Skip navigation

Tag Archives: resah

it’s the 3rd day of winter break, but it feels like 3 years already. gosh, why i ever asked for the term to end? honestly, i prefer to have classes everyday rather than waking up in the morning and wondering what the hell am i going to do the next 20 hours? seriously, its been the first question or the first thing that came out of my mouth every single day. today, edwin said,

“ko tiap2 hari dowh tanya soalan tu bila ko bangun. haha”

i know that i’ve been asking that since the first day..because i had nothing came out of my mind of what to do next. christmas should be fun if i have some close american friends i think. at least they can like invite me to dinner or something. ok that was random.

so tonight edwin and faiz left Golden. edwin is heading up to pensylvania to meet his girlfriend then they gonna travel to new york, and faiz is going to minnesota. Uni of Minnesota to be exact, meet his friends there which mostly are mine too. really want to go together with him but yeah, financial probs hindered me to do so.

“pchek, be patient, your time to travel around US will come soon.”

i keep reminding my self of that. not that i’m jelous of them.. oh wait. i am jelous, but it wasnt hatred-jelousy kinda thing. just pure jelousy because i wanna feel the experience of travelling too. well i had the trip to South Dakota last month, but i want more of it. more like where i can meet people and hang out and do things i can’t do in Golden and Malaysia. urgh. i hate school break.

now, 4 people had left Golden. Faiz, Edwin, Luttphi and Aizat. tommorrow, fina will be out too. then on the 25th, wahid, ikhlas and panda will leave to wisconsin. moshem, cheengkye, liyana and kimah will be goin to Vegas on the 27th. then citod will also leave to california if i’m not mistaken. owh so do afiq norehsan too. can you count the numbers of people leaving? and can you imagine how boring the holidays will be without these people. honestly, these people had put sparkles into my life here in CSM. urghhhh i hate school break even more.

btw, i went ice skating tonight. it was fun, skating with this guys and learning to improve my noobish skating skills. but deep down, i can’t just stop my self from feeling bad thinking that they’re leaving in a week. i know that it isn’t for ever but 2-3 weeks is long enough to suffer of boredom without these guys around. luckily pua’s here. and fariq is coming soon. hope these guys gonna give some colours to these boring white colored snow. but i give no expectation to them because it will only make me feel bad when things happen not as i imagined. ok this is also random.

Oo God, please make these holidays go faster. and next term will be easier.

p/s : i got B for economics. i was expecting for an A. see, expactations will just make us feel bad.

Advertisements

baru saja call mak di kampung halaman sebentar tadi. diorang (dan korang di malaysia) sedang menjalani hari terakhir puasa taun ni. lagi brape jam lagi Aidilfitri akan menjelang. aduh, rindu sunggu tika2 seperti ini sewaktu dirumah, biasanya kalo hari last puasa mesti mak akan wat kuih sekaya faveret aku and abang sebab bazaar ramadhan da xbanyak org beniaga. maklumle, da nak raya.. then mesti ada ketupat pulut goreng tu, makan dengan rendang yang mak siapkan awal untuk ari raya esok. wah, rindu amat.

btw tadi call mak. sedih. tapi lagi sedih bila mak cerita pasal adik bongsu ku. adik piqa. mak kata, tiap kali mak smayang, adik piqa slalu pesan, “mak..mak jangan lupe doakan untuk abang mie..dye dok jauh..”. T-T

pastu kad raya aku sampai itu hari. aku tulis sambil air mata berlinangan di mata. serius. pastu bila sampai kat rumah, adik piqa paling semangat nak baca. bila mak bukakkan, dye amek. (note : adik aku nih tadika 6tahun. tapi da pandai baca) pastu dye sempat baca assalamualaikum je. pastu dye nanges, lari masuk bilik. “mak, adik xsanggup nak baca. adik sedih. abg mie xde raya ni” T-T

lepas mak cite, aku da sebak. aku rindu gile adik aku. pastu panggil dye nak cakap. biasanya time aku kat kolej dulu bila ak call dye xnak cakap.. tapi kali nih dye berlari2 nak gapai handphone. lepas dye cakap “hello”, aku trus menangis. “abg mie, adik rindu abng mie..” lagila kuat aku menangis. tapi cover la xmau dye tawu. jatuh maruah gua beb nanges ngan adik. haha

