Skip navigation

Monthly Archives: October 2008

petang nnt tepat pukul 3 aku ada paper stats (s1).. last paper for math!!! yoohoo~~ lepas ni da bole concentrate further maths plak..

Family aku sume ada kat KL umah macik aku skang.. diorang nak hantar macik aku tu (makngah) pegi haji.. InsyaAllah diorang berlepas kul 3pagi esok.. aku ingat nak ikut skali tp petang ni ada paper, pastu esok photomarathon.. xdapek la den nak ikut.. masa call mak tadi, katanya ingatkan nak datang amek aku g kuar jek..namun akibat ada paper xley.. hampeh.

owh esok photomarathon..plan untuk ke sana guna van kolej xjadi sbb ada van tu da di occupied.. taik sungguh. terpaksa la aku dan haq dengan x malunye menompang umah Afiq CR malam nih.. ish segan tul.

pendek juga post kali ini kerana aku belum mandi dan nak revise jap pasni.. akhir kata, kepada semua jemaah haji malaysia yang bakal berangkat, semoga dimudahkan perjalanan.. doakan le kebahagiaan kami semua juga ye.. amiin…

 

p/s : title post ni hanyalah kerana aku ada exam statistic sahaja. xde kaitan ngan mende lain.

harini banyak kebenaran yang aku dapat semasa dalam kelas IELTS. Mdm Madeline (motif aku warnakan merah nama madam?? haha) tetibe harini nak buat spelling class.. agak hampa la bagi aku bila dengar dia cakap macam tu..sbb macam dak skola rendah je main spelling bee nih..haha..

dengan perasaan xikhlas, angkuh, bodoh sombong, untuk buat kerana bajet tahu mengeja words dengan betul, maka aku pon buat jela dengan xbrape enjoy.. Mdm kasi (secara lisan) beberapa words yang commonly misspelled untuk kitorang tulih di atas sehelai kertas kosong. 30 perkataan diberi. hasilnya, aku hanya dapat 15 je betul!!! hampeh bodoh gile!

ni perkataan yang kitorang buat tadi.. paling aku bingun alright sebenarnya perlu di eja secara ‘all right’! note that perkataan merah bermakna ejaan yang salah..

all rightalright

misspellmispell

embarrassembarass

phlegmflamb, phlam (maksudnya hingus berwarna hijau..yaks!)

cemeterycemetary

unnecessarilyunneccessarily

disappointeddissapointed 

turmerictumeric (kunyit) mdm cakap minggu lepas baru dia sedar ada ‘r’ selepas huruf u.

instalmentinstallment (dlm wordpress ni pon silap. instalment dianngap salah ejaan.)

fulfilfulfill (sama, ejaan fulfill dianggap salah dlm wordpress nih)

racquetracket (aku pon xpaham apa beza dua perkataan nih)

 

ada la bbrp lagi perkataan lain tp yg tu aku mcm xbape significant je. haha. kalo xyakin dengan apa yang aku tulih ni, sila buka kamus anda. bukan kamus dewan tau, guna kamus oxford.

hari ini cuaca sangat panas di KYUEM. kepala aku sudah terasa pening2. esok da la ada timed paper 2 chemistry.. aduss..

owh, smalam aku dan bbrp scholar petronas lain dan juga seorang Bank Negara scholar (azali) and Mara scholar (mustaqim) pegi Jw Marriot hotel di KL.. ada reception from Lehigh Uni.. untuk pengetahuan semua, Lehigh Uni terletak di US, di bathlaham berdekatan pennsylvania.. dekat juga dengan NY.

kekdahnya aritu ada rep from uni ni, Laura namanye datang ke kolej untuk kasi brief and talk skit pasal Lehigh Uni.. so dengan itu, da alang-alang dia ajak la kitorang pegi event tu..

bagi aku, aku da ahu course aju tidaklah dioffer kan disitu. namun oleh kerana bertempat di Jw Marriot, aku sanggup la pergi. anda tahu kenapa? matlamat aku hanya satu. Mahu makan makanan sedap.

ternyata misi aku berjaya..makanan kat sana best gile! ada satay, muratabak, dan beberapa makanan lain.. macam high tea la jgak..bukan dinner. tapi makanan unlimited. kami selaku kanak2 lapar ini apetah lagi, melantak la.. hahaaha… 

oleh kerana kesuntukan masa kerana aku perlu study untuk paper chem esok, maka pendek sahajalah post kali ini. kat bawah ni gamba2 makanan smalam. dessert dye best!

