadual exam. Dalam bulan ni jugak aku amat stress dengan hidupku sebab sangat banyak problem yang menimpa diri aku. Serius, banyak gila. Nasib baikla ada kawan-kawan aku yang tolong aku, yang sanggup memberikan telinga mendengar kisah hibaku, dan menghulurkan tangan member bantuan. (sedikit exaggerate. Xde la teruk sangat hidup aku.. :p )

June:

Adik bongsu aku masuk ward untuk operation hernia. xtahu apa itu hernia? Cari kat google. Malangnya aku xdapat balik sebab hujung minggu tu aku ada SAT exam. Lepas exam, aku g beli laptop yang sedang aku gunakan nih. Haa…bulan ni jugak aku (malah seluruh student, dan cikgu dan staff di kolej) menerima pendedahan tentang sesuatu/seseorang. Masa ni aku aku saksikan sendiri seorang sahabat aku yang dahulunya aku labelkan berwarna putih, bertukar agak-agak kehitaman. (apa yang aku maksudkan ni bukan warna kulit ok!) xpham? Ini antara isu hangat kat KYUEM. Bulan ni juga merupakan bulan terakhir bersama senior di KYUEM. Aku masih ingat majlis Wida’ di musolla malam tu. Sangat hiba. Basah baju aku nangis weh terkenangkan perpisahan dengan senior2..isk2.. lepas tu, cuti 2nd sem.

July:

Aku dan scholar petronas lain ke PD untuk soaring the eagle camp by petronas. Masa nilah aku jumpe leman, ash-s (sebab ada dua org), faizi, fatin, mumu, dibby, dan ramai lagi student petronas yang sangat best! Seminggu yang aku masih xdapat lupekan (sepenuhnya) bersama teman-teman! Owh btw haritu lepas SAT 2 exam aku jumpe En Yusof fasi group kitorang kat sane. Dalam bulan ni jugak aku balik ke Taiping g amek sijil SPM and jumpe cikgu2. Aku, herman dan syuk tido kat umah alhafiz. Baca ni. Lepas tu ada plak DOE expedition ke Kerling yang amat sangat memenatkan! Tidak dilupa luncheon bersama ESU di KLCC yang menyebabkan aku ponteng kelas sehari dan mendengar banyak cerita dan gossip dari Mr Ravi dan pacik driver. Best woo~~. Dan xsilap aku bulan ni la kot junior masuk..kan?

August:

Event yang paling aku ingat dalam bulan ni adalah Japanese Cultural Night. malam yang sangat meriah dengan macam2 aktiviti. Aku ingat Maba nyanyi lagu “I love sushi”. Hahaha….. malam ni la aku start kenal  junior2 di kyuem nih..lagi-lagi masa jamuan JCC beberapa malam lepas JCN. Thanks to the “I never” game! :p  Akhir bulan, merdeka!!

September:

Aku still ingat masa birthday Ali ngan Aiman Bomby aku buat poster kenakan diorang..huhu.. sumenye idea liyana ngan aku. Semangat gila nak kenakan diorang. Hahaaa.. lagi…aku ingat aku, mariam, biyan, daeng, n aslam kuar g midvalley sesame.. haritu birthday daeng. Konon nak celebrate la…hahaa..spatutnya stab ikut skali tapi dia g jalan ngan awek yang tidak kami kenali.. siotla stab.

October:

Hari pertama aku dapat ippy!! (12 oct) dengan sesedap hatinya aku tetapkan tarikh ni sebagai birthday dia. masa tuh dia besar tapak tangan je..skang ni da besar tapak kaki kot. Rindu gila ka tippy weh~~. Lepas tu…ada As exams!

November:

Exam masih lagi berlangsung. Sangat busy dengan study. Oleh sebab terlampau sibuk nak study, aku semakin kurang luangkan masa ngan kawan-kawan.. (aku pon xpasti sama ada sebab aku sibuk, so aku xluangkan masa ataupun diorang yang sibuk dan  xdpt luangkan masa dengan aku) lantakla..memasing sibuk. Dalam sibuk-sibuk exam, aku rela luangkan masa aku untuk Canon Photomarathon Asia demi minat aku terhadap photography. Masa nil ah aku start kenal afiq, haq, nad, ada, mumu and aseef. Malas da nak cakap pasal photomarathon nih. Dalam busy ngan exam jugak start la demam preparation bangsawan, atau aku namakan Bangsa-sawan. Naik sawan dibuatnya, walaupun aku amat pentingkan event nih. 22 nov, start cuti 3rd sem.