pastu blabla dye cakap pe ntah aku xingat sangat sbb sedih. yang aku ingat bila aku tanya nak teddy bear kaler ape, dye jawab PINK.    –___–”

adik aku skagng 6 tahun. tapi time aku kat rumah, aku suka sepak2 dye. aku suke xlayan sangat dye. tapi aku sayang dye. nnt lagi 2 tahun aku balik dye da darjah dua. aku takut dye lupa aku. kalo btol dye lupe aku, macamana? T_T

owh aku rasa ni post yang paling banyak air mata aku keluar. sebab adik piqa. piqa, tunggu lagi 2 tahun abg mie balik yeah.

DSC_5867

hidup tidak semudah yang dirancang.

sebaik mana pun perangcangan yang dibuat, takdir menentukan sebuah jalan yang lebih sukar sebagai dugaan.


adoi. penat sudah aku asyik mengeluh dengan takdirku. mak kata xelok asik mengeluh.tu tanda orang tak bersyukur pada rezki Allah. tapi aku bukan mengeluh sebab xbersyukur. aku cuma hairan, kenapa semua benda nih menimpa aku dari dulu? kat mana-mana aku pegi mesti ada benda macam ni jadi. aku jadi tertanya, apa salah silap ku? (mmg la aku banyak dosa tapi apa yang buat aku smpai jadi begini?)

tika ini tiada lain yang aku harapkan selain tuhan berikan aku petunjuk apa yang patut aku lakukan. aku xmahu ulang kesilapan sama yang aku da lakukan tahun-tahun dahulu. kalo boleh, aku xmahu ada langsung perasaan benci, marah, iri hati dalam diri. tapi keadaan sekarang memaksa aku untuk berperasaan begitu. namun aku cuba sedaya upaya untuk melawan karenah nafsu. ujian ramadhan agaknya. ternyata nafsu aku ini memang tidak senang untuk diikat, sebab setan pun takde skang, jadi aku hanya tinggal untuk melawan nafsuku sendiri.

serius, aku sayangkan semua orang sekarang. sebab, semuanya family aku kat sini. walau tiap2 malam aku menangisi apa yang terjadi, aku masih sayang semua. lantakla apa anggapan sekalipun yang korang mahu lemparkan kat aku, aku tetap akan sayang korang. serius xtipu. kalian ku gambarkan seperti objek dalam foto diatas. menyala dalam gelap menemani diriku yang juga gelap.

kepada kalian, aku pohon maaf atas segala kesilapan yang aku pun xtahu apa benda sbenarnye yang silap.

.aku yang dalam rasa kelabu.

sepatutnya jari-jari kecik ku ini menaip assignment NHV yang perlu disubmit esok, tapi end up aku sedang menaip blog. haih..dunia.

sepatutnya aku skang hepi bersama teman rakan disini, tapi jauh dalam hati, ada ruang kosong. ruang kosong yang di isi dengan rasa kelabu. taw rasa kelabu? kelabu la.

emosi masih lagi xmenentu. sesaat aku hepi, 2 saat kemudian aku sedih, 3 saat kemudian aku rasa sakit perut. (sakit perut tuh emosi x?) hidup hepi je, tapi kenapa ada rasa kelabu? pelik. mungkin juga xpelik. sebab aku rasa ini balasan Allah kat aku. atas perbuatan keji aku selama ini dan juga tatkala ini. aku xmahu menipu, tapi xnak luahkan perkara sebenar.. nanti pecah belah hidup. tadi blaja econs, kalo total net benefit kurang dari total cost, action tu tak wajar dibuat. tapi it depends jugak. adoi pening la kalo pikir cara econs nih.

makanya skang, aku hanya perlu berdiam. diam dan biarkan kotak rahsia ini kekal terkunci. biar segala apa jua aku alami, aku saja yang rasai. xperlu nak bagi yang lain sama menderita.

ok, tamat sesi berdrama bangsawan segala. habis. tutop cerita emo2. esok aku jadi p.chek yang happy sahaja! : )

mulai esok, aku da xde kelas pukul 8 pagi. paling awal pon 9.30. da 2 kali aku telepas kelas pkul 8 pagi, so aku decide tukar kelas masuk yang pkul 12 tgahari. nih kelas Physical Activities. PJ la bahasa skola menengah. tapi pikir2 balik ape ke gile aku amek klas PA masa tengahari buta nih. haha. lantakla. janji xyah bangun awal.

skang, tiap2 malam aku teringat mak. skang aku rasa nak peluk mak. nyesal xpeluk banyak2 masa kat malaysia dulu. seganla kononya sebab da besar. so kepada kalian yg belum fly, peluklah mak bapak anda sepuas2nya. jangan jadi cam aku. huhu~

nab ngan adli da mau fly. adli lagi sploh hari. nab lagi 20. kot. same gak ngan kawan2 yang laen, tapi aku xtahu bila sebab aku xcontact sangat. teruk gila kan aku? hish. tapi walau jauh mana pon, aku slalu ingat kat korang2 yang still kat malaysia. mane aci weyh korang leh raya kat umah. cess.

cakap pasal raya, raya lagi seminggu lebih. tapi amalan aku bulan puasa nih aku rasa xsama macam amalan seminggu masa kat kolej pon. tarawikh brape kali je. adoi. ape nak jadi nih?

*        *          *

(habis idea dah)

sepatutnya lepas aku menaip assingment NHV (yg aku end up type blog), aku kena siapkan 20 soalan calculus yang juga disubmit esok. so macamane nih?

aku terkejut tengok statistic pengunjung blog aku harini. even xde post baru, bilangn yang menjenguk blog bosan ini masih lagi dalam 70 orang ke atas. (xdela banyak sangat senanye kan?)

senanye banyak gila benda yang aku nak tulis, rasanya sehari aku bole post 4-5 entry jugak kot. tapi belakangan nih, emosi x menentu, pikiranku haru-biru. banyak sangat benda yang dah terjadi sepanjang masa melangkaui aku disini. emo? hampir setiap jam aku emo. kat sini aku xde orang yang aku boleh luahkan rasa sebenar aku. kalo kat kolej, nab ada, adli ada, herman ada, hizbul ada. ye aku ada lutphi tapi aku xnak bebankan dye dengan perkara yang dia sendiri tengah hadapi. aku bukan jenis orang yang suka pendam perasaan. tapi kat sini, kat colorado bumi bukit bukau panas gila nih, aku jadi lain. mulut nih xrasa macam nak bercakap banyak, luahkan segala apa yang bermain difikiran seperti aku yang dulu. tak kisahlah kalo orang anggap aku dulu kaki sebok ke, kaki kepoh ke. lantaklah. itu aku.

serius sekarang aku nak balik malaysia. aku nak jumpe family. aku nak jumpe kawan2. aku perlukan korang sume weyh. tapi korang jauh..

study setakat nih ok je. xde problem langsung cuma ada la subject yang teramat sangat bosan sampai aku rasa nak baling je kasut kat lecturer ngan classmate yang laen. (bukan sebab menyampah, tapi sebab da bosan gila weyh). class calculus II ok la sebab sume benda da blaja time A-levels dulu. tapi aku xnak take it for granted sebab bagi aku, A-Levels was my biggest failure. never thought to get a Ungraded grade ( isnt that redundant?) in any of my exams before. tapi masa A-Levels, nah ko. sebijik U untuk further. te hell weyh. blaja penat2 (walopon aku xblaja la further dulu – tapi aku g la jgak class occay~) pastu math plak dapat B je. hish malu. so sebab tu la aku xnak terfikir langsung untuk rasa atau belagak pandai da kat sini..

skang bulan pose. dugaan dari Allah banyak tak terkira. aku jadi tak keruan macamane nak settlekan sume benda yang terjadi. nak cakap, nanti orang terasa. xcakap nanti aku pulak yang binasa. kalo cakap, nanti mula la yang nih sakit hati dengan yang tu, yang tu mulalah xnak baik dengan yang ni. adoi. pening2. maybe diorang tak rasa apa yang aku rasa sebab otak aku nih laen skit, eh x, banyak kot. tiap2 hari aku kena berhadapan dengan orang yang sangat annoying sepanjang aku dok sini. rasa nak sepak terajang je bila jumpe dye. hello, ko ingat ko bagus sangat? kalo ko bagus pon g tunjuk kat orang laen la xyah tunjuk kat aku! owh sabar2. puasa.

