Skip navigation

puh puh *tiup sawang merata2 kat blog*

lupe da bila last time aku update blog nih. wahaha.

skang ni da summer, tapi kat colorado nih macam2 musin bole jadi waktu summer. kalo da panas, sampai terasa kulit terbakar. kalo sejuk, tak payah guna fridge, letak je barang2 kat luar! kalo aku cakap semalam turun hail korang pecaya? hail ok bkan hell. hail hujan batu. xpecaya? nah.

gila bukan? so kalo nak merasa semua 4 musim time summer, silalah datang colorado. haha

maka summer nih xde banyak benda pon ak buat. aritu pegi jalan2 chicago, panas nak mampos. pastu ada Midwest games. kalo korang kat UK ada notts game bagai, ktrg pon ada midwest games laa. :p puas hati jugak ah bole jumpa kawan2 lama especially bdak2 taiping. lama gile woo xjmpe. tp kalo dapat jumpe bdak2 kyuem lagi ak gumbira. T_T

sepanjang summer nih ramai asik tanya kenapa ak xbalik. walopon yg tanya tu da penah tanya berbelas kali. haih. penat la nak ulang, aku xbalik sbb nan ado duit + amek summer class. understood? kalo ikutkan hati nak sangat aku balik. nak jmpe family, nak makan makanan best. tapi apakan daya, aku yang pilih keputusan macamni. kenala bawak banyak bersabar staun je lagi pastu balik FREE! hehe

tengah2 dok main Final Fantasy 13 td, tetibe perut ak nih mengidam nak makan makanan pasar malam. putu piring, putu bambu, murtabak ngan keropok lekor. mau je ak call mak soh dye pos sume benda tu. tapi by time bendalah tu sampai, aku makan maggots ngan kulat jela. T_T

since sume da start cuti, da ramai yg ak xdapat contact. especially yang ak slalu msg gune bbm. hoi korang on la bbm gune wifi! apelaaa.. rindu siot nak chat ngan korang. at least xde la rasa sunyi kat sini.

walopon kat golden ni ada dalam 10 org yang stay xbalik malaysia, entah kenapa aku rasa sunyi. aku rasa xlengkap. aku rasa nak makan je. eh tu da lain da. haa tu la aku rasa macam aku dikelilingi rasa kelam. tp kadang2 jela. especially bila lapar. penah korang rasa meragam bila lapar? haa macam ak skang ni la. da melalut xtentu pasal. maka, bye! nak makan.

Lumrah manusia yang typical yang tak kenang dek untung. Bila susah, menangis tergolek2 mintak tolong. Bila da senang, pandang muka pon tidak.

Lumrah manusia yang selalu lupa akan kata2 sendiri. Bila susah, nekad untuk tak nak perkara lama berulang lagi. Bila senang, aihh makin teruk dari apa yang pernah dijanji.

Lumrah manusia, bila tidak selesa, akan mula mencari tempat yang lebih membawa kesenangan. Lalu dilupa akan bumbung yang pernah memberi kesejahteraan.

Lumrah manusia, senang menjadi kawan yang tak berguna. Tegur-menegur hanya bila ada perkara untuk dibicara. Bila tiada, tak langsung dengar suara.

Lumrah manusia, bila sedar akan kesilapan, akan cuba untuk memohon maaf, dan berjanji tidak mengulanginya. lumrah manusia, beberapa hari kemudian akan kembali kepada dirinya yang masih tidak sedar dek untung, seorang kawan yang tidak layak begelar kawan.

Orang kata, cinta itu buta. tapi bagi saya, cinta membuatkan kita boleh melihat jauh kedalam hati.

cinta tak perlukan mata, tak perlukan telinga.

cinta cuma perlukan hati.

-Keabadian Cinta.

jiwang jiwang jiwang. ouh lama dah xtengok crita2 jiwang macam nih. yela bila tengok rasa diri nih loser xde awek. haha. g mampos. ak taw apa aku nak, and apa yang aku tetapkan. dah2 jangan pikir bukan2.

teringat time kecik2, aku suka pegi taman permainan main jongkang-jongket ngan kawan2. pastu balik da nak maghrib da. pastu kena marah ngan mak sbb balik lambat. pastu g mandi. tapi mandinye tak, main air je lebih. dulu time kecik2 aku suka bawak satu basin masuk dalam bilik mandi. ada lagi kat rumah mendalah tuh, warna merah. bila time mandi, letak sabun banyak2, kacau2, pastu letak itik kecik2 yang kluar bunyik bila picit dalam baldi penuh buih tu. motif? aku pon tak tau. haha.

aku terbaca kat mana ntah semalam, dye tulis

“I dreamt to grow up when I was a kid. now I know it sucks.”