December:

At last sampai jugak bulan nih. Hehe..perkara paling penting, birthday aku la! :p Tapi sebelum tu ada SAT 2, lepas tuh kuar g mid ngan Nea, Jakim, and Maba yang hadirkan diri tatkala bulan da naik. Sepatutnya ramai yang kuar tapi sebab seorang insan nih, ramai la terpaksa cancel. Huhuhu…. Sememangnya cuti kali ni bosan sampai xde cerita yang boleh aku sampaikan. Dan…sampailah ke hari ini, saat pengakhiran tahun 2008.

*   *   *

Kalau diikutkan, masih banyak lagi perkara dan peristiwa yang berlaku yang tak aku mentionkan dalam entry nih. Yela kalo aku tulis compem2 korg xbace sbb ni pun da panjang gila kan? Tapi yang penting semua kenangan 2008 sangat bemakna kepada aku. 2008 da banyak merubah hidup dan diri aku. Pahit manis masin masam bau ketiak (tetibe) tahun ni akan sentiasa aku ingat. Semoga yang da berlalu akan memberi kita iktibar untuk apa yang akan mendatang. Semoga tahun 2009 lebih baik dari 2008, dan lebih sangat baik dari tahun-tahun yang telah berlalu..

dan yang paling penting, jangan lupe sediakan calendar baru tahun 2009!

p/s : haritu seorang sahabat cakap kat aku da lama nantikan post yang panjang dalam blog aku..so, nah ko..bacela. cukup panjang x? :p

fight-for-it

gamba nih diambil masa friendly KYUEM-KMB-KMS bertempat kat kyuem. dalam boring2 kat rumah aku belek-belek collection gamba then edit lalu terhasilah gamba ini. dalam gamba ada Teng (paling kiri), Zaim (paling kanan), player KMB (kot) yg aku xtahu nama, dan supporters kyuem, kmb dan kms. zoom la mane taw ada muka korg walopun blur. haha..

camera : nikon D40. (aimi punye) guna manual mode tapi aku xingat la  brape aperture, and sume details dia..

edited using adobe photoshop. sedikit penerangan, aku just increase-kan contrast of the pic and increase sikit je brightness dye. dan aku tambahkan 2 horizontal line at the top and bottom untuk timbulkan effect panoramic. (kot) ni yang aku blaja dari blog photographer mane ntah.

aku dapati bila tambah 2 line nih bole menyerlahkan lagi maksud gamba nih. aaa..cane r nak cakap.. macam makin “wow!” la gamba dia senang cite. nanti dalam post yang akan datang aku akan jelaskan dengan lebih lanjut pasal nih, dengan comparison gamba sebelum dan selepas di edit.

p/s : aku hanya ingin berkongsi ilmu. jangan anggap aku berlagak tahu yeh. kalo salah betulkan aku.. : )

cuti kat rumah lama-lama da buat aku xtahu nak buat apa. so dalam minggu nih, akhirnya aku berjaya belajar mende baru..huhu… xde la baru sangat cume ak baru start buat..

pertama, aku da blaja baking cake. mnalangnya xjadi entah atas alasan ape. dengan senang hati kek itu harus dibuang sebab xde yang layak makan. tong sampah je kot. xpe cubaan pertama. len kali wat lagi.

kedua, aku da semakin pandai buat cookies! lanjutan daripada pembelajaran masa hari raya tempoh hari (dan tahun0tahun yang lepas) semalam aku berjaya buat cookie sendiri tanpa pertolongan mak..huhuu entah biskut apa aku buat ak pun xtahu.. campur je sume benda yang aku rasa best dalam adunan. bakar, rasa, then bila sedap, simpan untuk stok. tapi aku rasa biskut bole diberi nama cornflakes-oat cookies kot. sedap weh cume rupenye xmenarik sangat. (xmenarik bukan bermakna buruk)

ketiga, aku da bejaya buat pencil case sendiri! sambil-sambil tengok cite The da Vinci Code smalam, aku berusaha jahit satu pencil case simple guna kain dari seluar slack aku masa form 2. da xbole pakai jadi re-use la kan..save the world peeps! owh and aku plan nak buat beberapa keping lagi mane tawu ada org nak..hahaha.. tu pun kalo rajin la.

