Skip navigation

Monthly Archives: April 2010

Lumrah manusia yang typical yang tak kenang dek untung. Bila susah, menangis tergolek2 mintak tolong. Bila da senang, pandang muka pon tidak.

Lumrah manusia yang selalu lupa akan kata2 sendiri. Bila susah, nekad untuk tak nak perkara lama berulang lagi. Bila senang, aihh makin teruk dari apa yang pernah dijanji.

Lumrah manusia, bila tidak selesa, akan mula mencari tempat yang lebih membawa kesenangan. Lalu dilupa akan bumbung yang pernah memberi kesejahteraan.

Lumrah manusia, senang menjadi kawan yang tak berguna. Tegur-menegur hanya bila ada perkara untuk dibicara. Bila tiada, tak langsung dengar suara.

Lumrah manusia, bila sedar akan kesilapan, akan cuba untuk memohon maaf, dan berjanji tidak mengulanginya. lumrah manusia, beberapa hari kemudian akan kembali kepada dirinya yang masih tidak sedar dek untung, seorang kawan yang tidak layak begelar kawan.

Advertisements