Skip navigation

Monthly Archives: April 2009

belakangan ini blog aku ni bagai sudah tidak terjaga lagi. kalau dulu tiap2 hari ku gilap ku lihat, sekarang nak bukak pon da rasa xlarat.

dsc_15151

Nur Lembah Pangsun : .Teratai.


A levels exam hanya tinggal beberapa hari saja lagi. takut rasanya untuk aku terus menghitung hari2 yang berbaki untuk aku study. juga sangat aku takut untuk mengira hari yang tinggal untuk aku jalani hidupku disini. atas segala apa yang telah berlaku dan berlalu, sebahagian dari diri aku xsabar2 nak tinggalkan kolej nih. namun sebahagian yang lain pula, bagai mahu terus tinggal disini. bahagian mana yang lag banyak, aku pun  xpasti.

2 tahun kehidupan disini, aku dah saksikan pelabagi ragam manusia. xkiralah jenis yang pkai tiruan punye LV, yang rambutnya bagai tempurung kelapa lupa dicuci, yang kasutnya besar 2 size dari kakinya sendiri, yang jenis xkenang budi, yang jenis sangat menghargai, yang kaya nak menunjuk2 diri, yang xberapa kaya nak belagak kaya x sedar diri, yang bau hapak tapi bajet wangi, dan lain-lain. huish, sangat banyak sebenarnya. (jap, ape motif aku tulis bendalah nih?) sekarang, sangat mudah rasanya untuk aku kenal seseorang. tapi pada hakikatnya, sebenarnya aku masih xkenal hati budi orang.

bila difikirkan balik, aku rasa xde satu perkara pon yang masih kekal dari apa yang ada sewaktu awal 2 tahun dulu. dunia sememangnya berubah. putaran masa telah menyebabkan pertukaran suasana. kalo dulu sering dilihat insan itu berkepit dengan insan ini, tapi sekarang, sudah tidak lagi bertegur sapa. kalo dulu, sering dilihat dia ini sering di musolla, kini jarang-jarang sahaja. aku tak tujukan ini kepada sesiapa, cuma sebagai peringatan kepada semua.

teringat aku pada kata2 yang sering dikatakan kepada aku, dan seterusnya sering aku katakan kepada kawan2ku. “friends come and go”. huh, cliche bukan? ah, cliche ke hapa ke, memang itulah kenyataannya. tapi dalam aku terdiam berjalan balik kelas semalam, aku jadi terfikir, adakah kawan yang datang dan pergi, ataupun diri kita sendiri ini yang bertindak begitu? aku fikir lagi, aku imbau kembali semua yang pernah aku lalui. lalu aku simpulkan, kawan yang datang dan pergi. kenapa? xperlu aku nyatakan sebabnya disini.

cuma ada satu saja yang perlu aku khabarkan. tika ini, aku isytiharkan tiada lagi hubungan perkenalan aku dengan seorang insan ini. sudah penat aku melayan karenahnya yang hampir menyerupai babi itu. diberi susu, dibalasnya dakwat marker permanent. kotornya nyata susah untuk dihilangkan. mungkin insan ini sudah lupa apa yang telah aku korbankan untuk dirinya. tidaklah sangat banyak, tapi banyakla jugak, demi menjaga dirinya yang sangat fragile itu. tika saat genting yang dilaluinya tahun lalu, tidak pernah tenang hati aku memikirkan keadaannya. tapi kini, sudah mahu disepak2 dipijak2 pula aku. ah, itu bukan namanya teman, itu setan. sudah, kataku sudah tetap. aku benci kau. noktah.

cukup. xmahu emo lagi. test further applied tadi sudah cukup membengongkan kepala hotakku.

kini aku sudah cukup penat menunggu. kelihatannya macam tiada lagi harapan. jadi aku biarkan saja ianya berlaku. semoga takdir tuhan saja yang jadi penentu.

 

* post ini amat sangatlah random. kalo xpaham buat2 saja paham. kalo tersilap interpret gasak koranglah!

gembira aku ini salah.

senangku ini timbulkan gelisah.

jangan aku tersilap langkah.

