Skip navigation

Monthly Archives: January 2009

bangsawan lagi seminggu.

lepas tuh aku akan kembali menjadi manusia normal.

harini sangat penat. tadi tengahari keluar jalan-jalan di pavillion ngan nea, yana, shahir, oggayh, and some more peeps. malas r nak sebut semua. atas perancangan nea (a.k.a the bad planning manager) untuk ke sane, kitorang g karaoke di Red Box. bingit! tapi best gile nyanyi ngan diorang. (lagu all the single lady tuh masih terngiang-ngiang di kepala hotakku)

owh, harini juga ada eclipse atopun nama melayunya gerhana. to be exact, gerhana matahari. lepas abes karaoke, kitorang keluar daru pavvy semata-mata nak tengok matahari ditutup bulan yang hanya terjadi beberapa tahun sekali.(senanye aku xingat brape tahun skali..4 kah?) tapi oleh sebab kebosanan dan kesakitan mata memandang matahari secara terus, kitorang balik je terus..dalam keadaan mata yang berpinar-pinar dan kepala yang berdenyut. amaran! jangan tengok matahari secara direct ye.

btw kitorang yakni faris, aku and nenel baru je abis makan dinner. parents faris xde, and kitorang malas nak kuar. so apalagi, naked chef la weh! (naked disini bukan bermaksud tidak berpakaian okeh!) meal paling simple orang melayu bole buat, nasi goreng + telur goreng menjadi resipi harini. berkat kemahiran nenel dan aku, bersama faris yang sedang mengikuti kursus memasak dalam masa yang sama, maka terhasilah nasi goreng yang bole tahan la rasanya. habis kitorang makan, bermakna sedap la tuh. haha.

sorry xde gamba untuk dimasukkan untuk post nih. maklumle, aku xde camera. gamba masa camwhoring kat pavvy tadi pon guna yana punye.. tetibe aku terfikir, adakah aku hanya perlu beli compact camera sahaja? arghh..malas r nak pikir pasal nih lagi. lepas bangsawan aku decide. huhu~~

alamak, aku dapat rasakan yang penulisan aku nih agak pelik malam nih. macam tulis diary je. adakah eclipse tadi da berikan aku power menyebabkan aku xdpt menulis dengan baik?? (apekah???)

ok..i think i should stop writing craps. now!

img_3483

its been 2 days at faris’s place and i couln’t say anything else than “i’m freaking bored!”

yes, i’m whining like a baby right now even i knew that i shouldn’t be because i’m ‘menumpang’ in somebody else’s house. but i’m not the only one. fyi, even faris and nenel are complaining too. haha..

because of this boredom that could bring me to death, here’s all the things i’ve done today. how ‘productive’ am i.

– gossip girl marathon

– surfing countless random blogs + websites

– uninstall yahoo messenger

– install a new yahoo messengger

– download how i met your mother season 2

– download some movies nenel told me to

– drink a cup of strong nescafe

– berak

– lying down on the untouched couch at faris’s ruang tamu.

– ‘power’ afternoon nap

– chatting on ym

– skype-ing some friends

– texting various people

– sleep again

– writing this damn entry.

– study -> haha.. sentuh buku je, terus rasa mengantuk.

seriusly, i’m (or should i say we?) out of ideas what to do today. went to ou already yesterday with oggy for bowling and jalan-jalan, so xkan nak keluar lagi harini. haih..

faris and nenel are heavenly sleeping (again) while i’m writing this. guys, wake up la weh. aku bosan nih!

keputusan SC election da diumumkan tengah hari smalam masa assembly. kebanyakannya keputusan yang seperti aku jangkakan. namun adala jugak a few yang aku xsangka menang, menang.

anyway tahniah kepada yang da berjaya dan bawak bersabar buat yang xmenang. xyah nak sedih2, frust2 kalo stakat kalah SC nih… nanti masa frust ngan result lagi sedih.. (contoh terbaik, aku) haha..

skang aku menompang kat umah faris, bersama-sama ngan nonnel. cuti cny 4 hari yang secara tiba-tiba diwajibkan oleh pn.rog menyebabkan aku xsempat beli tiket ke trg. lagipun aku mmg xnak balik senanye.. 4hari je kot.