 

dessert yang sangat best!


satay ini juga amat sedap!


kebanyakan orang gembira bila bangun pagi pada hari ahad. aku pun.. anda bagaimana? namun kegembiraan pagi ahad aku xkekal lama.. sudah 3 kali berturut-turut pagi ahad aku diganggu menyebabkan aku tidak dapat menikmati salah satu nikmat hidup didunia.. iaitu weekend yang sempurna.

ippy sedang bersantai di pagi ahad…

 

seperti biasa, pagi ahad ini aku bangun awal (waktu dirahsiakan) dengan niat untuk mengemas bilik, buat laundry, then study selepas breakfast. menu biasa hari ahad di dining hall, nasi lemak sambal bilis pedas. seperti biasa juga, tidak dapat aku habiskan. pedasla. balik bilik, lantas perut memulas.. berkejaranlah aku ketandas untuk menyelesaikan bisnes. (maaf, mungkin tidak sepatutnya aku tulis ni..) hehe.. bisnes selesai, aku kebilik untuk mengemas.

aaaachiieeew! aku bersin.

achiew! bersin lagi.

aaachhhieew!!~ berserta cecair putih + jernih keluar dari hidung. aku bersin lagi. kali ini, sakit.

 

asal hari ahad je, dia datang.. haduh… bisik hati aku yang sedang menahan sakit di hidung sambil mengelap cecair tadi dengan tisu watson yang dibeli bulan lepas.

siapa dia?? beliau yang dimaksudkan adalah En Resdung.. tahu? sudah beberapa tahun En Resdung datang melawat aku.. namun sejak tahun lepas kedatangannya sudah berkurang.. sibuk gamaknya. lalu hanya pada hari minggu sahaja dia berkesempatan menjenguk aku.

dengan hidung yang sentiasa mengalirkan cecair jernih yang keluar bagai air paip ditandas, mata yang berkaca dengan titisan air mata, mana mungkin aku meneruskan perancangan aku untuk hari ini. keputusan yang aku ambil, tidur. habislah bilik xkemas lagi, baju xbasuh lagi..buku..apatah lagi.. masih cantik tersusun di rak.

sebelum tidur, sempat aku rendamkan dahulu baju2 kotor aku dengan Dynamo antibacteria. malangnya, bau oren-lemon daripada dynamo itu tidak dapat aku hidu kerana deria bauku yang disekat oleh En Resdung.

kemudian berbaringlah aku dengan menahin sakit dihidung, beralaskan tisu watson dari peket lain untuk menahan cecair daripada meleleh. jam menunjukkan pukul 10.15.. hampir 10 minit aku baring, aku terlelap.

tiba-tiba terasa gegaran di tepi telingku.. berhampiran En Bantal Biru. aku tersedar. owh, alarm handphone aku rupenye.sudah pukul 12.15 pm. aku menyentuh hidungku. tiada lagi cecair jernih keluar. lega, En Resdung sudah beredar..

maka hampir 2jam hari ahad aku terbazir begitu sahaja kerana kehadiran En resdung yang tidak dijemput. semua aktiviti aku tertangguh dan sebahagiannya terpaksa dibatalkan. 5 peket kecil tisu watson aku habis pada pagi itu sahaja. mood aku, hilang..entah kemana.

