idea ni ak dapat form buku nukilan sis Zabrina, Life is an open secret : you, me and we. Cerita asal dye panjang, tapi aku just ambik skit je. Bak kate zaim senior, ‘kite tarik skit’. Hehe..

* * *
Frederick L. Collins cakap (translation la nih),
Terdapat dua jenis manusia dalam dunia – meraka yang masuk kedalam bilik dan berkata “saya disini!” dan mereka yang masuk dan berkata “ah..itupun awak..”
Atau dalam bahasa Inggerisnye,
There are two types of people – those who come into a room and say “well here I am!” and those who come in and say “ah, there you are..”
Sorry kalo translation yang aku bagi tu agak pelik~~hehe…
* * *
Bayangkan dalam situasi yang berikut :
Dalam keadaan kita sejuk keketaran (keketaran?? Betul ke perkataan nih?), mereka datang membawa selimut dan berkata “jangan risau, saya disini..”
Dalam keadaan perut kita berkeroncong kebuluran (kecuali bulan Ramadan la..) mereka datang menghulurkan makanan dan berkata.. “saya disini..bawakan makanan untuk awak..makanlah.”
Dalam keadaan kita hampa dan kecewa, dimana kita perlukan sokongan, mereka datang menghulurkan tangan untuk meringankan beban (moto bersamamu TV3..hehe) laksana berkata.. “saya disini..”
Atau tatkala kita sedang dalam kesedihan, mereka melihat linangan tangisan di mata kita, mereka datang menghampiri dan berkata.. “sabarlah..saya disini..sentiasa disini bersama anda..”
‘mereka’ itu adalah golongan manusia yang masuk ke dalam bilik dan berkata “well here I am!”. Atau aku singkatkan kepada golongan ‘Here-I-am’. Manakala ‘kita’ pula adalah golongan manusia ‘There-you-are’ yang menerima pertolongan daripada ‘mereka’.
* * *
Jadi, yang mana kita?
Golongan yang meminta belas kasihan ataupun golongan yang menghulurkan tangan?
Fikirkan, pernahkah kita hulurkan tangan kepada saudara kita tatkala mereka dalam kesusahan? Pernahkah kita berlari kepada saudara kita yang memanggil meminta bantuan atau sekadar untuk menjadi teman tatkala mereka kebuntuan?
Sememangnya amatlah mulia darjat seseorang manusia yang tergolong dalam golongan ‘Here-I-am’ itu kerana pertolongan yang diberikan. Sama jika di adaptasi dalam persahabatan dan perhubungan sesama insan.
Seringkali kita terpaksa menjadi pihak yang meminta belas kasihan dan pertolongan..
Namun, apa salahnya jika kita berkorban, walaupun berat beban yang dipikul bahu,
Apakata, kita ringankan tangan.. untuk membantu.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!
* * *
“..if anyone fulfill his brother’s needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieves his troubles on the day of Resurrection..”
(al-Bukhari and Muslim)
Recent Comments