4hari nih kalo bole aku try nak lupekan sekejap pasal bangsawan. biar hilang lelah dahulu, barulah aku teruskan perjalanan. eh ni ayat skrip nih. haha. serius aku penat. malam last practice aku da hampir gile. huish.

btw perjalan balik ke rumah faris dari kolej smalam agak ‘menarik’ la. memula bila sampai kat guard house untuk sign out, seorang insan yang juga dlm kereta faris *nama dirahsiakan* nak muntah. lalu dimasukilah olehnya kedalam tandas pak guard. risau aku dibuatnya. pastu masa kat tengah-tengah highway tetibe bapaknya faris a.k.a pacik azelan pull over kat tepi jalan.

kenapakah? terdetik persoalan itu dibenakku. bagai dijampuk kesiangan hari kapla hotakku. okeh, ayat bangsawan lagi.

keluar kereta, tengok-tengok tayar bucur…haduh..problem sunggohla. pastu pacik azelan settlekan la nak tukar tayar. masalah datang lagi. 5 skru besar pada tayar da dicabut, tapi tayar xbole ditanggalkan dari (apa nama tempat tayar tu dipasang?)…aa papela. aku pon call la bapakku selaku mekanik berjaya, tanya nak wat cane. pesan bapakku, terajang ajor tayar tersebut.

uish, terajang? takkan la aku nak terajang tayar kereta BMW milik tengku Azelan ini. mampos gua kang. tapi bile da puas disentap-sentap diketuk2 tayar itu, tapi still xnak keluar, aku pon menerajangla dari bwah kereta. bole bayangkan x? maka tercabutlah tayar tersebut dari tempat asalnya dan diganti dengan tayar spare, dan perjalanan diteruskan.

bila da nak sampai kat s.alam, (ke da sampai r?) sekali lagi insan itu *nama dirahsiakan* nak muntah. lalu diberhentikan kereta di tepi jalan dan muntahla ia ditepi longkang. ko makan apelah wahai insan ini sampai muntah-muntah nih? namun bak kata beliau, “bole kurus aku camni…skang da hilang 1/2 kg da..” haha.

saat aku menaip nih nonel dan faris masih terbungkang diatas katil. aku terbangun awal harini. xdela awal sangat. kul 9. haha.. nak watpe arini eh?

harini election day for the new KYUEM student council. hari yang menentukan siapakah bakal pemimpin baru di bumi lembah ber-hingin ini atau nama lainnya shit-valley (nama nih aku dapat lepas g DOE sebab sgt banyak taik lembu kat sini.)

sebenarnya aku masih buntu untuk mengundi siapa dalam kesemua list yang ada tika petang tadi. serius. xtahu.

jadi, ini dia siapa yang aku undi.

ni susunan post secara random.

food exco : aku vote mereka yang aku rasa bukanlah bertanding untuk mencari nama. mereka yang aku rasa nak buat keje. yang sorang tuh aku fikir macam saja nak tampal muka kat poster ajor. oi, ko ingat nih populariti contest ka hape?

sports exco : ada dua choice sahaja. antara maba dan bubak. aaaa….korang fikirla sendiri sape yang aku undi. sama macam korang la.

welfare : aku lupe aku undi ke x aimi. aku nak undi dia untuk calon pompuan.. or adakah dia da menang tanpa bertanding? short term memory sungguh aku. bagi lelaki kerana ada dua makhluk yang x aku suka, so aku terpaksa la vote yang lagi sorang. sesungguhnya aku vote secara unprofesional untuk post nih sebab melibatkan hal peribadi dan emosi. lantakla vote aku, suke ati aku la kan?

religous : aku pilih yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. titik.

academic : malangnya tidak dapat aku nak undi kerana kedua-duanya telah menang tanpa bertanding. tahniah. (ciss)

treasurer : sekali lagi aku tidak mengundi makhluk yang aku fikir masuk bertanding kerana menganggap election ini suatu populariti contest. pesan aku, udah-udahla bajet cute kamu tu…idok le cute sangat pon…

secretary : aku vote anand. (hamek ko bocor terus!) lantakla undi aku. anand buat keje leklok!

vice pres : fikirkan siapa antara mereka bertiga yang ada gaya jadi VP yang cemerlang?  jawapannya : NAN ADO! jadi terpaksa la pilih yang terbaik antara mereka bertiga. aku pilih yang aku nampak ikhlas nak jadi VP and SC la.

presiden : huish… aku amik masa yang sangat lama untuk membuat keputusan. aa…jadi aku pilih berdasarkan interview aku secara in person bersama mereka. insan yang berikan jawapan yang paling memuaskan hatiku, menerima satu undi dariku. dan aku rasa maybe la dia akan menang.

