mood emo tinggalkan kolej masih lagi xhilang. sedeyh dowh. amat sedey. aku xtahu kenapa tapi bila saat aku salam and peluk sesape je just before aku gerak keluar dari kolej, air mata aku bercucuran keluar sampai orang laen pon ter-menanges sama. huhu..
kalo ikutkan hati, aku nak stay kat kolej diceruk hutan tu.. tapi mane bole kan? da habes A levels blah r.. haha..sungguh, banyak gila kenangan peristiwa yang xbole aku lupakan. [psst... bnyak gila sampai banyak yang aku da lupa jugak...:p]
sampaikan bila da keluar koleh suma benda tu jadi teringat balik sampai air mata aku menitis lagi. T-T.. kawan-kawan… aku rindukan korang..
masa malam wida, aku cuba sedaya upaya untuk x nanges. tapi xbejaya sbb terkenangkan dosa dan kesalahan aku. kepada yang x datang malam tu, aku mintak ampun mintak maap yeh. masa malam tu, banyak kata2 yang menusuk kalbuku yng melajukan aliran air mata aku..
“pocek, masa aku mula2 masuk dulu aku suka gila kawan ngan ko. ko senior yang macam xsenior lansung..” pastu ayat2 lepas tu aku da xdengar sbb aku da nanges gila2 da..
“pocek, selama dua tahun kita hidup skali ko da banyak ajar aku..pesanan2 ko walopon amat pedas dan laser da banyak ubah aku..” tu sebahagian dari ayat salah seorang chaletmate aku..
“sori pchek aku da xbaek ngan ko skang..ampun kalo ko terasa ngan aku selama ni…” nih daripada salah seorang housecapt.
“pocek..nanti ko da xade da xbest la dowh..” dari seorang junior yang rapat ngan aku..
aku tulis nih bukan nak belagak baek ke hape.. cuma aku terharu dengan kata2 yang diberikan.. banyak lagi senanya cuma aku da xingat sebab banyak sangat.
pastu masa hari last yakni selepas awards day pnye ceremony, aku dapat satu SMS berbunyi :
“p.chek, ko nak tinggalkan kitorang ke? nnt sape yang nak datang tengok cita hantu? nanti sape yang nak pasang alarm tapi xtutup2? nnt sape nak wat bising kat chalet kitorang? nnt sape yang nak temankan kitorang g mid? ko nak tinggalkan kitorang ke???” *salah seorang budak chalet P4*
kekdahnya berderaila air mata aku bila baca sms nih!! korang, aku xnak langsung tinggalkan korang. tapi aku da habis A levels. da tunggu masa nak fly je. doakan la aku dapat fly eh..
seriusly, sekarang aku betul2 rindukan kolej. rindu akan saat2 bersama teman2 yang amat cool mahupun annoying.. p20, p4, dan juga p40 yakni chalet aku sendiri, adalah tempat yang paling aku rindu. maksud aku tempat yang orangnya yang aku rindu la. kalo nak disingkatkan, perjalanan hidup aku banyak berputar kat tempat nih.
p40, of course la kan, da chalet aku..mesti la tempat paling kerap aku duduk.. hidup 2 tahun bersama ibi, sayed dan baku seriusly aku xbole cakap sangat best, tapi best la jugak. walopon aku selalu membebel sebab aku da jadi macam bibik da dlam chalet masa awal2 dulu..:p banyak benda da jadi dalam chalet.. dan aku bersyukur dalam 2 tahun aku dok dalam chalet tu, aku xpenah gaduh dengan diorang. [gaduh = gaduh mulut ke, fizikal ke suma termasuk...] maka aku simpulkan hidup aku di p40, bahagia. : )
p20, chalet ke-2 aku kat kolej.. tempat aku dan rakan clubhouse lain lepak2 santai2 gedik2, segala haram jadah games, dan juga port mengumpul segala pendapat. korang sume memang best r weyh. walopon banyak nak mampos crisis penah jadi, kita still kawan baek. kan? itula namanya keikhlasan dan tidak lupa juga kesabaran sesetengah daripada kami terhadap sebahagian yang lain. :p
p4 pulak, chalet ke 3 aku la kot. setiap weekend aku musti tido kat situ, xpon kat apartment hairul. syawal la slalu jadik mangsa aku sebab dye paling kecik. so muatla katil nak share. haha.. kalo time faris balik, aku tido kat katil dye.. bilik dye tu da jadi macam aku punye bila dye xde.. buku2, botol air sume aku bawak. pastu kalo tengok muvie msti tido kat sana sebab habes lambat.. paling perform bila tido kat common room.. aiseh syawal, apsal la kita x wat dari dulu r?? da nak habis sem baru terfikir nak tido kat common room.. ahaha.. then tiap kali tengok cita hantu, aku compem xmo balik chalet sbb takut and syawal plak mesti soh aku tido dalam bilik dye.. haram penakot r ko syawal!! kalo ko bagi tido atas katil xpe la, nih atas lantai ko soh. hish, tapi aku tido je atas katil dye..kata diva.. haha. pastu air and susu kua slalu jadi mangsa aku. kihkih..tapi aku minum ngan kebenaran ok. tapi stiap kali aku kat chalet tu mesti jakim tido awal.. pastu kalo aku ngan syawal bisng msti kena sound. haha.
……tahan sebak……..
korang, aku rindu sangat korang.. xtahu kenapa aku jadi teringat sume benda kat kolej..pastu sedey.. T-T









Recent Comments