Skip navigation

esok tahun 2008 akan melabuhkan tirai. Maka akan tertutuplah kisah 2008 dan terhampar luas lembaran kosong untuk diisi pada 2009. Kelip-kelip mata, hanya sekejap aku rasa tahun ini berlalu. Sangat banyak perkara yang da berlaku, xkira la perkara yang aku inginkan, atau yang langsung simpang 44 malaikat aku xnak ianya terjadi.. dalam kebosanan di rumah, aku belek-belek calendar dalam phone aku..mengimbau kembali semua yang telah berlaku.

Januari:

aku balik kolej pada 14 haribulan selepas cuti 1st sem yang agak lama. Masuk-masuk kolej je, da sibuk gila ngan preparation bangsawan. (aku yakin lepas cuti ni perkara sama akan berlaku..hehe) dalam sibuk2 ngan bangwasan ni lah aku jadi semakin kenal senior2 diamond dan batch aku sendiri.. kepada kak akma, saya mula mengenali anda dalam waktu ni ye. Saya ingat kamu dan kak dayang agak emo apabila saya mengkritik cara kalian menabur glitter di polisterin. Hahaha…. Dalam sibuk2 ngan bangsawan, ada pulak ICAN (xsilap aku la.) tapi malangnya tidaklah berapa aku ingat pasal apa yang berlaku masa ICAN ni. Nasyid diamond nyanyi lagu keredhaanmu kot?

February:

2 feb, hari dimana pengorbanan, kerja berat, dan penyiksaan selama hampir lebih sebulan diabadikan di atas pentas Great Hall. Malam tu sangatlah mendebarkan, dan dalam masa yang sama menghiburkan lagi2 masa aku kat atas pentas melihat tarian house aku! :p aku rasa malam tu aku tido dalam pukul 4 pagi lepas borak ngan bdak2 ni sume..huhu… febuari 2008 juga merupakan bulan yang cukup menyiksakan aku. Jiwa dan ragaku. Sesuatu yang amat perit untuk aku terima berlaku kepada aku yang tak boleh aku ceritakan disini. Maaf. Lepas tu ada plak housetrip dimana house Diamond pegi ke lenggong, perak. Dekat…aaaaaa… Intan Suraya Recreational Resort xsilap aku namanya. Amat best walaupun masa tu hati aku masih hancur. Isk…isk..

March:

2nd week of march cuti lagi. Aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Konon nak kembali bersama keluargala. Heh. Sepanjang cuti itu, perkara yang sangat aku ‘xbole blah’ la bak kata remaja masa kini adalah aku menang RM300 from Fly.fm dalam slot “Fly fm cash call”. Aku saja je try hantar sms kat diorang tengok ada respon ke x, tetiba tengah syok wat homework math (xtipu) aku dapat call from ‘unknown’ caller. Mmg kat hp dye tulis unknown. Bila angkat aku trus cakap “Fly fm…” dengan cuak takut2 caller tu bukan fly fm! Alhamdulillah cubaan saja-saja aku tuh berakhir dengan cash bernilai 300. Siot pemenang lepas aku dapat rm5000!

April:

Xbanyak sangat peristiwa yang berlaku dalam bulan nih..atau aku yang xingat kot. Yang ada dalam calendar aku adalah Evening With Diamond (EWD). Seminggu before ewd nih aku betul2 busy ngan proposal la, nak cari costume la, deco la.. penat gila. Tapi syukurla EWD tuh berjalan lancer dan sangat enjoy. Tema Fantasy Night (aku rasa la) tuh berjaya dibawakkan dengan gaya ala-ala cosplay gitu. Untuk pengetahuan sume, aku jadi samurai. Haha. Malam tu sume committee diamond jadi cam model jalan kat runway. Aku plak dituduh catwalk lebih2. Mana ade weh. Aku catwalk biasa je. Hahahahaha…. And not to forget, birthday party Ms Rena kat café. Walaupun aku bkan student dia, tapi aku agak baik ngan dia and aku tolong preparekan makanan since petang. Apple crumbleku menjadi rebutan dan habis licin! :p malam tu berakhir dengan perang aising cake, tomato puree dan ais. Best gile!

May:

Juga xde banyak event2 penting berlaku. Calendar aku hanya penuh dengan jadual exam. Dalam bulan ni jugak aku amat stress dengan hidupku sebab sangat banyak problem yang menimpa diri aku. Serius, banyak gila. Nasib baikla ada kawan-kawan aku yang tolong aku, yang sanggup memberikan telinga mendengar kisah hibaku, dan menghulurkan tangan member bantuan. (sedikit exaggerate. Xde la teruk sangat hidup aku.. :p )

June:

Adik bongsu aku masuk ward untuk operation hernia. xtahu apa itu hernia? Cari kat google. Malangnya aku xdapat balik sebab hujung minggu tu aku ada SAT exam. Lepas exam, aku g beli laptop yang sedang aku gunakan nih. Haa…bulan ni jugak aku (malah seluruh student, dan cikgu dan staff di kolej) menerima pendedahan tentang sesuatu/seseorang. Masa ni aku aku saksikan sendiri seorang sahabat aku yang dahulunya aku labelkan berwarna putih, bertukar agak-agak kehitaman. (apa yang aku maksudkan ni bukan warna kulit ok!) xpham? Ini antara isu hangat kat KYUEM. Bulan ni juga merupakan bulan terakhir bersama senior di KYUEM. Aku masih ingat majlis Wida’ di musolla malam tu. Sangat hiba. Basah baju aku nangis weh terkenangkan perpisahan dengan senior2..isk2.. lepas tu, cuti 2nd sem.