makanya blog bosan ini telah officially bertambah bosan sebab skang jadi tempat aku ludah segala perasaan aku je. te hell ko ingat orang kisah hal ko pchek? gi panjat mount zion pastu terjun la weyh..

sudah2. aku kena stop sebelum jari ini mengulangi kesalahan lampau. babai.

tika ini,

aku mengimbau hari lalu.

saat tika bersama kalian.

indah. cukup indah.

kini, kian hari berlalu,

tidak lagi kalian bersamaku.

hilang, lenyap.

diam tiada berkata.

aku jadi tertanya,

adakah ini salahku?

apakah ini silapku?

ku imbau kembali hari lalu.

benar, indah.

tiada cela. tiada luka.

namun mengapa begitu?

harapku,

saat tika itu,

kembali.

seperti dulu.

ku ingin kalian tahu,

tiap tangis tawaku,

kalian terbayang di mataku.

tiap girang dukaku,

kalian terlihat dibenakku.

kasihku, tak pernah ku ubah.

sayangku, tak pernah dilambung ombak.

dalam nadiku, kalian ku ingat.

tika ini,

aku masih aku.

angin terus berlagu.

tanah masih berbatu.

kalian tetap juga begitu.

semua masih sama.

cuma yang tiada,

hanya KITA.

masyaAllah.. trials exam lagi 4  hari je..

study baru je brape kerat.. haduh…

dilemma further xilang2 lagi nih walopun xpayah dapat A..

tapi ak nak dapat A… tapi macam xmampu.. T_T

aku nak fly pegi Colorado School of Mines..

ak nak bejaya macam kawan2 aku yg laen…

ya Allah.. tolonglah aku…

harini hari bersejarah.

sangat bersejarah.

nak tahu apa sejarahnya?

handphone aku masuk longkang!

waaaarghh!!!!! tidak!!!!!!!!

xmo beli handphone baru lagi!!!! nak beli camera!!!!!!

tolongla jangan rosak wahai handphone~~~~~

T~T

sape ade handphone lebey?

masyaAllah.

semalam aku mimpi, aku berada di hari kiamat.

takut. gerun.

ya Allah, selamatkanlah aku, ibu bapaku, keluargaku, dan sahabatku dari siksa hari kiamatmu dan azab hari pembalasanmu.

fitrah manusia. setiap yang dilahirkan pasti ada kelemahannya.

aku insan biasa. yang sangat lemah disisi Allah yang maha Esa. juga lemah dalam menghadapi cabaranNya.

kalau ikutkan hati, mungkin setiap detik kehidupan aku, akan dipenuhi dengan tangisan dan ratapan atas ketidaksanggupan aku untuk menghadapi segala cabaran hidup ini.

tapi aku ingin jadi insan yang bergelar manusia. manusia yang penuh dengan kekuatan dan ketabahan hati, yang akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.

sesungguhnya aku ingin bebaskan diri aku dari segala beban yang sedang aku tampung di kedua bahuku kini. tapi oleh sebab aku rasakan bahawa beban ini adalah amanah dari tuhan, aku relakan dan kukuhkan semangat aku untuk teruskan. namun aku lemah. jiwa aku bagai disaluti kaca, mudah sekali untuk pecah. hati aku  pula bagai kertas, mudah sekali untuk koyak. aku lemah.

tidak pernah sesekali terdetik di hati aku untuk mengambil segala apa hak orang lain untuk kepentingan aku sendiri. aku tidak pernah ingin mengejar nama, mengejar penghormatan dari orang lain atas perkara yang aku kerjakan.

aku lemah. tiada daya untuk aku berdiri berseorangan didunia penuh pancaroba ini. aku lemah. aku perlukan orang lain untuk menyokong aku. membantu aku dalam menebas segala belukar onak duri, meredah segala paya kesusahan. janganlah diserongkan pandangan kalian ke atas aku atas permintaan aku. aku ikhlas.. kerana aku lemah.

aku lemah, tapi aku ingin jadi kuat.