 

 

thanks to you En Resdung a.k.a Sinus!

berita baik untuk sume peminat photography!
canon akan mengadakan suatu photo competition yakni Canon Photomarathon Asia!
bertempat di Berjaya Times Square, pada 1 Nov 2008!!
cepat2 register!! deadline dye 27th oct, bersamaan isnin next week!

untuk maklumat lanjut, sila layari http://photomarathon.canon-asia.com/malaysia/

kepada mereka yg berada di KYUEM, kami sedang berusaha untuk menyewa van college untuk ke sana.. jadi papepon sila berjumpa Maji (housecapt topaz)

 

p/s : baru sahaja discover mendalah dibawah bernama poll ni..hhuhu…

baru saja abis practical chem atau nama lainnya chem paper 3. juga agak menghampakan seperti paper p3 semalam. aku terlepas beberapa point dlm soalan. kenapa???!!!!

soalan pertama, titration of RCO2H (kot) dengan NaOH. tiada masalah dengan titration. calculation sume agak ok cuma aku xdpt jawab last questions yakni apakah formula R! kan soalan before tu sruh kira Mr of RCO2H, fine aku dapat. tapi bile soh deduce formula R tu aku blank! cane nak kira sbb dye x kasi Ar for each elements! aku plak xingt C pnye Ar brape…maka tinggallah bersih suci murni bahagian itu. hilang satu markah.

soalan kedua, pasal weighting and reweigh hydrated compound after heating. ok la masa mock practical penah buat ngan Mr Hanson.. tapi aku xbace soalan betul2 and aku xmasukkan mass of water given out dalam data table! hilang lagi maybe 2 markah. argh!!!!

soalan ketiga, inorganic analysis. agak ok kerana soalan ini agak direct. namun setelah aku call kawan aku di KDU, beliau kata part yang FA6 added with KI then further addition of starch solution tu akan mengeluarkan purple fumes and solution will turn deep blue color. memula dia pon xdpt pastu invigilator sahkan KI diorang da contaminated and diorang diberitahu observations yang betul seperti diatas. malangnya, kat kolej ni stakat aku bertanya2, xde sorg pon kot yang dapat camtu.. solution remains berkeladak itam je sampai abis paper tuh.. effort tau aku tunggu sampai abis experiment walopon xde result.

maka dengan ini aku mengesahkan paper 3 chem ini ok sahaja. tidak begitu memuakan bagiku. harusla aku struggle paper 2 ngan paper 1 nnt.. ya tuhanku..bantula hambamu ini~~~

 

mood : mau tido sahaja petang ini.

sudah agak lama aku nak postkan benda ni tapi kerana misi untuk x on9 sebelum ni, maka skang baru bleh tulis..hehe..

 

aku ada ippy.

ippy dan aku berbeza.

ippy kecik lagi, aku da besar (kot).

ippy suka lompat2 ngan lari2 namun aku tidak.

aku suka mandi tapi ippy slalu cuba lari bila nak mandi.

aku dibesarkan oleh mak aku, namun ippy tidak.

aku xmakan sayuran mentah tapi ippy sangat sukakannya.

tapi kami berdua sangat suka ambik gambar.

ippy suka pose bila diacukan camera didepannya, aku..hampir2 la. :p

ippy xde mood bile dye lapar, beitu juga aku.

ippy suka dibelai, namun aku..tak la sangat.

ippy kencing merata, aku..sorry skit aku nak buat camtu..

ippy mata merah, aku mata hitam.

kuku ippy tajam, aku x sbb slalu potong kuku.

telinga ippy panjang, aku punye normal, xcapang.

ippy berbulu, aku normal.

ippy berwarna putih, namun aku tidak putih. (tidak juga hitam ok! :p)

jadi,

ippy dan aku berbeza.sebab,

ippy seekor arnab, aku tuannya.

 

  

seminggu telah berlalu dan misi aku untuk tidak on9 sepanjang tempoh seminggu telah berjaya. namun misi ini agak terganggu kerana pada hari kedua aku terpaksa on9 kat facebook sebentar kerana sebab yang tidak dapat dijelaskan disini..hehee..

kalau korg bace post sebelumnya, aku hanya akan update blog selepas paper math p3.. maka paham2 la sendiri bahawa paper itu baru sahaja berlalu sejam lepas tatkala aku menulis post ni. 

“macam mana paper tadi?”

mesti korang nak tujukan soalan ni kat aku kan??

hehe… jawapannya, aku pasrah. aku relakan ajor dengan apa yang sudah aku usahakan tadi. secara singkat, paper tadi jauh lebih senang dari last session pnye (may/june 08). namun entah mengapa aku xdpt jawab 2 soalan yakni soalan bernumber 8 dan 10.

mungkin itu cubaan dan dugaan Allah kepada aku.. dalam usaha aku memerah otak memikirkan penyelesaian soalan 8, mata, dan hatiku seperti dibutakan sebentar. aku xnampak equation yang perlu digunakan walaupun ianya terpapar jelas di hadapan mata aku.. isk2.. lalu hilanglah hampir 8 markah disitu.. bagi soalan 10 pula, maybe hampir 6 markah terbang begitu sahaja kerana aku mmg xtaw nak buat macam mane. malas la nak explain soalan tu. korang tunggu jela paper tu kuar kat http://cie-papers.co.cc

esok aku ada paper practical chem.. ya allah..jangan la esok jadi macam tadi lagi.. xnampak point yang penting dlm soalan.. jadi, moral of the story is, bace soalan btol2!!

p/s: masih dlm mood pasrah. namun perjuangan harus diteruskan!

esok start paper P1.. dan dengan ini aku mencabar hati naruni dan jasmani aku untuk TIDAK ONLINE SELAMA SEMINGGU..

hehe.. xtaw la bole ke x.. sbb the last time aku cuba berbuat demikian hanya bertahan selama 5 jam sahaja… tapi kalo ini btol2 la nak buat.. nak exam..kalo ada laptop depan mata msti asyik on9 je.. facebook…pastu xstdy.

haih.. apepon, doakan la azam aku nih berjaya. seminngu nih akan aku gunakan sebaik mungkin untuk menelaah pelajaran.. exam da start..aku xbtol2 prepare lagik..

jadi dengan keadaan aku tidak online, maka tidak akan berupdatelah blog aku ini. namun aku akan cuba updatekan kalo ada cerita2 yang betul2 menarik perhatian aku..hehe

akhir kata, selamat berjaya kepada semua rakan2 yang akan mengambil paper esok dan hari2 seterusnya,. semoga kita semua mendapat kejayaan yang diinginkan.. amiin… owh, juga selamat berjaya kepada aku! jumpa lagi dalam masa seminggu! :p

tatkala ini hampir kesemua warga pelajar KYUEM sedang sibuk menelaah untuk menghadapi exam. junior dengan 1st semester exam diorang dan seniors dengan As yang akan bermula Rabu ini dengan paper maths P1. (aku la tuh)..

namun dalam kesibukan mereka2 menelaah, mencari keberkatan ilmu dalam keredhaan Ilahi, ada juga yang sempat menabur fitnah di merata-rata. aku tidak menunding jari kepada sesape disini tapi siapa yang pijak paku dia la yang rasa sakit..

 

bangsawan tahun bile ntah ni..       sumber : google

hal ini pasal bangsawan. event yang dinantikan dan dianggap event paling termashur di Lembah Beringin yang dingin ini. Secara rasminya, bangsawan masih belum bermula.. namun kehangatannya sekarang bolela dikatakan sudah seperti suam2 kuku.. semua house sudah mempunyai Director masing-masing, dan aku boleh andaikan semua house juga sudah senak kepala memikirkan jalan cerita yang ingin ditampilkan kali ini. namun apa yang aku kesalkan, xsempat pon suam kuku itu bertukar kepada panas tahi ayam, sudah kedengaran fitnah ditaburkan, secara specificnya kepada house aku, house of Diamond. tidak mahu aku nyatakan apa fitnah yang ditaburkan itu, hanya yang ingin aku sampaikan adalah…janganlah percaya dengan semua omongan berlandaskan hasad dengki itu semua. kalo dengar, buat bodo je.. bak kata Kak Oggy ngan Raja Azura, kalo x mau dengar, sila tutop telinga..

aku serius. kepada sesiapa yang memulakan ataupun menyebarkan lagi fitnah-fitnah ini, sila hentikan perbuatan terkutuk anda ini. sesungguhnya doa orang teraniaya itu sangat dimakbulkan oleh Allah swt. janganlah jadikan event bangsawan ini suatu platform untuk membuatkan perpecahan antara house dan pergaduhan antara sahabat.. semoga bangsawan yang akan datang ini berjalan lancar dan dinikmati bersama..

sekian.

salam perpaduan.

 

mood : emo sbb xsuke dgn sume benda yg menyakitkan hati nih.. owh esok ada speaking test..doakan aku..