keempat. aku belajar bahawa bila dok rumah lama-lama bersama mak aku dan dua adik perempuan aku menyebabkan aku melakukan kerja-kerja perempuan! adakah aku dirasuk semangat feminin? tidak!!!!!

p/s : cepatla berlalu cuti yang tinggal lagi 8 hari dari saat aku menaip ini…

harini (atau semalam) aku da masuk 19! yea! time kasih kepada sume yang da wish kepada aku. maaf xdpt nak reply sume sbb internet problem.

semalam sementara aku masih berumur 18 tahun, aku g tukar ic atau nama glemernya my card.. kan bila masuk 18 kena buat ic baru.. so saje amek kesempatan aku nk buat semasa aku 18. haha..

23.12.89. da 19 tahun hari bertarikh demikian berlalu. namun sayangnya aku xdapat nak ingat semua perkara yang terjadi dalam tempoh 19 tahun tu. xdapat nak ingat semua orang yang aku kenal dan xdapat nak ingat kata-kata aku yang pernah aku ucap. jadi, andai ada aku ter-tak ingat sesape, terlukakan kalian dengan kata-kata yang aku da lupa, maaf aku pinta. (yeah ayat berima)

aku xbiasa sambut birthday aku. mmg dalam family aku masa kecik-kecik je bole sambut birthday nih. dalam umot 8 tahun da stop da. mungkin sbb da besar, da pandai berfikir so xpayah lagila nak celebrate kan? haha. lagipun maybe birthday nih bole menyinggung perasaan seseorang akibat umurnya yang da meningkat! :p

hari sebelum birthday, aku amat emo. memang hari yang agak malang bagi aku. buat benda ni xjadi, call org ni xdpt, buat benda ni xboleh. serba xkena. lalu lepas solat maghrib aku tertido kebengangan sampai pukul 11 lebih. dengan xsemena-mena aku ambik handout physics, dan aku terus baca! aku pon confuse macamana aku bleh terdetik nak baca tuh.huhu…. dalam emo2 dan bosan2, jam da pukul 12.00. tepat. telefon berdering dengan number yang aku xsave dalam hp. rupenye adalah sorg insan yang nak wish birthday kat aku. diharapkannya orang pertama yg wish, malangnya dia terlambat sbb da ada org lain wish in advance. haha.. sori la ye insan yang menelefon itu. kamu orang kedua saja tapi diterima sebagai orang pertama yang call untuk wish. tahniah!

pagi nih, awal2 lagi aku da kuar ngan kawan aku g main bowling. konon nak celebrate la birthday aku.. tapi xde cake, xde adiah xde ape.. just ada happiness ngan kawan2.. hehe.. thanks guys! nak dijadikan cerita, lane bowling yang kitorang maen num 23. sama dengan tarikh harini, 23. waaa…terharu aku bila akak kaunter bagi lane tuh. macam tawu-tawu je. ahaha… tapi malangnya game harini tidaklah memberangsangkan mungkin kerana kami agak lapar xbreakfast. (aku bngun pukul 9.30, mandi trus pegi.) tapi masa last game, aku dapat buat 3 strike in a row! heheee…bangga weh. pencapaian terbaik sepanjang main bowling jarang-jarang nih. huhu..

sekarang, da masuk 24 haribulan. officially, aku da 19 tahun. tapi hati aku tetap muda. haha. apakah macam 19 da tua sangat je. semakin umur aku meningkat, semakin aku sedar bahawa hidup ini semakin singkat. da xbanyak masa yang tinggal untuk aku tunaikan segala hajat aku. tapi, aku akan cuba yang terbaik dalam hidupku. kepada semua, semoga kalian dapat doakan kejayaan aku, kebahagiaan aku dunia dan akhirat. aminn..

p/s:kepada semua, lagi skali thanks for the wish!! aku tunggu hadiah kat kolej! hehee :p

tengok berita tv3 atau mana2 chanel hari ini? ada tertengok pasal penswastaan sime darby? ada tertanya mengapa harus dibuat sebegitu? yang penting adakah mereka (kerajaan) da berfikir sejauh-jauhnya sebelum bertindak sedemikian?