July:

Aku dan scholar petronas lain ke PD untuk soaring the eagle camp by petronas. Masa nilah aku jumpe leman, ash-s (sebab ada dua org), faizi, fatin, mumu, dibby, dan ramai lagi student petronas yang sangat best! Seminggu yang aku masih xdapat lupekan (sepenuhnya) bersama teman-teman! Owh btw haritu lepas SAT 2 exam aku jumpe En Yusof fasi group kitorang kat sane. Dalam bulan ni jugak aku balik ke Taiping g amek sijil SPM and jumpe cikgu2. Aku, herman dan syuk tido kat umah alhafiz. Baca ni. Lepas tu ada plak DOE expedition ke Kerling yang amat sangat memenatkan! Tidak dilupa luncheon bersama ESU di KLCC yang menyebabkan aku ponteng kelas sehari dan mendengar banyak cerita dan gossip dari Mr Ravi dan pacik driver. Best woo~~. Dan xsilap aku bulan ni la kot junior masuk..kan?

August:

Event yang paling aku ingat dalam bulan ni adalah Japanese Cultural Night. malam yang sangat meriah dengan macam2 aktiviti. Aku ingat Maba nyanyi lagu “I love sushi”. Hahaha….. malam ni la aku start kenal  junior2 di kyuem nih..lagi-lagi masa jamuan JCC beberapa malam lepas JCN. Thanks to the “I never” game! :p  Akhir bulan, merdeka!!

September:

Aku still ingat masa birthday Ali ngan Aiman Bomby aku buat poster kenakan diorang..huhu.. sumenye idea liyana ngan aku. Semangat gila nak kenakan diorang. Hahaaa.. lagi…aku ingat aku, mariam, biyan, daeng, n aslam kuar g midvalley sesame.. haritu birthday daeng. Konon nak celebrate la…hahaa..spatutnya stab ikut skali tapi dia g jalan ngan awek yang tidak kami kenali.. siotla stab.

October:

Hari pertama aku dapat ippy!! (12 oct) dengan sesedap hatinya aku tetapkan tarikh ni sebagai birthday dia. masa tuh dia besar tapak tangan je..skang ni da besar tapak kaki kot. Rindu gila ka tippy weh~~. Lepas tu…ada As exams!

November:

Exam masih lagi berlangsung. Sangat busy dengan study. Oleh sebab terlampau sibuk nak study, aku semakin kurang luangkan masa ngan kawan-kawan.. (aku pon xpasti sama ada sebab aku sibuk, so aku xluangkan masa ataupun diorang yang sibuk dan  xdpt luangkan masa dengan aku) lantakla..memasing sibuk. Dalam sibuk-sibuk exam, aku rela luangkan masa aku untuk Canon Photomarathon Asia demi minat aku terhadap photography. Masa nil ah aku start kenal afiq, haq, nad, ada, mumu and aseef. Malas da nak cakap pasal photomarathon nih. Dalam busy ngan exam jugak start la demam preparation bangsawan, atau aku namakan Bangsa-sawan. Naik sawan dibuatnya, walaupun aku amat pentingkan event nih. 22 nov, start cuti 3rd sem.

December:

At last sampai jugak bulan nih. Hehe..perkara paling penting, birthday aku la! :p Tapi sebelum tu ada SAT 2, lepas tuh kuar g mid ngan Nea, Jakim, and Maba yang hadirkan diri tatkala bulan da naik. Sepatutnya ramai yang kuar tapi sebab seorang insan nih, ramai la terpaksa cancel. Huhuhu…. Sememangnya cuti kali ni bosan sampai xde cerita yang boleh aku sampaikan. Dan…sampailah ke hari ini, saat pengakhiran tahun 2008.

*   *   *

Kalau diikutkan, masih banyak lagi perkara dan peristiwa yang berlaku yang tak aku mentionkan dalam entry nih. Yela kalo aku tulis compem2 korg xbace sbb ni pun da panjang gila kan? Tapi yang penting semua kenangan 2008 sangat bemakna kepada aku. 2008 da banyak merubah hidup dan diri aku. Pahit manis masin masam bau ketiak (tetibe) tahun ni akan sentiasa aku ingat. Semoga yang da berlalu akan memberi kita iktibar untuk apa yang akan mendatang. Semoga tahun 2009 lebih baik dari 2008, dan lebih sangat baik dari tahun-tahun yang telah berlalu..

dan yang paling penting, jangan lupe sediakan calendar baru tahun 2009!

p/s : haritu seorang sahabat cakap kat aku da lama nantikan post yang panjang dalam blog aku..so, nah ko..bacela. cukup panjang x? :p

Advertisements

One Comment

    • eman hensom
    • Posted December 31, 2008 at 6:30 pm
    • Permalink

    yay!!nama aku di sebut dlm entry ni..haha
    p.cek aku phm perasaaan mu slps bangswan ittew~~~
    redha sajalh dgn ketentuannya~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: