Skip navigation

Monthly Archives: July 2009

babi punye visa website! stengah jam aku dok refresh xkluar2 jugak form. hish tensi! ~~ ok da habis sumpaham sebab emo.

*       *         *

skang da sebulan lebih aku keluar kolej. tapi sumpah xpenah sehari pon aku lupa pasal kolej. pasal orang2 yang ada dalam kolej. tapi xtaw la kan orang dlam kolej ada yang ingat aku ke x.. haha

beberapa hari ini kerap kali aku menelefon dan di telefon budak2 yang masih terperangkap dalam kolej. haha berdoala korang untuk hidup lagi stahun kat celah hutan dara tuh.

seberapa kali aku call tuh, mulut ini mula bertanya apa yang hati sering ingin menduga. kolej apa cerita? huish, banyak la koleksi2 gosip-mosip (jamak bagi gosip ye) dan cerita2 hotz yang aku dapat. huh, kata nominee gossip king! haha

cerita satu – skang MCB kan kolej, maka korang2 kat kolej nih busy yang amat la sampai call aku pon xmau angkat! (note : s****l h**r** anda bertanggungjawab untuk ini) tapi atas sumber2 yang dipercayai, macam biasala bila ada pertandingan kat kolej, adala ketidak puasan hati atas keputusannya bukan? hahaa..kalo sesape ingat tragedi berdarah blog nih sehari selepas bangsawan tempoh hari, jangan ko berani nak comment2 pasal persembahan house lain ke hape ye! nnt menyesal xsudah! maka nasihatku kepada meraka2 yang tidak berpuas hati, bawak besabor jele… staun je. lagipun xkemane pon pertandingan tuh.. kepada pihak penganjur pule, belek2 la helaian2 bulu2 di kaki, tangan dan leher anda semasa mengadap cermin. maybe la ada terselit ape2 yang menyebabkan perlaksanaan kerja kalian tidak memuaskan hati orang lain. (matila aku kena halau masa alumni weekend nnt.~~)

cerita dua – kes H1N1 da dekat seribu lebih kat malaysia. dengar cerita pulak kat kolej hampir 200 orang da demam termasuk mama rog! apekah??? korang nih xreti2 nak g check je ke? hari ini (26 july) aku diberi info ada orang2 hospital datang wat checkup ye? tapi malangnya hanya check cenggitu aje. motip? maka kepada sesape yang ada rasa loya, xlalu makan, sakit2 sendi, apa2 lagi simtom pelik2 sila la ke klinik check darah…maybe denggi atau H1N1. tapi kalo pening2, muntah2, loya, ngidam mangga muda ke, hape ke, ahh tu pegi klinik ibu cepat2. hahaa

cerita tiga – stakat nih kat terengganu da hampir seminggu langit macam berhabuk berdebu atau nama pendeknya jerebu. tapi sikit2 la. sumber lain aku kat kolej pulak cakap kat kolej jerebu teruk gila skang. kesahihan cerita ini samada ianya suatu lagenda dongeng atau eksegerasi (exagerration) semata-mata tidaklah dapat dipastikan. namun sumber menambah jerebu kat kolej lagi teruk dari KL! ape kes kat lembah beringin ada pembakaran ladang kelapa sawit besar-besaran kah??!!

setakat itu sahaja. sekian berita utama. :p

p/s : lepas dengar cerita dua dan tiga, alumni mesti rasa cam xmo g kolej kan? xsesaje saket plak kang~ tapi aku xkisah. hehehe.

tadi aku g buat passport. kat satu bangunan kat tganu nih.. pastu nk g smayang naik g tingkat 9. bila tengok ke luar tingkap, aku terpegun. terkesima. kosongnya bandar kuala terengganu. haha

maka datangla philosophycal (ada ke word nih?) mind aku.. teringat satu kata2, “bila kita di atas, baru kita dapat lihat apa yang berlaku dibawah.”

betul ke?

masa aku dok meninjau2 kat tingkap bangunan tuh, (take note bangunan paling tinggi kat K.tganu aku rasa xsampai 25 tingkat pon.. MB sila amek perhatian ye.) pandangan aku ada terlindung dengan pokok2 besar yang ada kat tepi2 jalan. maka, xnampak la apa yang ada kat bwah dye.

maka xsemestinya la kan top view tuh bole tengok overall image kan?

