Skip navigation

Daily Archives: December 24th, 2008

harini (atau semalam) aku da masuk 19! yea! time kasih kepada sume yang da wish kepada aku. maaf xdpt nak reply sume sbb internet problem.

semalam sementara aku masih berumur 18 tahun, aku g tukar ic atau nama glemernya my card.. kan bila masuk 18 kena buat ic baru.. so saje amek kesempatan aku nk buat semasa aku 18. haha..

23.12.89. da 19 tahun hari bertarikh demikian berlalu. namun sayangnya aku xdapat nak ingat semua perkara yang terjadi dalam tempoh 19 tahun tu. xdapat nak ingat semua orang yang aku kenal dan xdapat nak ingat kata-kata aku yang pernah aku ucap. jadi, andai ada aku ter-tak ingat sesape, terlukakan kalian dengan kata-kata yang aku da lupa, maaf aku pinta. (yeah ayat berima)

aku xbiasa sambut birthday aku. mmg dalam family aku masa kecik-kecik je bole sambut birthday nih. dalam umot 8 tahun da stop da. mungkin sbb da besar, da pandai berfikir so xpayah lagila nak celebrate kan? haha. lagipun maybe birthday nih bole menyinggung perasaan seseorang akibat umurnya yang da meningkat! :p

hari sebelum birthday, aku amat emo. memang hari yang agak malang bagi aku. buat benda ni xjadi, call org ni xdpt, buat benda ni xboleh. serba xkena. lalu lepas solat maghrib aku tertido kebengangan sampai pukul 11 lebih. dengan xsemena-mena aku ambik handout physics, dan aku terus baca! aku pon confuse macamana aku bleh terdetik nak baca tuh.huhu…. dalam emo2 dan bosan2, jam da pukul 12.00. tepat. telefon berdering dengan number yang aku xsave dalam hp. rupenye adalah sorg insan yang nak wish birthday kat aku. diharapkannya orang pertama yg wish, malangnya dia terlambat sbb da ada org lain wish in advance. haha.. sori la ye insan yang menelefon itu. kamu orang kedua saja tapi diterima sebagai orang pertama yang call untuk wish. tahniah!

pagi nih, awal2 lagi aku da kuar ngan kawan aku g main bowling. konon nak celebrate la birthday aku.. tapi xde cake, xde adiah xde ape.. just ada happiness ngan kawan2.. hehe.. thanks guys! nak dijadikan cerita, lane bowling yang kitorang maen num 23. sama dengan tarikh harini, 23. waaa…terharu aku bila akak kaunter bagi lane tuh. macam tawu-tawu je. ahaha… tapi malangnya game harini tidaklah memberangsangkan mungkin kerana kami agak lapar xbreakfast. (aku bngun pukul 9.30, mandi trus pegi.) tapi masa last game, aku dapat buat 3 strike in a row! heheee…bangga weh. pencapaian terbaik sepanjang main bowling jarang-jarang nih. huhu..

sekarang, da masuk 24 haribulan. officially, aku da 19 tahun. tapi hati aku tetap muda. haha. apakah macam 19 da tua sangat je. semakin umur aku meningkat, semakin aku sedar bahawa hidup ini semakin singkat. da xbanyak masa yang tinggal untuk aku tunaikan segala hajat aku. tapi, aku akan cuba yang terbaik dalam hidupku. kepada semua, semoga kalian dapat doakan kejayaan aku, kebahagiaan aku dunia dan akhirat. aminn..

p/s:kepada semua, lagi skali thanks for the wish!! aku tunggu hadiah kat kolej! hehee :p

Advertisements