 

tuhan, jangan biar aku begini.

aku mahu terus.

tapi bagaimana?

 

penantian1

 

 

*ini akibat terlampau bosan menunggu housetrip esok. T_T

walaupun sudah lama merdeka, jangan ingat malaysia ni dah xde komunis!

ramai lagi yang masih wujud tatkala mata kita terkebil-kebil menikmati hidup ni.

sudah dasar komunis, komunis juga la.

kalo masa Tanah Melayu dijajah komunis dulu, memang mereka ini terkenal dengan kekejaman, kebusukan dan kehinaan hati mereka bukan? jangan xtahu, sekarang mereka masih juga begitu. ah, sudah dasar komunis, xlari kemana la.

tapi komunis zaman sekarang da maju.. da ‘up’ skit.. bukan saje kejam, mereka juga pandai bermuka-muka.. Hipokrit la bak kata omputih.. depan-depan tersenyum simpuh bertegur mesra, belakang-belakang, haih.. tuhan saje yang tahu. haih..komunis..komunis.

selain tu, komunis moden liberal ni ada konsep baru. siapa yang naik masuk jadi anggota mereka mesti ada kriteria yang dicari. ciri yang dicari bukan bersandarkan fizikal mahupun mental, tapi mesti mempunyai aura komunis itu tersendiri. macamana aura komunis tu aku pon xtahu.. harus tanya ketua komunis tu sendiri.

namun, komunis moden nih tetap kejam. macam zaman dulu… disuruhnya hamba-hamba ini buat kerja, tapi upahnya, tiada. modus operandi mereka mencari hamba pula xsama dah macam dulu. kalo dulu, komunis main hambek, tangkap saja sape2 untuk diperhambakan.. tapi sekarang, terlebih dahulu mereka jadikan hamba sasaran ini kawan. dipujuk rayunya supaya dibantu, alih-alih, jadi hamba suruhan. pulak tu, takde balasan.

sudah puas memperhambakan orang, komunis-komunis ini juga sangat suka berpartay (sebut gaya british ye. par-taay). paling kurang pon setiap tahun mesti ada parti besar-besaran. opps, partay ini bukan calang-calang tawu. hamba-hamba dilarang hadir. hanya puak-puak komunis mereka saja yang dijemput, termasukla barua-barua mereka yang langsung xbuat kerja tapi dibayar juga. nak tahu, partay ini dibayar menggunakan duit hasil titik peluh hamba-hamba lah, siapa lagi. haih..hape la korang nih komunis.

pendek kata, sudah dasar komunis, komunis jugak la!

2-3 hari ini perit hati melihat keadaan sekeliling.

dulu… tenang… aman.. redup saja. pagi2, kurang silauan mentari menyinari ruang bilik. petang, kurang bahang yang terperangkap dalam chalet.

sekarang, bangun pagi je, mata sakit dek silau dari luar tingkap walaupun langsir tertutup rapat. petang pula, buka saja pintu bilik, terasa mahu cepat2 keluar sebab haba yang sangat membakar.

kalo dulu, nak lepak2 kat luar chalet best saja sebab tiada gangguan binatang2 dan serangga menggigit. sekarang, usahkan diluar, dalam chalet pon mereka da bersarang sebab rumah mereka diserang.

apa dosa mereka? apa salah mereka?

 

apa dosa mereka?

apa dosa mereka?

 

 

sampai dipotong ditogel semuanya??

apa korang ni xtawu ke sekarang tengah global warming?

panas tawu!

 

long live the earth!!

* ni lah yang terjadi bila pokok-pokok dipotong. kepala semua jadi panas, xdapat berfikir dengan waras.