teringat plak rancangan hape ntah kat discovery channel. dye cakap “top view is unreliable these days. we need satellite view” kononya satellite vie menyeluruh la kot sbb bleh tgok 360 degrees. tapi bukan ke sattilete view macam top view jugak ke?

aaa..aku cam da lost da ngan ape aku tulih nih.

k2.  motip aku cani, nih pasal leader la. bila kita jadi leader, maksudnya kita di atas. tapi xsemestinya bila jadi leader kita paham and taw serba serbi pasal apa yang berlaku kat bawah2 sane tuh. kan?

senanye nih pasal masa aku keje itu hari… aku keje kat satu hotel nih. jadi waiter. waiter nih kiranya taraf dye agak bawahan la. pastu ada la sorang bos nih.. masa customer datang punye la berbangga ngan hotel tu kan, ngan restaurant dye la hape la.. tapi dye xtaw senaye keadaaan sebenar bagaimana kitorang2 nih bekerja kat dalam..

senanye kalo korang g hotel 5 bintang, kat luar je 5 bintang.. kat dalam masya Allah… aku xmo bagi bintang pon. dapur umah aku lagi bersih. haha.

erm..tujela. ak da melalut. tapi atleast terupdate la jgak blog! hehhe

p/s : status sekarang : xbole tido terfikirkan result, rindu kolej yang amat.

huih, udah lama yeah aku tinggalkan blog ini berhabuk bersawang segala.

maklumla, umah xdo internet pastu malas la nk g on9 merata. kalu g pon on9 fb sudeyh.

 

skang ni musim buah. aku jadi terfikir, sapa kata malaysia xde 4 musim. musim panas, musim hujan, musim buah, musim banjir. cukupla 4 kan?

 

uih, silap2.. lari topic dah ni.

 

dalam musim2 buah nih belambak la gerai2 jualan murah (murah ke??) buah bertempek2 di tepi jalan mahupun highway. maka ramailah yang berhenti parking tepi jalan mahu membeli buah lalu mem-block jalan. kalo jalan besar xpela weyh ni jalan satu lane kot! habisla jam jalan tuh.. tensen.

(motif : membebel sebab ter-stuck dalam jam sebab gerai buah banyak sangat tepi jalan)

 

kalo kat malaysia, buah yang sering diagung-agungkan semestinya buah durian. bak kata izuan pilus, dughian. :p

kalo aku, ko cakap durian, aku cakap ‘eeuuw’..

maka kat mana-mana umah sapa aku pegi kalo xde buah pon adalah kulit buah durian. ataupun paling kurang ada bau durian. adat melayu, mestilah tawarkan makanan kat tetamu, ye idok? maka bila di jamunya aku dengan sebijik durian yang sedia dibukak didepan mata, aku tersengih-sengih tersimpuh malu ajor.

“eh kenapa tengok aje? makanla..” tanya tuan rumah.

“umm…saya x makan durian pacik/macik/abang/akak/sesapeje..” jawapan rutin apabila ditanya.

“hish, hilang satu nikmat dunia ko…” ini pula balasan rutin yang sering aku terima.

“xpe nikmat akhirat lagi penting..” kata-kata dalam hati rutin untuk balasan rutin di atas. tapi dalam hati jela :p

 

haritu lepak-lepak dengan kawan-kawan sekolej. eh silap, se-ex kolej. :p

pastu keluarla topic buah-buahan tempatan nih. teringat pula masa skola rendah kalo ada exam seni lukis, mesti lukis gambar buah-buahan tempatan.

pastu aku pula menjadi bahan. sebab, xmakan dan xsuka durian.

penat digelak-gelakkan, adala sorang hamba Allah nih mengajukan soalan.

 

“ko xsuke makan durian eh pchek? abes ko suka buah apa??”

xsempat aku nak jawab, sekor ni pulak tolong jawabkan.

“jambu.”

 hoi!!!

DSC_4468

pandanglah.

pandang ke arah cahayaNya.


senyumlah.

senyum gembira akan rahmatNya.


ceritakanlah.

cerita yang telah menemukan engkau dengan cahayaNya.

 

pandanglah.
pandang ke arah cahayaNya.
senyumlah.
senyum gembira akan rahmatNya.
ceritakanlah.
cerita yang telah menemukan engkau dengan cahayaNya.