IJN

mengikut rekod, hampir 80% pesakit di IJN adalah golongan yang tidak begitu berkemampuan. sebabtu la diorang dihantar ke IJN sebab kos dan segala tanggungan dibiayai oleh IJN. bagus rupenye kerajaan ni kan. (sigh~)

lalu agakla terkezut diri aku ini apabila mendapat tahu bahwa company besar bagak yang maju dimana scholarnya mendapat RM400 sebulan (di kyuem la) ingin membeli IJN. (jap, da beli ke belum nih? ak xsure) mengapa? apa kerajaan da terdesak xde duit nak bantu biayai IJN?

walopun aku ini tidaklah pernah mempunyai hubung kait dengan IJN mahupun mana-mana pesakit jantung ataupun doktor pakar jantung, aku tetap rasakan penswastaan penuh IJN adalah sangat tidak wajar.

kalo diswastakan, mestilah bayaran dan charge kepada pesakit akan melamung naik. lihat saja TM, TNB dan mana-mana organisasi yang mengalami fasa yang sama. harga bayaran untuk setiap perkhidmatan naik kan?? bila harga da naik, luputlah tujuan penubuhan IJN iaitu untuk membantu golongan yang macam aku nih..yang xmampu nak bayar semua kos.. (kenapa aku cakap macam aku akan masuk IJN je?? haha..nauzubillah..).

petikan dalam berita harian hari ini :


“Modus operandi yang sedia ada tetap akan dikekalkan jika hasrat syarikat korporat itu (Sime Darby) untuk menguasai pegangan dalam IJN tercapai,”

“IJN mempunyai 80 peratus pesakit daripada kerajaan termasuk pesakit-pesakit miskin, mereka dihantar oleh kerajaan dan kos rawatannya ditanggung oleh kerajaan. Oleh itu IJN tidak boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan oleh kerajaan jika diambilalih organisasi lain,” katanya

yeah right~ kata aku dengan nada sangat sinis.

moral of the story, jaga kesihatan jantung anda. kalo IJN jatuh ke tangan sime darby nnt kos perubatan di IJN  mahal!!

.

bumi berputar.

masa berjalan.

dunia berlalu.

manusia, perlukan perubahan atas segala di atas yang berlaku.

sebab itulah aku bertukar kepada theme baru. hehehe :p

kepada yang mau mengomen, silakan. kalo banyak comment negative akan ku tukar kepada yang lain.

trimas!


p/s : aku xtaw kenapa header dia xbertukar kepada picture yang ak da masukkan. haih…

terbaca dalam yahoo news hari ini. padan muke ko bush.

 

nampak bayangan hitam di kepala bush? itu kasut.

kononnya bush ke iraq atas sebab memberikan satu lawatan farewell. yelah, presidential session dia da nak abis, nak tunjuk baik la. belum sempat dia habis berucap, da dapt cenderehati dari penonton. ikhlas. dibaling dari jauh dengan ucapan :

“This is your farewell kiss, you dog!”

kasut itu saiz 10

*    *     *

owh, teringat haritu tengok Bernama News pasal interview Bush. juga pasal the end of his presidency. aku teringat bait katanya.

“it was my greatest regret sending the troops to Iraq”

bajet orang nak kesian la ko cakap macam tu? bodoh!

cuti semakin bosan. aku da xtaw nak buat apa kat rumah selain mengadap tv, main game, (buat pengetahuan semua Need for Speed Undercover amat best!), makan, tido, marah + membebel kat adik2 aku, emo dengan abang aku, keluar pegi pantai, mengeluh pabila ujan.. so dengan rasa bingung, aku start enjin moto keluar tanpa hala tuju.. nak kuar ngan zack (kawan skola rendah) dia de, amir pon bz, ramzi pon asyik balik kampung.. haduh..

selama aku dirumah, semakin banyak perkara yang aku inginkan. termasuklah perkara yang ingin dilakukan, item yang aku ingin aku miliki dan orang yang ingin didekati..ceh.

adakah ini hanya kerana nafsu yang sudah membara kerana tidak tahu ingin disalurkan kemana dan bagaimana? (ok aku mengarut). sepanjang pemerhatian aku terhadap beberapa subjek manusia yang aku jadikan bahan eksperimen sepanjang cuti ni.. [ok la subjek itu adalah abang, kakak dan adik2 aku. siapa lagi kan? da kat rumah ada diorang je.. (kakak aku xde tapi melalui telefon la)] aku dapati manusia memang selalu mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki sesuatu, tak kiralah benda yang diinginkan itu adalah satu keperluan ataupun satu kemahuan semata-mata. aaa…tidak dilupakan diri aku sendiri yeh.

