Skip navigation

Monthly Archives: July 2010

yo yo yo. *terjangkit joe flizzo pnye cara dalam racangan menari apa ntah* so summer class da start. da abes 1st week. not bad at all. classmates best2, cikgu pon best, tp ak je slalu ngantuk dalam class. macam biasa.

dalam sebulan lagi genap la aku da tinggalkan malayshieerr untuk tempoh staun. SETAHUN ok. xbalik2. ko taw tak sedih senanya x balik malaysia lepas staun? gila.

bila da setahun, baru rasa bahawa betapa bernilainye nasik lemak jual kat tepi jalan tu. baru ko rasa sanggup nak belanje RM40 untuk sepinggan nasik lemak yang sambalnya hanya macam cili giling yang xmasak! cuba la sedaya upaya masak nasi lemak sendiri, tetap xkan jadi macam nasi lemak tepi jalan, apatah laki nasi lemak kat keramat, jauh lagi la nak menyerupai nasik lemak mak ko masak.

bukan stakat nasi lemak, macam2 species nasi la ko akan mengidam tengah2 malam masa tengah online, pastu skype dengan kawan di malaysyer yang tengah kunyah nasi ayam, murtabak, dan minum air milo tabur *buat sendiri la tapi*. tatkala itula ko rasa hidup ini macam tahi. *ok over*

sebab da rasa mengidam macam2 benda, badan ko yang meragam ni akan start nak CUBA masak benda2 tu. tangan aka tetibe bole potong bawang dengan sangat laju, bole kenal segala jenis rempah yang ada kat dalam closet dapur. bila minyak dalam kuali da panas, baru ko sedar, ko TAK TAHU pon macamana nak masak benda tu! gila. siksa tahu. end up ko masak nasi goreng kunyit semata-mata, 3 hari berturut-turut. *pengsan*

lepas da masak, baru la ko sedar bahawa selama ini mak ko time kat dapur tersiksa nak masak sbb ko asik demand nak makan sedap-sedap. baru la datang kesedaran kenapa tapak tangan mak ko sangat kasar, tapi tangan ko selembut kulit ponggong bayi macam dalam iklan babi baby johnson’s.

*      *       *

tapi, bila da setahun dok sini, baru la nak tahu bahawa xbest sebenanye berjauhan lama2 ngan family, ngan kawan. walopon bole skype bila2 masa, bole call tiap2 waktu, still xsama kalo bole pegang tangan, peluk badan dengan org tersayang. baru ko nak rindu bau mak ko, suara bebelan mak soh g solat jumaat, saat bila mak ko mintak tolong pegi beli ayam sbb nak masak nasi minyak pastu ayam tu jangan lupa soh dye potong dua je, and duit baki sila bagi balik jangan asik masuk poket sendiri, pastu baru nak ingat pesan mak jangan kluar lewat malam2. xelok.

sampai sini, definisi kluar lewat2 malam TAKDE. sbb anytime bole kluar xde sapa nak marah. anytime nak balik pon xde sapa nak kesah. ada la jugak yang kisah tp suka hati la. besar da kot. haha

owh, kalo kat malaysia kalo kul 2am xbalik2 rumah lg, dapatla beribu2 call from handphone mak. kat sini, xbalik 3 hari baru dapat satu miscall from kawan serumah.