make sense. hidup masa kecik2 dulu sumenye indah. sebab tak payah nak fikir. skang da besar, da remaja, or da tua, sume benda jadi complicated.

aku tak rasa bahawa aku dah cukup membesar untuk berdikari sepenuhnya. tapi realitinya, aku dah buat lebih dari apa yang aku sangkakan. dari tahun ke tahun, bila aku cuba ingat balik apa semua yang da pernah aku buat, aku sedar yang aku nih sudah punyai dua kaki yang sudah cukup kuat untuk aku berdiri. dah melalut entah kemana aku nih.

ok senang crita sebenarnya saya rindu mak saya. noktah.

i’m back. but not sure enough for how long. semangat nak berblogging da makin pudar.heh.

so 2 more days and spring break is over. damn. cepat gila habis cuti. so far this break is the most fun and exiciting break i’ve ever been here. nope aku xpegi jalan jauh2 stay 2-3 hari kat mana2, just pusing2 colorado saje. went to Royal Gorge Bridge, the world’s highest suspension bridge. macam biasa, aku pegi sana ber-roadtrip, pegi balik sehari saje. fuh, amat worth it pegi sana. view dye masyaAllah menambat hati menawan jiwa cantik. tapi aku rasa kalau aku belum blaja pasal rocks and minerals and other stuffs in geology class, xmungkin aku dapat menikmati kecantikan tempat tu sebaiknya. serius, once da tau macamana those rocks were formed, aku jadi lagi menghargai bahawasanya tuhan telah menciptakan sesuatu yang sungguh indah, dan diluar jangkauan manusia untuk diulang.

ok enough of batu2. mak aku penah tanya aku “buat apa laa blaja pasal batu??”. ak xde jawapan. takkan nak explain sume benda yg aku blaja kot..lagi pening dye kang.

lepas pegi royal gorge, melangut lagi kat umah Afiq n Ikhlas. ye, langkah2 menjadi kutu rayau yang semakin berjaya. haha. then pegi snowboard lagi. its my 2nd time, but pretty much aku da bole snow board dengan bagus as a beginner. lepas nih nak blaja toe pulak. penat syal asik heel je all the way turun slope. rasanya by nexy year aku da bole snowboard macam apek. haha.

owh lupa before tuh kitorang pegi hike south table mountain. nih pon aku punye 2nd time after pegi ngan Jacob the RA and friends. tapi kali nih kitorang amek path yang lagi susah than yang aku naik 1st time tu. adventure la konon. haha. tapi bila nak turun da gelap then kitorang xjumpe path yang betul utk turun. so time turun tu agak susah jgak aa. seb baek la apek bawak flashlight. kalo x mampos le kena baham ngan mountain lions. fuh.

mungkin korang yang membaca post nih xdapat rasa bahawa cuti aku kali ni best sebab aku tulis ni pon dengan keadaan 2 hari xmandi sebab baru je balik rumah. ter-stuck kat rumah ikhlas ngan afiq selama 2 hari sbb snowstrom. pelik tul ah colorado. haih. lepas check account bank, macam biasa cuti seminggu mmg akan menelan duit. cibai. habis plan aku nak save utk beli tiket winter.

2 more days, then i have to face the reality back again. monday to friday ada class. T-T homework banyak gila weyh. waaa xmo abis cuti lagi~~~~~~

dik, hidup ni susah nak jadi senang. tapi senang sangat nak jadi susah.  kalo da bosan give up dengan hidup susah, jangan bunuh diri. tapi pegi beli bag Gucci. for sure puas hati!

ok terbawak2 watak cerita pisau cukur. best amat, sebab super extra gedik cantik amat dua ekor minah maya karin ngan fazura tuh. Owh My Gucci! harus tengok okay!

motif aku cakap hidup ni susah senang bagai? sebab hidup ni memang susah ok!  ko nak senang pegi naik kapal cruise cari lelaki muke comel pakai braces pandai menari. untung-untung dye tu kaya nak mampos bole la ko buat jadi laki. tapi apply untuk wanita sahaja. kaum lelaki jangan cuba, tak pasal-pasal masuk berita.

for Coach sake, nasib baik aku tak give up untuk hidup harini. nasib baik kepala aku masih waras memikirkan Luis Vuitton yang masih dan tak mungkin akan terbeli.  kalo tak mungkin esok aku da jadi bahan berita harian mahupun utusan malaysia “pelajar bodoh di USA bunuh diri dengan melanggar lori”. baca betul2. pelajar melanggar lori, bukan lori langgar pelajar.

fuh, moga-moga hidup aku tak berakhir dengan overdose ubat mati pucuk. please.

p/s : post kali ini hanya nak menunjukkan bahawa filem Pisau Cukur (atau pisau cukoq bak kata hamidi) amatlah best amat. sudah2 sila tutop blog ini dan sila tengok di youtube. noktah.