maka terlaksanalah tanggungjawab aku sebagai seorang warga KYUEM di shit-valley ini untuk mengundi.

majulah sc untuk pn rog! :p

aku berkabung.

xbole terima hakikat.

where did it went wrong?

aku da buat sebaik mungkin.

tapi kenapa?

aku buntu tak tahu hala tuju.

fitrah manusia. setiap yang dilahirkan pasti ada kelemahannya.

aku insan biasa. yang sangat lemah disisi Allah yang maha Esa. juga lemah dalam menghadapi cabaranNya.

kalau ikutkan hati, mungkin setiap detik kehidupan aku, akan dipenuhi dengan tangisan dan ratapan atas ketidaksanggupan aku untuk menghadapi segala cabaran hidup ini.

tapi aku ingin jadi insan yang bergelar manusia. manusia yang penuh dengan kekuatan dan ketabahan hati, yang akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.

sesungguhnya aku ingin bebaskan diri aku dari segala beban yang sedang aku tampung di kedua bahuku kini. tapi oleh sebab aku rasakan bahawa beban ini adalah amanah dari tuhan, aku relakan dan kukuhkan semangat aku untuk teruskan. namun aku lemah. jiwa aku bagai disaluti kaca, mudah sekali untuk pecah. hati aku  pula bagai kertas, mudah sekali untuk koyak. aku lemah.

tidak pernah sesekali terdetik di hati aku untuk mengambil segala apa hak orang lain untuk kepentingan aku sendiri. aku tidak pernah ingin mengejar nama, mengejar penghormatan dari orang lain atas perkara yang aku kerjakan.

aku lemah. tiada daya untuk aku berdiri berseorangan didunia penuh pancaroba ini. aku lemah. aku perlukan orang lain untuk menyokong aku. membantu aku dalam menebas segala belukar onak duri, meredah segala paya kesusahan. janganlah diserongkan pandangan kalian ke atas aku atas permintaan aku. aku ikhlas.. kerana aku lemah.

aku lemah, tapi aku ingin jadi kuat.

hampir dua minggu kolej nih dilanda sawan-bangsa. memang sawan aku tengok semua orang. (xde la semua..yang rajin-rajin buat keje jela..) aku pon hampir sawan dah sekarang.

hampir seminggu aku xsentuh buku untuk revise dan buat homework pada waktu malam. kenapa? sebab pukul 8.30 sampai 11.00 malam ada practice bangsawan. lepas tuh, ada practice nasyid. bila da settle sume, jam da pukul 2.o0 a.m. ketiduran la aku tanpa menyiapkan homework, mahupun menyalin pakaian, mahupun update blog. owh, baru sahaja lepas perform nasyid tadi untuk ICAN. seperti biasa, aku salah lirik lagi. shit.

hampir seminggu ni jugak aku rasa aku da lost weight 1/2 kilo kot. xcukup makan, xcukup tido, xcukup ilmu. masuk kelas pon blur sebab ngantuk + lapar + penat. haduhla.

sekarang baru aku rasa bagaimana kerja mengarah sesuatu. banyak amat perkara yang perlu difikirkan. kalo masa tgah train actors and actresses belakon, otak terfikir pasal props yang kat bawah yang entah macam mana progressnya. kalolah aku ada 14 pasang mata kan bagus. owh, kalo superman ada lagi bagus. bole dia tolong aku wat sume benda nih. jap, superman pandai buat props ngan direct bangsawan ke?

haduh. denyutan di kepala semakin hari semakin kuat. pedih dimata semakin hari semakin terasa. mahu saja aku skip semua kelas esok. hari sabtu week 1, hari yang paling aku menyampah. semua block ada. celaka ko Horsfall.

esok ada DOE qualifying expidition. barang xpack lagi. kaki nih terasa sakit sebab tersalah panjat bukit kat new block tadi petang. laratkah aku nak berjalan jauh nih?

dalam aku asyik menaip nih, baru teringat homework chemistry, physics dan further semua kena submit esok. matila aku satu pun xsiap agi.

haih. memang dah terkurang aku punye hidup sebab da terlebih banyak sangat kerja. sesape nak tolong?

ini post ke-101. yea!!!

akhirnya aku berjaya meneruskan semangat aku untuk berblogging.

walopun jarang2 update..heheheh..