 

p/s : saya dengan ini mahu SC mengemukakan complain kepada Pn Rogayah terchenta pasal nih. semut, kerengga, dan segala hape jenis serangga da masuk chalet sebab diorang da xde rumah da! motif sangat la ko potong pokok tuh!

dsc_0034e1

lepas seminggu exam trials, alhamdulillah da habis da paper aku semalam. last paper, chem paper 4. penat kepala otak aku menjawabnye..

agak lama aku tinggalkan blog nih kesepian tanda updates yang best2. huhu. sori2 da nak exam xde masa nak active sangat blogging. nak kasi crita2 hot pon xde sangat. :p

kalo dihitung dikira-kira, ada lagi lebih kurang 30 hari lebih untuk real A levels exam. (ada exam xreal ke? :p) argh!! tidak!! aku masih xready!!

selama 2 minggu exam nih banyak gila benda aku miss. PM baru punye perlantikan, kabinet baru punye updates, piliharanraya kecil mana ntah. tapi aku xkisah sangat pon pasal benda2 nih..aku xsuke sgt politik. hhuhuhu

owh, sekarang aku da bole bermanja ngan D80 aku yang baru berumur 2 minggu tuh~ huhuhu.. mari2 sapa nak jadi model aku… :p

lagi dekat ngan exam final, lagi sedey aku rasa. seriusly berat hati aku nak tinggalkan kolej nih. walopun ada dalam kalangan senior2 nih yang xsabar2 nak keluar dari kolej, tapi aku rasa sayang gile nak kuar. yela, nanti da kuar aku da xbole nak jumpe bdak2 kolej nih lagi da. sebab korang sume g UK, aku sesat g US nun haa.. T_T

tapi time last2 nih la ada jugak konflik2 yang berlaku yang aku xpaham kenapa dan mengapa ianya berlaku. korang xpyah la tanya konflik apa sebab aku pun xpasti konflik nih macamana. huhuhu~

akhir2 semester nih jugak la perengai senior2 sume jadi pelik2. definisi pelik, fikirla sendiri. sekarang da susah nak tengok muka2 senior yang selalu lepak kat cafe dulu, dok melalak2 kat cafe lagi. ada la jugak yang lepak lepas balik from RC tapi kejap jela. itu tandanya, semua dok kisau dalam chalet je. nak bejaya la katakan..

akhir semester nih jugak makin ramai kapel2 yang baru berpaut hati. aku xdela kisah sangat orang nak kapel nih tapi kadang2 geli dan meluat tengok pasangan2 tuh dok dating.  dating plak kat tepi longkang. wah romantik amat! bluek~ ada satu kapel baru nih paling aku geli. meremang segala bulu kaki aku tengok diorang kapel. perlu ke korang tunjuk kat satu dunia korang nih kapel? kalo da kawen laenla. dok berhimpit sane-sini, menggedik situ sana, please la weh. xtenang mata aku melihatnya tawu.

ok2, sudah2 membebel. cukupla da segala isi kepala aku yang belum mandi nih diluahkan kat sini. btw harini birthday mumu ngan idzni kan? happy birthday la korang berdua. (kenapa aku wish kat sini r?) ah lantakla, blog aku..hhuhuh..

*p/s : petronas kasi aku g colorado school of mines!!!! wohoo!!

sendiri di bumi ini

bila hati menyepi,

tinggal ia sendiri di bumi ini.

tika ini,

aku mengimbau hari lalu.

saat tika bersama kalian.

indah. cukup indah.

kini, kian hari berlalu,

tidak lagi kalian bersamaku.

hilang, lenyap.

diam tiada berkata.

aku jadi tertanya,

adakah ini salahku?

apakah ini silapku?

ku imbau kembali hari lalu.

benar, indah.

tiada cela. tiada luka.

namun mengapa begitu?

harapku,

saat tika itu,

kembali.

seperti dulu.

ku ingin kalian tahu,

tiap tangis tawaku,

kalian terbayang di mataku.

tiap girang dukaku,

kalian terlihat dibenakku.

kasihku, tak pernah ku ubah.

sayangku, tak pernah dilambung ombak.

dalam nadiku, kalian ku ingat.

tika ini,

aku masih aku.

angin terus berlagu.

tanah masih berbatu.

kalian tetap juga begitu.

semua masih sama.

cuma yang tiada,

hanya KITA.