heh. dah lama gile x menulis kat blog nih. aku rasa kesian plak kat blog nih. tiap2 kali jari ini berdetak mahu menulis, mesti tika itu hati aku sedang resah gelisah. mesti jiwa aku gundah bergolak. haih.

tapi betul, lama aku tak hadir dalam dunia penulisan maya nih sebab aku AMAT SANGAT SIBUK dan PENAT SANGAT AMAT. semester nih aku amek 19.5 credit hours woo.. kepada kawan2 kat UK, korang gune credit hours system jugak ke? so basically everyday aku ada average 5 jam of class. tu average la. kalo yang betul, ada yang 3 jam je sehari, ada yang sampai 7 jam! mana xpenat aku. dala ulang-alik naik turun bukit dari rumah ke kelas dari kelas ke rumah. tapi aku pelik kenapa la tak kurus tak tough jugak badan aku walopon da jalan naik bukit hari-hari.

selama aku tak menulis kat sini, selama tu lah aku tak menziarah blog rakan-rakan aku yang lain. maaf kawan-kawan. diri ini amat penat seharian pegi kelas. tapi skang, walopon aku penat dan ada nota berlambak-lambak untuk ditulis dan buku bertimbun untuk dibaca, aku decide nak menulis. suke hati. dunia je sume buku2 tuh. haa gitu. haha

ye, skang aku depressed. xtahu kenapa. maybe sebab penat kot. ye sebab penat. penat pastu dikecewakan dengan ilusi dunia yang xpernah nyata. kemana hilang aku punya emosi dan persepsi yang selalu membantu aku menjalani hidup sehari-hari ni? tapi depressed aku nih xlama. tido jap g ilang la.

jom bukak topic cliche. topiknya bertajuk “cepatnya masa berlalu~~”. ee bosan kan cakap pasal mende alah masa cepat bagai nih. tapi ntahla aku rasa semaki hari semakin cepat masa berlari meninggalkan aku. tuptaptuptap da satu semester lebih da aku kat US. da hampir 7 bulan aku kat CSM amek petroleum engineering. kenapa amek petroleum eng aku pon xtau. haritu lepak2 dengan member american sorang nih. dye tanya aku

dude, why did you decide to do PE??

aku terdiam sekejap.

errr.. because that was the only scholarship that i get, i guess.

maka american rambut coklat kerinting itupun terdiam. lalu menyambung :

u’re damn good in drawing and arts stuff man.. why dont u do architecture or something???

lagi skali aku diam, pastu hanya mampu tersengih. dye cakap camtu lepas dye tengok ak pnye lukisan time subject Design la. haiyo ini american bikin aku sedih jela.

sampai skang aku terfikir apakah aku sedang dalam arah yang betul untukn future aku. aku suka aku enjoy blaja petroleum engineering. tapi dari skola aku idamkan nak jadi architect. dari skola aku bercita2 nak designkan rumah untuk parents and family aku. skang, nak design apa untuk diorang? stesen minyak sebelah rumah?

kadang-kadang, bila aku call mak and family, aku rasa nak nangis. sebab, aku kecewa ngan diri aku. apa aku bole bagi kat diorang dengan aku jadi PE? nak bagi discount minyak kat petronas pnye stesen minyak pon xboleh. memangla bole bagi in terms of money, tapi aku xfikir tu selama nih. duit bukan segalanya. tapi aku kuatkan diri jugak sebab aku yakin, kalau Allah dah tetapkan aku dijalan ni, pasti ada hikmah nanti. janji aku usaha. kan? haa dah aura ustaz da masuk. haha

kalau da start ada mood menulis, sampai esok pon xtahu cane nak stop.

summer break lagi 3-4 bulan je. and sadly, aku xmampu nak balik. financially la. bole je ak kumpul duit nak balik tapi nnt da balik nak makan ape? pasir? pastu nak bawak balik buah tangan apa? snow cair? haaihh. so nak tak nak aku xbole la balik this summer. lagipun aku balik winter nih. lagi setahun la. abang aku  nak kawin. first wedding in family y’all!! excited doh. and aku kena jadi photographer la. lgpun ak da janji ngan abang aku tuh.. huhu. maka stakat nih, dijangkakan hanya 6 orang sahaja akan stay melangut kat CSM nih termasuk aku. pikir-pikir, aku xnak g jalan sangat sebab xde kereta lagi and plan nak keje. moga2 bole kumpul duit banyak2 pastu balik Malaysia bole cuti sakan. hehe.

see, da off topic da. patutnya tulis pasal masa cepat berlari tup2 masuk mende lain. so, sekejap je da nak setahun. nanti, batch senior year da nak grad. aku xtahu kenapa tapi seems like they are people yang aku paling rapat and paling best lepak skali. tapi malangnya dapat hidup ngan diorang setahun je kat sini. haih, kenapa laa selalu jadi camni? friendship yang best mesti tak kekal lama. i mean selalunya kalo da ngam ngan somebody mesti masa akan jadi penghalang. sekejap je da terpisah. sedeyh.