lalu aku jadi tertanya-tanya kenapa manusia begitu dan begini? macam diri aku sendiri..kadang-kadang aku inginkan sesuatu yang pada mulanya aku bajet kalo aku xde mende tuh hidup aku akan sengsara. then bile da nak beli, aku terfikir balik

‘eh..kalo xde mende ni pon aku still idup.. lagipun kalo aku xbeli bleh save duit..’

dan aku pasti orang lain pon slalu gak jadi camni kan? (angguk kepala tanda setuju yeh)

jadi kenapa manusia atau kita la nak senang crita berfikiran camni eh? kenapa sesuatu yang tidak penting kadangkala diutamakan lebih dari segalanya? nanti silap2 bole menyesal xsudah.. contoh terdekat, diri aku.

alkisahnya pasal laptop. laptop aku sekarang ni aku beli dalam bulan june/july lepas. masa tuh aku sangat inginkan laptop baru sbb laptop lama da rosak meletup dirumah. lepas repair pon macam taik. jadi aku pujukla mak dan ayah aku supaya benarkan aku beli satu yang baru a.k.a beri duit kat aku la.  alasan aku, aku nak buat practice paper exam (kononnya), nak buat assignment ICT (kononnya) dan bermacam-macam lagi. kerana hujah kukuh yang aku berikan pada masa tu, lampu hijau diberikan daripada ayah. lalu lepas exam SAT pada june/july lepas (aku x ingat exact date) dengan ditemani luttpi dan luqman aku ke low yatt membeli laptop itu..hajatnya nak beli yang lain, tapi yang lain pulak yang dibeli. sebulan lepas tuh aku menyesal membeli laptop tu sebab da keluar model baru yang harganya sama dengan yang aku beli tapi lagi mantap. taik kepada diri aku.

jadi ambiklah pengajaran. (if u found one) haha.. nak beli something, pikir dulu dalam-dalam!

p/s : motif sebenar entry ini adalah untuk menulis wishlist aku. ini hanya keinginan semata-mata. xtaw lagi jadik ke nak nak beli..


1-DSLR canon 1000D / 450D    

2-external disk sbb hard disk laptop aku da penuh. da terbeli da..

3-ipod touch (kat US nnt la)

4-mac book pro (kat US jgak)

5-lesen memandu (yg ni bila nk start pon xtaw)

6-blackberry bold atau yang lagi best (kat US nnt jgak)

kepada semua yang aku kenal.. dengan ini aku ingin meng-clarify -kan perasaan dan diri aku. aku tidak suke dipanggil kaki gossip, atau orang kuat bergossip, suke korek gosiip dan sewaktu dengannya.

ok fine kalo ada sesetengah orang tahu aku nih mmg banyak tahu pasal org lain.. tapi cerita2 pasal mereka itu bukanlah aku yang desperate pegi cari weh.. ape ko bajet aku sehina itu? kebanyakan gossip2 atau cerita2 hot yg aku tahu bukan aku korek.. aku dapat atas penceritaan org lain je.. macam biasa r bila lepak2 dapat mula r berkongsi cerita.. (macam korg xbuat je kan?) so janganla menganggap aku ini suke sangat bergossip2 nih..i mean..mmg la suke tapi aku xkorek macam ada pihak yang kononnya kata aku suke korek cerita tapi dalam masa yg sama cuba mengorek cerita orang lain daripada aku! ko pahal????

and kadang2 aku peka dengan apa yang terjadi kat seseorang.. maksd aku orang lain la..(aaa korg paham x?) aku kadang2 macam bole baca air muka orang dan akhirnya aku dapatla cerita pasal orang tu.. maka dapatla disumpulkan sebenarnya orang2 lain la yang suke menebarkan gossip ke serata dunia.. akhirnya, sampai la kat aku..ataupun aku la org pertama yang dapat.. logic kan? tapi kepada kawan2, jgnla segan2 nak berkongsi cerita dengan aku. aku suke tu..merapatkan ukhwah. haha

hiasan semata-mata

maka hilangkanla mentaliti anda daripada menganggap aku, mahupun orang lain sebegitu rupa.. ye kawan2.. apa yang penting?? kerjasama!! sorry pengaruh wonderpets.

 

mood : bengang, hampa.