ok da 45 minit aku menulis. harus berhenti, pastu sambung tulis nota balik. esok ada lecture lagi. doakan kesihatan aku kawan-kawan. 🙂

fuhhh penat nak mampos kelas sampai malam. haiyo macamana nak survive satu sem macam ni?

tadi time dok melangut tunggu next class, baru aku terperasan yang amat pantas masa berlalu. ee cliche nye. ah mampos ah cliche x cliche. ye idok? makan berak makan berak, da satu sem aku dok kat bumi Golden, Colorado USA yang amat indah dan sejuk mata memandang sejuk lagi tulang belakang menahan wind chill dan suhu amat rendah. waaa this sem moshem aizat cingkai citot liyana sume da nak grad… taun depan da xde diorg nak lepak2 bergolek2 lagi daa… waaa..

maka setelah lama tidak berhupdate blog murahan nih, marilah saya bersama-sama berkongsi kisah drama murahan tv1 disini. sedia?

hoi! gile ke apa nak bercerita kat sini!

haha..mana bole nak ber cik kiah kat blog da weyh… kang mampos aku kena serang ngan bazooka kang. anyhow aku da came out with a hypothesis pasal hidup. semakin lama kita hidup dengan semakin ramai orang, semakin banyak drama murahan akan berlaku. ya ampun bodo gile hypothesis nih. tapi make sense do. serius.

skang da banyak sangat drama tahi bodoh bangang sengal dan murah berlaku. haihhh muak tawu! nasib baik la tangan aku nih xsempat nak naik bagi pelempang sebijik time drama murahan itu cuba mengaudition aku untuk join skali. tapi kalo aku bagi pelempang da x drama murahan da.. jadi box office movie trus la! haha

maka skang aku da tekad sudah tak mau ambik kisah lagi suda. ko mampos, mampos ko la. penat da hati ni berfikir otak ni bertimbang rasa nak memikirkan masalah engkau. sudah. saya tidak mahu masuk keluar campur hidup kamu lagi. paham? noktah. period. (amek marker buat titik noktah kat screen laptop skali) nah ko!

fuh tenang2. xmau emo2. sudah mau tidur esok kelas pukul 9 pagi. lagi. aaaaa

status : mau kerja mau kerja cari duitt….

dah agak lama aku xmenulis dalam blog wordpress nih. asik gile menaip mengepost benda bukan2 kat tumblr aku tuh. ntah sometimes aku terasa macam malas nak menaip kat sini. eh bukan malas tapi ntah.

winter break da nak abis. lagi 11 hari je lagi. happy? sangat. bukan sebab cuti nak abes and class akan start tapi sebab cuti dah nak abes and bdak2 yang merantau akan balik da xlama lagi. yea!

kononnya aku xpegi memane sebab kononnya aku xde duit. tengok, kononnya la kan. mampos aku rasa cuti ni macam aku spend lagi banyak je dari biasa. rasanya kalo g travel pon sama jugak. skang aku da xberduit. ok exagerate. bukan la xde langsung i mean nnt ada bills coming up yo pay and nak beli buku lagi.. and aku baru je check that aku da terguna duit utk beli buku this spring sebab aku xtaw yang petronas masukkan duit buku utk 2sem terus. serius aku tgah cuak pening kepala jantung berdegup kencang skang. arghh macamana nih?

tidak2 da xbole menulis lagi dah. buntu2. aku terbayang camana aku nak idup?

bosan bosan bosan.

cuti da seminggu tapi aku xpegi jalan2 mana2 pon. duit pnye pasal. haih. ak ingat bila stay sini pua ngan fariq datang dapat aa jalan2 ngan diorang..tp nampak gayanya macam xbole je sbb kreta macam penuh… hampa.

esok result kuar. cuak cuak. harapan nak dapat 4.00 da hancuss dek economics hanjeng. xpela dapat B pon da ok. skang aku tggu chem je sbb NHV ngan Calc da dapat A da. tepat jam 10 esok result akan kuar. maka harusla ak bangun awal kan nak check. tapi kalo bangun awal nak buat apa lepas tu.. bosan gile.

ikutkan hati, nak je aku merantau mana2. tapi nnt aku balik golden makan pasir jelaa. haha. so sabar la cuti ni terperuk dulu next time travel la macam orang gile.

sbb cuti bosan amat, ak pon xde idea da nak tulis ape. mst pelik kan title post ni cam xde kena mengena pape pon ngan apa ak tulis. haha. tp senanye aku da kehabisan coffee. smalam g starbucks lupa beli. so esok kena pegi lagi.